Monday, July 31, 2006

Malaysia dan Lubnan
Kumulai dengan pujian serta syukur ke hadrat ilahi, selawat serta salam terhadap rasul junjungan yang mulia..
Hari ini Lubnan masih lagi diserang oleh Israel laknat itu, sudah menghampiri hari yang ke-20, namun serangan masih lagi tidak dihentikan. Awalnya Israel menginginkan untuk melenyapkan tentera Hizbullah, kemudian setelah beberapa hari Israel hanya menginginkan untuk membunuh ketua Hizbullah, Hasan Nasrullah, kemudian setelah beberapa hari Israel berkata hanya ingin menjauhkan Hizbullah dari sempadan sahaja. Namun Israel masih belum berjaya, Hizbullah masih memberikan tentangan yang hebat dengan semangat jihad yang dimiliki oleh ahli-ahlinya. Kita tahu jumlah Hizbullah hanya lebih kurang 30 000 orang sehaja dan bukannya mempunyai kerajaan yang tersendiri, namun tentangan yang diberikan mampu memeningkan pihak lawan, dikatakan ketua tentera di pihak Israel telah mengalami implikasi sakit jantung akibat dari perlawanan ini. Penganalisis juga telah melaporkan kira-kira sekarang ini, sebenarnya kemenangan di pihak Hizbullah. Hari ini rakyat Negara Israel mengalami ketakutan, sebelum dari ini tiada satu peluru berpandu pun yang Berjaya masuk ke dalam kota Israel tapi kini hampir setiap hari beribu tembakan dilepaskan ke dalam beberapa kota Israel, Rakyatnya terpaksa berlindung di bawah tanah yang terpaksa bersesak-sesak, ekonominya telah mengalami krisis dan pelancong-pelancong asing cabut lari pulang meninggalkan Kota Israel.
Namun yang menjadi masalahnya, kedapatan banyak dari Negara-negara arab yang tidak memberi sokongan terhadap Hizbullah seperti Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Mereka ini semua merupakan tali barut kepada Amerika dan sekutunya termasuk Israel. Di Arab Saudi satu fatwa telah dikeluarkan yang tidak mengharuskan orang Islam untuk membantu Hizbullah namun beberapa ulama telah menyanggahnya seperti Dr. Yusuf Al Qardawi, Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah yang menyeru umat muslimin membantu Hizbullah.
Persoalan yang kita timbulkan, di mana peranan Malaysia selaku ketua bagi OIC, Nampak bagi kita Malysia masih lagi takut mengikut telunjuk Amerika dan sekutunya. Hanya Demonstrasi yang dapat dijalankan oleh rakyat itupun mendapat tekanan dari pihak kerajaan.
Hari ini Malaysia cukup bermasalah, sistem demokrasinya yang tidak mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar-benarnya. Banyak akta-akta dibuat untuk mengekang kebangkitan rakyat seperti AUKU untuk mahasiswa dan pelbagai lagi.
Bermula dengan isu kenaikan harga minyak yang mengakibatkan kenaikan mendadak harga barang-barang, Namun masalah yang lebih besar telah melanda Malaysia iaitu kedapatan sekelompok orang yang berani mencabar kedaulatan agama Islam secara terang-terangan. Mula dengan IFC, kemudian isu Moorthy, diikuti isu akta 12A dan sekarang wujudnya kumpulan artikel 11 yang menggabungkan banyak pihak seperti Majlis Peguam, Aliran, Sister in Islam dan pelbagai lagi. Mereka menggunakan kes Lina Joy. Setakat ini mereka telah berjaya membuat siri-siri penerangannya di beberapa buah negeri, walaupun rakyat memberontak melancarkan demonstrasi namun kerajaan berdiam diri seolah-olah menyokong pergerakan mereka.
Kita doakan agar seluruh umat Islam diberikan nusrah oleh Allah serta diberi kesedaran yang mendalam untuk bangkit berjuang menentang musuh-musuh..Allahu Akbar….

Sunday, July 23, 2006

PENGARUH YAHUDI DI AMERIKA SYARIKAT
Sejak dahulu lagi, dunia menyaksikan konspirasi Amerika Syarikat dan Rejim Israel kepada perkembangan ideologi Zionisme dalam memperkuat kekuasaan Israel di kawasan Timur Tengah. Pembunuhan warga Palestin, serangan kian merebak ke Lebanon, perluasaan gudang senjata nuklear Israel, dan masalah-masalah lainnya adalah hasil persekongkolan Washington-Tel Aviv yang membahayakan situasi di kawasan tersebut.
Zionisme yang merupakan sebuah gerakan politik itu, mengumumkan kewujudannya pada tahun 1897. Bersamaan dengan dimulainya perang dunia pertama, ada hubungkaitnya dengan kepentingan kekuatan-kekuatan besar dunia dengan gerakan Zionisme menjadi pemicu penandatangan deklarasi Balfour yang berakhir dengan terbentuknya rejim Zionis di tanah Palestin. Pada 2 November 1917, Menteri Luar Negeri Inggeris yang ketika itu disandang oleh Arthur James Balfour, mengeluarkan pernyataan yang berisi keterangan mengenai pembentukan "tanah air bangsa Yahudi" di Palestin. Kebanyakan para pemimpin Zionis saat itu adalah orang-orang liberal yang tidak mempercayai agama Yahudi. Mereka pada awalnya tidak memandang Palestin sebagai negeri yang akan menjadi milik orang-orang Yahudi.

Jeneral Edmund Allenby memasuki Jerusalem pada tahun 1917
Untuk pertama kalinya masalah pembentukan negara Zionis diketengahkan oleh negara-negara kolonialis Eropah. Pembentukan negara Zionis di tanah Palestin itu dimaksudkan untuk menjaga kepentingan negara-negara Eropah di kawasan strategik Timur Tengah. Palestin yang terletak di pusat pemerintahan Uthmaniah serta dekat dengan Mediteranian dan terusan Suez, merupakan kawasan penting untuk Eropah. Dalam hal ini seorang pengkritik besar Yahudi anti Zionis, Moshe Manuhin mengatakan, "Hingga abad 19 tidak ada yang namanya Zionisme. Kesombongan Eropah-lah yang menciptakan politik nasionalisme orang-orang Yahudi dan menyemarakkan lagi hasrat mereka untuk serius dalam menghidupkan idealogi Zionisme.
Ada beberapa faktor yang mendorong Zionisme menyatakan kewujudannya di dunia. Faktor tersebut adalah runtuhnya pemerintahan Uthmaniah di Turki, meletusnya perang dunia pertama, serta pro dan kontra kepentingan Eropah. Di awal abad 20 pemerintah Inggeris sudah menyiapkan pembentukan negara Zionis di tanah air bangsa Palestin. Jelas bahawa Inggeris tidak dapat menerima kehadiran kekuatan lain di kawasan Timur Tegah yang berada di bawah kekuasaannya. Inggeris berpikir untuk tetap menjaga kepentingannya di kawasan tersebut. Dengan alasan inilah, Inggeris mengizinkan orang-orang Yahudi untuk berimigrasi dan tinggal di Palestin, yang untuk selanjutnya dimanfaatkan membentuk negara Yahudi di sana. Dengan demikian, Inggeris berharap dapat memperkuat kekuasaannya di dunia Arab.
Setelah tiga dekad berlalu dari pendudukan Inggeris atas Palestin, seluruh infrastuktur Palestin dihancurkan oleh gerakan Zionis dan diubah menjadi pusat-pusat perekonomian, budaya, dan politik Zionis. Setelah 30 tahun berlalu, masa keemasan hubungan Zionis dan pemerintah Inggeris berakhir bersamaan dengan mulanya perang dunia kedua serta kebangkitan rakyat Palestin melawan Zionisme dan Inggeris. London yang merasa kepentingannya terancam mengambil langkah drastik dengan gerakan Zionis dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan dunia Arab. Hasilnya adalah, gerakan Zionisme harus berhadapan dengan Inggeris.
Yang menarik adalah, orang-orang Eropah pendukung Zionisme sendiri menyedari bahawa dalam sejarah tidak ada bukti-bukti hak kepemilikan kaum Yahudi atas negeri Palestin. Pada tahun 1920, para bangsawan Inggeris yang bergelar Lord Sydenham terlibat dalam pembahasan sengit mengenai penguasaan Inggeris atas Palestin dan deklarasi Balfour. Lord Sydenham mengatakan, "Palestin bukan negeri orang-orang Yahudi. Akan tetapi orang-orang Yahudi merampasnya setelah sebelumnya melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Jika orang-orang Yahudi dapat memiliki Palestin, orang-orang Romawi juga boleh mendakwa kepemilikan mereka atas Inggeris".
Namun dengan meletusnya perang dunia kedua, AS muncul sebagai kekuatan baru di kancah politik dunia internasional dan di kawasan strategik. Dari satu sisi, kekuatan militer dan kewangan AS, dan dari sisi lain, pengaruh orang-orang Zionis dalam pemerintahan AS merupakan dua faktor yang mendorong gerakan Zionisme bernaung di bawah payung AS dan melawan Inggeris. Hal ini ditambah lagi dengan ketamakan imperialis AS yang akhirnya menjadikan gerakan Zionisme sebagai sekutunya di kawasan Timur Tengah. Khususnya pada tahun 1930 saat Washington memerlukan sumber-sumber minyak di Arab Saudi dan Teluk Parsi. Saat itulah AS menandatangani berbagai kontrak penting dengan para pemimpin negara-negara Arab untuk mengeksploitasi minyak di kawasan tersebut. Di waktu yang lain, AS juga memandang kawasan Timur Tengah khususnya negara-negara Arab sebagai "pasar" yang sangat menguntungkan untuk mengedar barang-barang keluaran AS. Beranjak dari sini, ketika diadakan konferensi Zionis di hotel Bilt More, New York, pada tahun 1942, pemerintah Washington menyatakan dukungannya kepada pembentukan negara Yahudi di Palestin.
Kekuatan Inggeris pada saat itu sudah sangat lemah akibat perang dunia kedua. Inggeris tidak lagi mampu menyatukan sekutu-sekutunya untuk menghadapi tekanan Amerika Syarikat. Untuk itu, pada tahun 1948, pemerintah Inggeris secara rasmi mengakhiri masa pendudukannya selama 30 tahun atas negeri Palestin. Selanjutnya, masalah Palestin dilimpahkan kepada Perikatan Bangsa-bangsa Bersatu yang ketika itu masih seumur jagung. Sayangnya, PBB yang banyak dipengaruhi oleh kekuatan-kekuatan imperialis dunia sepertil AS mengeluarkan keputusan yang bercanggah dengan tuntutan dan kemahuan rakyat Palestin dan bangsa Arab, dengan membahagikan negeri Palestin menjadi dua bahagian, Palestin dan Yahudi pada tanggal 29 November 1947. Keputusan yang disahkan oleh Majlis Umum PBB itu menjadi titik tolak kepada orang-orang Zionis untuk mengumumkan pembentukan rejim dengan nama Israel pada tanggal 14 Mei tahun 1948. Pembentukan rejim yang tidak sah itu mendapat dukungan AS, diumumkan hanya selang beberapa jam setelah Inggeris secara rasmi keluar dari Palestin. Sejak itulah, kaum Zionis menguasai sebahagian besar wilayah negeri Palestin.
Kekuasaan zionisme di berbagai struktur pemerintahan AS, termasuk di pusat pentadbiran rumah putih (White House), adalah masalah yang berkali-kali diperdebatkan di lembaga-lembaga politik dunia. Kekuasaan atas media massa, struktur politik, militer dan sosial di AS, dan pada akhirnya kekuasaan zionisme di dalam sistem perekonomian AS, adalah sesuatu yang selalu muncul di dunia sebagai faktor saling pengaruh-mempengaruhi antara AS dan rezim zionis. David Luchins, wakil ketua Asosiasi Kerjasama Yahudi Ortodoks AS, dalam hal ini berkata, "Kami bukan sebagai kelompok minoriti, tetapi adalah sebahagian dari majoriti dimana segala sesuatu yang kami inginkan, pasti akan kami miliki dan kuasai."
Oleh sebab itulah, dengan mempelajari sejarah 55 tahun pendudukan Palestin dan deklarasi keberadaan ilegal rejim zionis, kita lihat bahawa semua Presiden AS tanpa terkecuali, pasti melakukan pertemuan dan dialog dengan para pemimpin Yahudi dan pemimpin Israel. Dokumen-dokumen yang sah juga menunjukkan bahawa untuk setiap tahun, 1/5 dari seluruh bantuan luar negeri AS diberikan kepada rejim Zionis. Selain itu, berbagai kedutaan dan konsulat luar negeri AS selalu memiliki diplomat-diplomat yang bertugas mempelajari berbagai jalan perluasan hubungan dengan warga Yahudi Amerika, dalam rangka menjaga kepentingan negara mereka. Akan tetapi siapakah tokoh-tokoh Yahudi dan bagaimana sejarah kehadiran mereka di dalam berbagai struktur pemerintahan AS? Jawapannya ialah sebagaimana tercatat dalam sejarah sebagai berikut:
Di awal abad ke-20 di tahun 1916, Loise de Brandis, diutus oleh kader kepemimpinan zionisme di Eropah untuk menarik dukungan warga Yahudi Amerika. Ideanya untuk memperkenalkan zionisme bukan sebagai sebuah gerakan nasionalis, akan tetapi sebagai gerakan pencari jalan keluar untuk menyelamatkan bangsa Yahudi, membuat para pendukung zionisme di AS melonjak dari 12 ribu orang menjadi 150 ribu orang. Brandis sendiri berkata : "Dukungan kepada zionisme bukan bererti hijrahnya seorang Yahudi atau perolehan kewarganegaraan asing. Tetapi, untuk menciptakan Amerika yang lebih baik, kita harus menjadi Yahudi yang baik, dan untuk menjadi Yahudi yang baik, kita harus menjadi seorang zionis."Efektifnya slogan seperti itu dalam menarik keanggotaan dari masyarakat Yahudi Amerika, telah membuka peluang yang amat luas bagi terbentuknya lembaga masyarakat Yahudi Amerika. Dengan demikian, setelah berabad-abad, melalui warga Yahudi imigran dan dengan bantuan zionis Eropah, terbentuklah masyarakat Yahudi AS; dan Amerika pun dipilih sebagai tempat yang dianggap paling sesuai untuk pusat aktiviti mereka. Warga Yahudi yang telah merdeka di Barat tidak lagi memandang diri mereka sebagai warga terendah, tetapi sebagai sebahagian komuniti penting dari bangsa Eropah. Bahkan pada saat itu mereka telah disebut sebagai Yahudi Inggeris, Perancis dan negara-negara Eropah lainnya.
Perbezaan kelas dan perselisihan ras di dalam masyarakat Yahudi dan kalangan elit kaya Yahudi untuk keluar dari dipengaruhl para pemimpin agama, membuat mereka berusaha merebut kekuasaan untuk menguasai masyarakat Yahudi dari para pemuka agama, dengan tujuan menegakkan dan menguatkan Judaisme terpusat. Kepemimpinan ini juga harus berputar di sekitar propaganda gerakan zionisme.Sebagai sebuah gerakan murni politik dan dengan memanfaatkan atau lebih tepatnya menyalahgunakan agama Yahudi, zionisme mampu bekerja sebagai sumber kekuatan Yahudi. Tidak diragukan, bahawa zionisme diciptakan oleh para kapitalis Yahudi dengan tujuan menegakkan kembali kekuasaan dan kekuatan yang hilang, juga untuk mencegah meleburnya warga Yahudi di negara-negara Eropah serta menarik kekayaan Yahudi di Barat ke sebuah pusat tertentu.
Oleh kerana itulah lembaga-lembaga kewangan dan politik Yahudi serta organisasi-organisasi internasional zionisme didirikan oleh para kapitalis Yahudi Eropah dan dengan berada di AS kemudian Palestin, mereka menjalin ikatan diantara keduanya. Di abad ke-21 ini, salah satu pemimpin organisasi Yahudi Amerika, berkata,
"Hari ini, kita masyarakat Yahudi Amerika, telah berhasil, baik di tingkat internal dan nasional, mahupun di tingkat internasional, merealisasikan sesuatu yang tidak pernah diimpikan oleh nenek moyang kita. Melanjutkan perjuangan mereka, kini putra-putra mereka telah berhasil memperoleh kekuatan yang sedemikian besar di Amerika. Ini semua adalah berkat kerjasama lembaga-lembaga Yahudi zionis di AS."
Kini, setelah lewat beberapa dekad, kita menyaksikan bahwa kaum zionis berhasil memperoleh berbagai jabatan di dalam struktur politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan AS; dan dengan penguasaan mereka mengendalikan kekuatan dan kepentingan strategik AS. Sementara itu, dukungan-dukungan penuh lembaga-lembaga eksekutif dan selain eksekutif AS kepada Israel, pengaruh rezim zionis di dalam struktur diplomasi Washington, terutama dalam pengambilan kesempatan kekuatan AS di Timur Tengah, sangat membuktikan bahawa adanya pengaruh lobi zionis di AS.Saat ini warga Yahudi Amerika memegang peranan penting dan kunci di dalam struktur politik, ekonomi, dan sosial negara dinegara tersebut. Selain itu lembaga-lembaga Yahudi Amerika juga meletakkan rejim zionis di bawah payung perlindungan dan dukungan mereka, bahkan mereka membantu anggaran belanja negara rejim zionis setiap tahun. Tambahan lagi, pelobi-pelobi zionis juga merupakan alat penekan yang sangat aktif terhadap pemerintah AS, yang selalu bergerak untuk mendukung politik rejim zionis di Timur Tengah. Lobi atau lembaga politik, dalam kamus politik digunakan untuk menyebut sebuah kelompok yang memiliki tujuan-tujuan dan kemaslahatan bersama dengan sebuah negara tertentu, dan dengan menyusup ke dalam sistim politik negara ketiga, termasuk ke dalam parlimen, mereka mengarahkan kebijakan politik negara ketiga ini ke arah yang menguntungkan mereka, bahkan jika perlu mereka akan melakukan perubahan-perubahan pemerintahan di negara tersebut. Di dalam masyarakat Yahudi AS, berlaku peribahasa yang sangat dikenali, yang selain mengandung propaganda di dalamnya, juga menunjukkan cara berfikir warga Yahudi dan pandangan mereka terhadap lembaga-lembaga tersebut. Peribahasa tersebut ialah, "Menjadi seorang Yahudi bererti menjadi anggota salah satu lembaga Yahudi". Martin Best, dan Irk Robb, dalam buku "Yahudi Amerika dan Pandangan Baru Kepada Struktur Sosial Amerika" memaparkan data-data pengaruh Yahudi di dalam berbagai struktur AS, menulis sebagai berikut: "26% wartawan, penganalisis, pekerja di pejabat lembaga-lembaga politik sosial, termasuk di dalam pemerintahan AS dipegang oleh Yahudi. 59 % dari para penulis dan para ahli hukum terbaik di New York adalah orang Yahudi.13 % dari mereka, di bawah usia 40 tahun, memegang jabatan-jabatan penting di AS. 40 % dari mereka juga hadir di dalam kongres AS. 7 dari 11 orang anggota Dewan Keamanan Nasional AS adalah Yahudi. Dengan demikian, selain jabatan presiden, orang Yahudi memegang semua jabatan dan pos-pos sensitif pemerintahan AS." Yang menarik ialah sekitar 38 % pegawai pemerintahan AS juga dipegang oleh orang Yahudi, dimana sejumlah besar dari mereka, berada di jabatan luar negeri, pertahanan, kewangan dan kehakiman AS, dengan jabatan-jabatan penting, dan mereka pulalah yang memegang rahsia-rahsia pemerintahan dan militer AS. Saat ini hampir 3 juta Yahudi hidup di New York, dan selainnya menyebar di negara-negara bahagian yang dianggap penting dan memegang peranan utama di AS. California, Chichago,, Boston, Newjersey, Florida, dan Ohio, adalah negai-negeri di dalam AS di mana jabatan-jabatan utamanya di bidang politik dan ekonomi, berada di tangan warga Yahudi Amerika. Pengaruh lobi Yahudi di rumah putih termasuk diantara masalah yang tak pernah dapat disembunyikan. Herry Truman, Presiden AS di tahun 50-an, menulis di dalam catatan hariannya tentang pengaruh Yahudi di gedung putih sebagai berikut: "Selama tinggal di gedung putih, saya tak pernah melihat tekanan dan propaganda yang sedemikian kuat." Sementara itu, meskipun masyarakat Yahudi AS menghadapi perselisihan internal, namun satu hal yang selalu menjadi kesepakatan mereka ialah dukungan terhadap rejim Israel. Ideologi dukungan terhadap Israel merupakan idea yang menguasai semua lembaga dan organisasi Yahudi di AS. Seluruh yayasan sosial, baik pusat maupun lokal, menjadikan bantuan kepada Israel seagai program utama dan pertama mereka. Akar idea seperti ini kembali kepada tahun 1897, yaitu saat deklarasi keberadaan zionisme. Para pemimpin zionisme, sejak saat itu, berniat mendirikan sebuah pusat dengan tujuan mencapai kekuatan yang terbilang di dunia.
by pak Ngah

Thursday, July 20, 2006

Integriti dan Tingkah-laku

Integriti yang difahami sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi sangat berkait rapat dengan etika, malah ia sebenarnya mencerminkan etika dalam tindakan sehari-hari. Dalam ertikata yang lain seluruh tindak-tanduk individu atau organisasi adalah menggambarkan integritinya. Jika baik tingkah-lakunya maka tinggilah integritinya. Jika buruk tingkah-lakunya maka rendahlah integritinya.
Kejujuran dan ketulusan tidak dapat dibuat-buat. Kepura-puraan hanyalah sementara, lambat laun akan terbongkar juga rahsianya. Contoh kelasik dalam kes ini direkodkan dalam satu hadis yang popular oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Matan Arbain bahawa seorang Quraisy Mekah telah berhijrah ke Madinah pada zaman Nabi dahulu dengan tujuan untuk berkahwin dengan seorang perempuan. Berkaitan dengan peristiwa ini Nabi SAW bersabda yang maksudnya `sesungguhnya amalan-amalan itu disertai dengan niat. Setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Jika ia berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul, dan barang siapa berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya dikira berdasarkan kepada apa ia berhijrah.’ Oleh kerana itu hijrah lelaki tadi dipanggil `Hijrah Ummul Qais’ kerana perempuan itu bernama Ummul Qais.

Kenapa Perlu Integriti?
Kita perlu mengamalkan integriti kerana ia perintah dari Allah. Dalam surah Al-Anfal ayat 27 Allah berfirman maksudnya `wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui (dosanya).’ Setiap amanah, tanggung-jawab atau tugas yang diserahkan kepada kita merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan. Jika tidak ditunaikan ertinya kita telah khianat dan melanggar peraturan. Pelanggar peraturan adalah zalim dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang zalim.
Integriti diperlukan untuk keselamatan dunia dan akhirat. Manusia mempunyai kehendak yang tidak terbatas. Walau bagaimanapun, perlulah difahami bahawa segala anugerah Allah yang manusia terima merupakan ujian untuk mereka. Ini dijelaskan dalam surah Al-Anfal ayat 28; `dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian (fitnah) dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar’.
Manusia yang gagal dalam ujian ini akan terjerumus ke lembah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pecah amanah, penipuan, perlakuan tidak jujur dan sebagainya demi mendapatkan harta atau kesenangan untuk anak-anak dan keluarga. Mereka tidak sedar bahawa ada banyak cara lain yang halal boleh digunakan bagi tujuan itu. Allah menyediakan jalan untuk mencapai setiap keperluan kita dengan cara dan jalan yang halal lagi diridhai.
Manusia yang berintegriti akan mendapat furqan. Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 29 bermaksud `wahai orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan bagi kamu pembeza (al-furqan) dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni kamu dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar’. Furqan bermaksud petunjuk dan cahaya yang boleh membezakan antara yang hak dengan yang batil.
Dengan memiliki iman yang mendalam serta menjaga taqwa, Allah akan memberi kita furqan. Dengan ketiga-tiga ini menjadikan seseorang itu terkawal tingkahlakunya. Ia sedar segala perlakuannya diperhati dan direkod malah ia sedar bahawa Allah lebih mengetahui mengenai apa-apa yang tersirat di dalam hatinya. `Kalaulah kamu orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Dia adalah maha pengampun bagi orang yang bertaubat’. (Al-Isra’25)
Orang yang berintegriti akan melaksanakan tanggungjawabnya dan menunaikan hak orang lain tanpa menunggu orang itu membuat tuntutan di mahkamah atau mengambil tindakan undang-undang. Ia patuh kepada firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayaat 26 yang bermaksud dan berikanlah kepada kaum kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan hak masing-masing. Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau.
Secara tersirat hendaklah difahami bahawa dalam harta atau wang ringgit yang kita miliki ada hak-hak orang lain yang patut disempurnakan seperti hak kaum kerabat, musafir, orang yang meminta-minta, fakir miskin dan sebagainya. Jika hak mereka ini tidak diberikan maka harta dan wang ringgit yang kita miliki itu tidak bersih kerana bercampur dengan hak orang lain. Untuk membersihkannya hendaklah dikeluarkan zakat dan sedekah. (Di dalam harta mereka ada hak bagi orang yang meminta-minta dan orang miskin – Az-Zariat 19)
Mereka yang berniaga dan telibat dengan timbangan dan sukatan akan menjaga integritinya dengan menyempurnakan timbangan dan sukatan dengan betul dan tepat (Al-Isra’ 35). Mereka melaksanakan tanggungjawab ini bukan disebabkan ada polis atau pegawai penguat kuasa akan tetapi oleh iman dan kepercayaan bahawa kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan) iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.(Al-Mutaffifin 1-3)
Dari segi agama, apabila kita menunaikan hak orang lain, sunnah diberikan lebih. Ini berdasar kepada satu hadis dari Jabir bin Abdullah yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam kitab Sahihnya bahawa Nabi SAW membayar hutangnya kepada Jabir dengan memberi tambahan sebagai hadiah. Dari peristiwa ini dapat difahami bahawa adalah sunnah untuk membayar hutang lebih dari jumlah yang sepatutnya. Inilah contoh manusia yang berintegriti manakala orang yang tidak berintegriti akan mengelak dari membayar hutang, malah menjadi musuh pula.

Integriti Hati
Integriti bukan hanya melibatkan tingkahlaku zahir sahaja malah ia lebih berfokus kepada perkara-perkara batin seperti hati, perasaan serta perkara-perkara rohani yang lain. Pergerakan anggota zahir adalah hasil dari niat serta dorongan dari dalam. Selain dari tindakan pantulan serta pergerakan automatic tubuh, tingkahlaku dan tindakan anggota badan adalah berdasar kepada niat dan kehendak yang telah diputuskan oleh seseorang berdasar kepada akal fikiran atau nafsu dan keinginannya. Mengenai perkara-perkara batin ini Allah berfirman maksudnya sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati semuanya itu akan ditanya. (Al-Isra’ 36). Nabi (SAW) bersabda maksudnya bahawa tidak akan berzina seorang penzina jika ketika itu ia beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika ketika itu ia beriman.
Dalam keadaan waras dan sedar, manusia bertanggungjawab terhadap tingkah- laku serta tutur-katanya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud, mereka (manusia) dibalas bagi setiap kebaikan yang mereka usahakan dan begitu juga mereka dibalas bagi setiap kejahatan yang mereka usahakan. Dalam surah Al-Fussilat ayat 46 Allah berfirman, maksudnya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, faedahnya akan kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

Akibat Tidak Berintegriti
Tanpa integriti manusia akan menerima musibah sama ada di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak Firman Allah dalam surah As-Syuara ayat 30 bermaksud, apa jua musibah yang menimpa kamu maka ia adalah disebabkan oleh apa yang diusahakan oleh tangan kamu. (Dalam pada itupun) Allah mengampunkan banyak dosa kamu. Dalam surah Ar-Rum ayat 41 Allah berfirman maksudnya, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian itu) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Di dunia ini baik secara langsung atau tidak langsung manusia telah menerima akibat dari tindak-tanduk mereka yang tidak berintegriti. Mereka yang tidak berintegriti dari segi makanan mendapat penyakit yang berpunca dari makanan seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, berlebihan berat badan dan sebagainya. Mereka yang tidak berintegriti dari segi moral dan perkahwinan mendapat penyakit HIV, aids, keruntuhan moral dan akhlak, penagihan dadah dan sebagainya.
Kesan dari gejala ini bukan hanya ditanggung oleh mereka yang terlibat sahaja akan tetapi ia turut dideritai oleh seluruh anggota masyarakat. Contohnya penagihan dadah berkait rapat dengan kes curi, rompak, peras ugut, copet, cabul, rogol, malah sampai ke peringkat bunuh yang melibatkan anggota masyarakat yang tidak bersalah dan tidak berdosa. Kerana itu integriti amat perlu dijaga dan disuburkan.

Balasan Di Akhirat.
Firman Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 6-8 bermaksud pada hari itu manusia akan keluar (dari kuburnya) dalam keadaan yang bermacam-macam untuk melihat (balasan) amal mereka. Maka barang siapa membuat kebaikan sebesar zarrah, nescaya akan dilihatnya dan sesiapa membuat kejahatan sebesar zarrah, nescaya akan dilihatnya.
Allah menyediakan balasan untuk golongan yang tidak berintegriti berupa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang (Al-Insan, 4). Sementara mereka yang baik disediakan syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin sambil menonton ( Al-Mutaffifin 22-23). Mereka ini dahulunya telah bersusah payah menjaga diri dan tingkah-lakunya supaya sesuai dengan kehendak agama dan akhlak. Maka benarlah firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Dalam surah At-Tin ayat 6 Allah berfirman maksudnya kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka balasan yang tidak putus-putus.

Bagaimana Mencapai Integriti
Sedar bahawa kita sedang diperhatikan dan setiap tindakan kita direkod oleh para malaikat. Firman Allah dalam surah Al-Mutaffifin ayat 18-21 bermaksud ingatlah sesungguhnya buku catatan amal orang yang berbakti di ‘illiyyin. Apa yang kamu tahu tentang ‘illiyyin itu? Buku catatan amal yang jelas yang disaksikan oleh para malaikat yang dekat kepada Allah.
Sedar bahawa tidak lama lagi kita akan mati. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185 bermaksud tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 disebut sekali lagi bahawa tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Lagi sekali diperingatkan dalam surah Al-Ankabut ayat 57 bahawa tiap-tiap diri akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami. Kerana itu sedarlah bahawa sekejap lagi kita akan mati, bersedialah.
Sedar bahawa semua amalan akan ditimbang. Firman Allah dalam surah Al-Rahman ayat 7 bermaksud dan langit dijadikan tinggi dan diadakan timbangan. Dalam surah Al-Qari`ah ayat 6-8 dijelaskan bahawa orang yang berat timbangan amal baiknya maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya maka tempat kembalinya ialah `haawiyah. Apa yang kemu tahu tentang hawiyah itu. Api yang panas membakar.
Sedar akan balasan syurga dan neraka di akhirat kelak adalah benar. Firman Allah dalam surah Al-Insan ayat 12-16 bermaksud dan balasan kerana kesabaran mereka adalah syurga dan pakaian sutra. Mereka bertelekan di atas katil-katil, tiada bahang panas matahari dan tidak pula terlalu dingin. Dinaungi pokok-pokok syurga dan buahnya mudah dipetik. Diedarkan kepada mereka bekas air dari perak dan gelas kristal juga dari perak dengan sukatan yang betul
Mereka diberi minuman bercampur zanjabil (iaitu) mata air dalam syurga yang bernama salsabil. Dilayani pelayan-pelayan remaja yang jika dilihat disangkakan mutiara yang bertaburan, dan apabila engkau melihat di sana, engkau melihat pelbagai nikmat dan kerajaan yang besar. Pakaian mereka berwarna hijau dari sutra halus dan tebal, bergelang tangan perak dan diberi minum oleh Tuhan mereka minuman yang suci.
Sesungguhnya Neraka Jahannam disediakan sebagai tempat tinggal untuk orang-orang yang melampaui batas. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman. Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir. Sebagai balasan yang sesuai kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hisab. Dan mereka mendustakan ayat-ayat kami dengan sungguh-sungguh dan setiap sesuatu dari bawaan hidup mereka telah direkod. Kerana itu rasailah azab dan kami tidak akan menambah melainkan dengan azab (An-Naba’ 21-30 ) .
Sedar akan perakuan sumpah dan janji dalam syahadah yang diucap bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Perakuan ini bukan hanya diucapkan di bibir sahaja akan tetapi difaham dan dihayati dengan sebenar-benarnya. Dengan perakuan ini kita tidak lagi membesarkan yang lain melainkan Allah. Hanya Allah yang berkuasa dan makhluk tidak berkuasa. Bukan pangkat, kuasa, kedudukan, wang ringgit, harta benda dan anak-penak yang dibesar dan diutamakan tatapi Allah.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 maksudnya dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-penak, harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak serta tanam-tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang lebih baik.
FirmanNya lagi dalam surah At-Taubah ayat 24 maksudnya: katakanlah (wahai Muhammad): jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan pasangan-pasangan kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai menjadi perkara-perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Sedar bahawa kejayaan sebenar kita adalah dengan mentaati perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Seluruh sunnah nabi adalah agama. Kekurangan dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan dalam mengamalkan agama. Kekurangan dalam mengamalkan agama menandakan kekurangan iman.
Tunaikan solat dengan khusyuk dan khuduk. Solat adalah tiang agama, sesiapa yang tidak mengerjakan solat ia telah meruntuhkan agamanya. Tunaikan solat 5 waktu berjamaah di masjid atau di tempat azan dilaungkan. Kaum wanita menunaikannya di rumah. Anak-anak lelaki dilatih berjamaah di masjid manakala anak-anak perempuan dilatih bersama ibunya.
Sentiasa berusaha menambah ilmu. Di samping menambah ilmu dalam pelbagai bidang jangan lupa ilmu dalam bidang agama yang sumbernya adalah Al-Quran dan Sunnah. Sentiasalah menambah ilmu Al-Quran dengan mempelajari tajwid dan tafsir serta ilmu hadis dengan mempelajari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 maksudnya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat. Dalam surah Al-Isra’ ayat 107 Allah berfirman maksudnya sesungguhnya mereka yang diberi ilmu sebelumnya, apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera menumuskan muka melakukan sujud.
Muliakanlah orang lain. Hadis Nabi S.A.W bermaksud barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan jirannya, barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari kemudian hendaklah ia memulikan tetamunya. Tunaikan hak tetangga, tetamu, pelanggan malah semua pihak yang berkepentingan dengan kita sepenuhnya tanpa menunggu mereka menuntutnya.
Bersihkan hati dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk sebaliknya buatlah kerja ikhlas kerana Allah. Sesuatu yang dibuat secara tidak ikhlas tidak ada harga di sisi Allah manakala sesuatu amal yang ikhlas, walau sekecil mana sekalipun, ia mempunyai nilai yang tinggi.
Sebagai penutup marilah kita ikuti saranan Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi dalam bukunya Islamic Solution to The World`s Problems (2005):
make yourself good,
help others become good
and make the physical world good.



Thursday, July 06, 2006


Perlis Darul Sunnah wal Jom Heboh?
Wed Jul 05, 06 08:04:18 AM Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 5 Julai (Hrkh) - Dalam kesibukan kerajaan Perlis mencanangkan nama Darul Sunnah bagi menggantikan Indera Kayangan, langkah baik tersebut dicemari dengan kemasukan hiburan yang melalaikan serta menggalakkan pergaulan bebas khususnya di kalangan remaja.
Konsert Jom Heboh yang diadakan di pekarangan Stadium Utama dekat sini sebagai majlis penutupan Karnival Jom Heboh yang diadakan pada 1 dan 2 Julai lalu dikatakan telah mengganggu jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Putra yang terletak tidak berapa jauh dari tapak karnival diganggu oleh sayup-sayup alunan lagu "Jesnita" nyanyian kumpulan Exist pada rakaat terakhir.
Tidak hairanlah juga semasa solat itu juga keadaan lalu-lintas di hadapan masjid begitu bingit kerana orang ramai berpusu-pusu untuk memeriahkan lagi Konsert Jom Heboh anjuran sebuah stesyen televisyen swasta itu.
Di karnival tersebut jugalah Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim menghebohkan kepada orang ramai dalam satu temuramah media yang dibuat di situ tentang perubahan nama negeri ini.
Umum mengetahui tentang penggunaan nama Indera Kayangan yang tidak sesuai sejak sekian lamanya dan perubahan ini adalah satu langkah yang sangat baik.
Namun begitu, perubahan nama yang diambil sempena amalan Ahlus Sunnah di Perlis turut mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.
Shahidan sendiri dalam satu perasmian majlis dipetik menyatakan bahawa beliau mendapat SMS yang berbunyi "Perlis Darul Sunnah wal Jom Heboh".
Sementara itu, tokoh agama, Ustaz Ahmad Ali menyambut baik perubahan nama ini tetapi baginya, persoalan yang timbul adakah amalan kerajaan negeri bertepatan dengan nama baru yang dipilih.
"Mereka mengaku mengikut amalan sunnah dan perkara yang bercanggah dengan amalan mereka dianggap seperti qunut, tahlil, lafaz usholli bidaah. Apakah Jomheboh ni tak bidaah?"tanyanya.
Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis melihat pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh akan menepati lagi nama Darul Sunnah yang dipilih.
"Ini tidak, yang dikatakan sunnah itu hanya dalam bab ibadat sedangkan pelaksanaan syariat Islam tidak secara menyeluruh. Sepatutnya dihidupkan sunnah Nabi s.a.w secara menyeluruh.
"Ianya perlu bertepatan dengan realiti dan amalan sunnah itu sendiri sedangkan kerja-kerja yang menjurus kepada maksiat wajib dihindari khususnya oleh pemerintah," ulasnya.
Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, wakil tunggal PAS, Ustaz Hashim Jasin pernah menegur kerajaan negeri berkenaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tentang hiburan yang keterlaluan.
"Dulu telah dikeluarkan fatwa tentang hiburan yang keterlaluan, tapi daripada pemerhatian saya ianya ternyata telah dilanggari," demikian petikan ucapannya pada sidang DUN yang lalu.
Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria juga dipetik pernah menyatakan bahawa walaupun ditukar nama daripada konsert 'Sure Heboh' kepada 'Jom Heboh' ianya tetap haram.
"Program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas," katanya beberapa bulan yang lalu.
Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas telah memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi Islam kerana ia melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.
Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan, oleh itu ia wajar dihentikan. - mks.
Piala dunia telah hampir sampai kemuncaknya yang menyaksikan beberapa gergasi bola sepak tewas awal seperti Brazil dan England. Semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangannya. Terasa suatu kerugian yang besar jika terlepas menyaksikan sesuatu perlawanan walaupun terpaksa berjaga malam. Namun demi piala dunia tidak mengapa biarpun terpaksa menahan mengantuk di tempat kerja di keesokan harinya. Jangan kerana disebabkan Piala Dunia kita terleka dan terlalai. Memang Pengaruh Piala Dunia begitu hebat sehingga di waktu ini masyarakat tidak memikirkan apa-apa pun selain membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan sukan bola sepak yang berpetrij itu. Sehinggakan beberapa agenda harian kita pun diatur mengikut jadual perlawanan. Ada juga artis yang menangguh penerbitan album terbarunya sehingga selepas selesainya kejohanan piala dunia ini kerana dibimbangi tidak mendapat sambutan kerana masyarakat berada dalam aura sukan bola sepak itu.
Tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk mengikuti perkembangannya namun di sebalik kemeriahan Piala dunia jangan kita terleka untuk mengambil tahu nasib saudara-saudara kita di Palestin yang semakin ditekan akhir-akhir ini. Di sebalik kemeriahan piala dunia kita tidak mengetahui saudara-saudara kita di Palestin diserang dengan begitu hebat oleh laknatullah Israel. Diberitakan serangan ini merupakan yang terkejam yang pernah dilancarkan oleh laknatullah Israel yang menyaksikan pejabat-pejabat kementerian dimusnahkan dan penawanan sejumlah besar ahli-ahli parlimen Palestin. Kita perlu sensitif dengan perkara ini. Ianya bukanlah suatu perkara yang kecil namun merupakan perkara yang cukup penting dan terlalu besar. Mungkin kita akan berkata apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka, kita tidak mampu tapi takkanlah untuk berdoa dan memberi sumbangan berbentuk material untuk mereka pun tidak boleh. Hadis Nabi yang bermaksud : "Barang siapa yang tidak mengambil tahu dengan hal ehwal umat Islam bukanlah dari golonganKu"

Kalau kita meneliti sejarah-sejarah silam memang kita mendapati Palestin merupakan negara yang bergolak sejak dahulu kala sehinggalah sekarang dan tidak diketahui sampai bila ia akan terus bergolak. Persoalan yang boleh ditimbulkan kenapa Palestin sentiasa bergolak. Salehuddin Al Ayubi pernah menggambarkan bahawa Palestin ini merupakan ibu dunia. Sesiapa yang menguasai Palestin bermakna ia menguasai dunia.

Kita perlu ingat bahawa di Palestin terdapat Bait al Maqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan juga tanah suci yang ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan merupakan tempat tinggal kebanyakan para anbiya' yang terdahulu.

Maka menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk bangkit menjaga kehormatan dan kedaulatan Bait al Maqdis. Mudahan kita sentiasa sedar dan sensitif dan bangkit. Wajibkan diri kita untuk berdoa memohon ke hadrat Allah untuk terus menjaga Palestin, memberi kemenangan kepada umat Islam dan kehinaan kepada kaum kuffar.
InsyaAllah Islam akan menang...AllahuAkbar.