Sunday, November 29, 2009

KEM ANAK SOLEH 2009


Menunaikan Haji

Haji...
*Sempena Aidil Adha ini, terkenang Nostalgia silam tika daku menunaikan Haji beberapa tahun yang lampau. Lalu Ku persembahkan kembali catatan ini yang telah 4 kali dipersembahkan. Mohon maaf catatan yang tidak tersusun, banyak ayat dan istilah pasar digunakan.

Haji seperti diketahui umum merupakan rukun Islam yang terakhir. Namun tidak seperti rukun2 yang lain, tidak ditaklifkan rukun ini ke atas seseorang kecuali bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Ulama mempunyai berbagai pandangan mengenai pengertian mampu itu sendiri. Jika kita meninjau zaman nenek moyang kita dahulu, kita mendapati bukan semua orang kaya yang mampu dan sanggup untuk menunaikan haji. Menunaikan Haji pada masa itu seumpama menyabung nyawa. Majlis wida’ semasa menghantar mereka yang menunaikan haji akan terasa begitu pilu sekali seumpama tidak akan bersua muka kembali. Apatah lagi dengan sistem perhubungan dan penganggkutan yang masih lemah dan lembab. Allahyarhamah Wan saya sahaja, selepas 2 tahun berada di Mekah baru kembali ke tanah air. Tapi itu semua kisah lama, kini keadaan sebaliknya, semua orang berpusu-pusu menunaikan haji sehingga terpaksa diwujudkan giliran serta kouta oleh pihak berwajib.

Alhamdulilah dengan izin Allah serta berkat doa kawan-kawan, Saya telah berkesempatan menunaikan fardhu haji.

Sedikit sebanyak catatan mengenainya.
Tengah bulan 12 tahun 2005- taklimat (kursus haji) mengenai perjalanan haji diadakan di h10. sesi selama ½ hari sahaja. Kalau kursus di Malaysia lebih kurang 3 bulan..
23.12 (jumaat) : taklimat pengurusan kepada yang berkenaan (2 musyrif dan 2 ajk) di rumah Us. Nik Syahir kat Mansurah (musyrif thn lps). Musyrif Us. Fairuz (ydp Johor), pembantu Musyrif Us. Zainudin (penasihat 1 DPM Shoubra), AJK Us. Hafiz (penasihat 2 DPM Shoubra dan Azraie.

26.12 (malam isnin) majlis meraikan bakal hujjaj peringkat Shoubra diadakan di markaz Dewan Perwakilan Pelajar.Tengah malam- ahli bait (room mate) menyediakan bekalan makanan untuk sepanjang perjalanan di atas kapal. Makanan disejukkan dulu sebelum dibungkus utk mengelakkan cepat basi. Kemudian dibungkus dengan foil. Ana bwk dua beg yang sederhana besar. Satu untuk pakaian dan satu lagi diisi dengan bekalan makanan untuk dimakan dalam kapal.
27.12 (selasa) pergi ke h10 dari Shoubra dengan menaiki teksi. Ditemani oleh seorang ahli bait. Sampai di H10 elok-elok azan subuh. Berangkat dengan 30 ahli rombongan. 18 dari shoubra dan selebihnya dari kuliah, 2 perempuan dan seorang pakcik dari singapura yang belajar bahasa arab di sini.
Rujuk jadual perjalanan..
SELASA 27/12/20056.30pg Berkumpul di dataran H-10
8.15pg Bertolak ke Port Suez .
11.45pg Tiba ke Port Suez: Pemeriksaan barang2,dibawa ke Minaa’, isi borang maklumat diri, pemeriksaan pasport & tiket.12.30tgh Check-in kapal: pasport diserah,jumpa pegawai maklumkan jumlah jemaah. Semua dpt bilik first class. Adakan taklimat untuk jemaah.
4.30ptg Kapal berlepas
RABU 28/12/20058.00 mlm : Masuk kawasan MIQAT
KHAMIS 29/12/20053.50 ptg : Tiba di Port Jeddah: pemeriksaan pasport.Dibawa ke Madinah Hujjaj.Tunggu bas untuk ke Maktab. Serah pasport ke Maktab, bagi alamat tempat tinggal.
3.00pg : Abg Nasir (anak baba) jemput di maktab utk dibawa ke tempat tinggal (FALAKI)
3.30pg :Tiba di tempat tinggal. Tawaf Qudum
JUMAAT----SABTU(SEMINGGU)Umrah & aktiviti sendiri Bayar sewa rumah & makanan. Makan 2 kali sehari (tengah hari & malam). Kuliah bersama Sheikh Nuruddin al-Banjari di rumah. Juga berkesempatan bersama majlis Syeikh Mohammad Ismail Zain (anak tok guru Syeikh Nuruddin) Urusan dengan maktab untuk bas ke Arafah. Bas disediakan. Taklimat untuk jemaah
AHAD 8/01/20069.30 mlm : Bertolak ke Arafah. Jalan sesak & pemandu tersilap jalan.
1.00pg : Tiba di Arafah, makan malam & berehat

ISNIN 9/01/2006WUKUF , Makan di Arafah (3 kali makan) Sarapan pagi,mkn tghari & mkn mlm. Dengar khutbah. Berdoa & berzikir slps zohor hingga maghrib Bertolak ke Muzdalifah. Kutip batu & berehat.
SELASA 10/01/20062.00 pg : Bertolak ke Mina. 2.30pg :Tiba di khemah.Melontar jamrah ‘Aqobah. Setengah jemaah pulang ke Mekah termasuk ana untuk tawaf Ifadhah & saie’(Tahallul Sani) Setengah jemaah lagi terus menginap di mina (Tahallul Awwal) Makan di mina 3 kali (sarapan pagi,mkn tengahari & mkn malam)
RABU 11/01/20068.30 mlm : Bergerak ke Jamrah untuk Melontar dan Mabit (bermalam) di dataran masjid khif. 3.00 pg : Selesai mabit pulang ke khemah
KHAMIS 12/01/2006Sda
JUMAAT 13/01/200611.30pg 2.00ptg11.30 pg : Bergerak ke Jamrah utk Melontar terakhir & pulang ke khemah.
2.00ptg : Bersiap & pulang ke Mekah
SABTU----RABUUmrah & aktiviti sendiri
KHAMIS 19/01/2006ZIARAH sekitar Mekah Mukarramah, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Ja’ranah, Jabal Nur.
JUMAAT----AHADUmrah & aktiviti sendiri. Taklimat untuk jamaah Buat urusan dengan maktab untuk ke Madinah. Bas disediakan.
ISNIN 23/01/20063.00 ptg :Tawaf wada’ & solat asar
4.30ptg :Bertolak ke Madinah Munawwarah Bagi maklumat jemaah & alamat tempat tinggal di Madinah
SELASA 24/01/20062.00 pg : Tiba di Madinah Munawwarah. Disambut oleh Pelajar Madinah(PPIM), Berehat. 8.00 pg : ZIARAH sekitar Madinah Munawwarah Jabal Uhud Masjid Qiblatain Masjid Quba’
11.30pg : Pulang ke hotel. Bas disewa PMRAM.
RABU 25/01/2006Solat di Raudhah Ziarah Maqam Rasulullah s.w.a.,Sahabat& perkuburan Baqi’ Buat urusan di Maktab Mesir untuk pulang ke Jeddah. Bas disediakan. Ajk berjumpa dgn PPIM (perpustakaan pelajar Islam Madinah) di markaz PPIM.
KHAMIS 26/01/200610.45mlm : Bertolak ke Jeddah (Madinah Hujjaj)
JUMAAT 27/01/20065.45pg : Aktiviti sendiri Tiba di Madinah Hujjaj Berehat. Bilik disediakan
SABTU 28/01/20066.30ptg : Bertolak ke Port Jeddah Cop Pasport Check-in, serah pasport & dapatkan bilik.
AHAD 29/01/20063.00pg : Kapal berlepas Majoriti jemaah mabuk laut
ISNIN 30/01/2006Aktiviti sendiri
SELASA 31/01/20062.00 pg : Tiba di Port Suez .
7.00 pg : Check out kapal Pemeriksaan barang & pasport di imigresen.
8.00 pg : Bertolak pulang ke Kaherah. 10.00 pg Tiba di H-10
Sedikit Ulasan..
1.Mekah· kami menyewa di rumah orang Patani. Kami panggil baba dan isterinya kami panggil mama. Mama memasak utk kami, makan tengahari dan malam. Rumah berdekatan dengan masjidil Haram.· Hampir keseluruhan melaksanakan haji tamattu’. Banyak kelonggarannya tapi kena bayar dam iaitu seekor kambing untuk seorang.· Dikira beruntung kerana Syeikh Nuruddin juga menunaikan haji. Lebih beruntung Syeikh datang ke rumah kami utk beramah mesra dan discus pasal haji yang mabrur. Dan berkesempatan ke majlis Syeikh Mohammad Ismail Zain (anak tok guru syeikh Nuruddin) dan menerima beberapa hadis musalsal darinya.· Jemaah Indonesia paling ramai diikuti Pakistan, Turki, Iran dan Malaysia. Semuanya dengan berbagai fesyen pakaian seragam terutama Indonesia. Turki dgn baju sepasang lelaki n perempuannya semacam pakaian kilang je.· Ramai jemaah haji dari Iran. Kita tahu pegangan Iran adalah syiah. Mereka mempunyai misi yg tersendiri. Ana pun pernah didakwah oleh orang Syiah, seorang pensyarah universiti dari Iran.· Ramai orang yang jahil di sana. Jadi bermacam ragam dalam melaksanakan ibadah. Antaranya- tutup aurat yg tdk sempurna bagi perempuan. Cth negara Pakistan dan India hanya pakai selendang nipis selapis je. Kalau tawaf penuh sesak hilanglah selendangnya, jadi kenalah keluar masjid dgn x bertudung. Lelaki dari Pakistan dan India sebaliknya, berjambang dan berjanggut panjang.ok pulak. Kalau dari China- perempuannya pakai tudung mcm tudung kepala firaun zaman dahulukala. Lawak je tengoknya.· Terlalu ramai manusia di sana, bersesak2 x kira laki ke perempuan semuanya bersesak2, solat sblh menyebelah je laki n perempuan, x blh nak control sbb manusia terlalu ramai 5 juta lebih org..· Kucup hajar aswad hanya sunat. Tapi ingin mendapatkannya cukup sukar di musim haji terutamanya bagi orang asia.ana pernah mencubanya beberapa kali, pegi berdua @ bertiga. Sehasta dan selangkah je lg utk mendptkan hajar aswad tapi xde rezeki. Sekali orang negro, Turki tolak terpelanting kt. Di kawasan tu org Mlysia memang xde yg mencuba, indonesia ada x kira laki ke perempuan bg mereka mcm wajib plk. Kalau perempuan tu telekong sampai tertanggal apatah lagi kalau pakai selendang je, lagi le. Pernah sekali. Depan ana ada perempuan Indon dgn suaminya kat kawasan hajaratul aswad. Slps bbrp ketika bertahan perempuan tu x thn dah, nk pengsan, jadi kena keluar dr kwsn tu. Cara nk keluar kena julang atas orang (istilah syeikh Nuruddin berenang atas orang), jadi kena pasing2 lah perempuan tu smpai kain terselak sampai ke peha, diapun satu x pakai seluar pnjg.· Kebiasaannya kami berthn paling lama ½ jam kat kwsn tu, lama lg takut pengsan pulak.· Perjalanan umrah:Biasanya ana buat lps solat isya’ dlm pkl 10 mlm. Bersiap n pergi ke tanah halal (Tanaim). Dari rumah (tnh haram) naik trenco 2 rial tambangnya. Sampai di Tanaim (tempat miqat Saidatina Aisyah) solat sunat di Masjid Aisyah n berniat. Pastu balik semula ke Tanah haram dgn trenco juga. Kalau naik teksi lbh krg 30 rial pegi shj.Dlm prjlnn disunatkan bertalbiah. Sampai masjid terus tawaf.
Tawaf. : kalau kt buat brdktn dgn kaabah (kwsn terbuka x beratap) lbh krg 4 minit satu pusingan, 7 pusingan lbh krg ½ jam. Kalau kt tawaf kat atas 1 ½ jam masanya. Jadi Ana lebih suka tawaf di bawah, org Msia terutama makcik2 biasanya tawaf kat atas. Walaupun lama tapi x sesak sangat.· Lepas tawaf disunatkan solat sunat dkt maqam Ibrahim. Tapi bila musim hj agak payah, org terlalu ramai jd kwsn kat maqam Ibrahim pun org twf. Umrah terakhir ana dpt juga solat betul2 dpn maqam Ibrahim, ada orang iran cover. Diorang buat bulatan jadi ana solat dlm bulatan diorang.· diSunatkan minum air zam2 slps tu. Ada 2 pendapat. Jumhur berdiri mengadap kiblat dan bg Syafie duduk. Terpulang pd kita nak ambil yg mana.Saie- lps tawaf kita saie. Mula di safa dan berakhir di marwah. Ada kwsn yg disunatkan bg lelaki utk berlari2 ank (tempat dimana hajar pernah berlari2 anak). Tidak disunatkan bg perempuan tapi ada yg jahil sama2 berlari. Tawaf sunat ada tapi saie sunat tiada, jd bila saie kenalah berihram, pakaian tidak berjahit bg lelaki dan tidak tutup muka dan tangan bg perempuan. Tapi ada juga yg pakai baju biasa je, anggap mcm saie sunat pulak. Menghairankan.Masa saie terkenang pengorbanan Hajar (seorg ibu) trhdp anaknya Ismail yang kelaparan. Mencari air mendaki safa kemudian ke marwah sambil berlari-lari anak. Jauh tu. Dari safa ke marwah blh thn jugalah jauhnya. Habis 7 pusingan tu kira penatlah, kalau balik rumah letak kepala lena terus. Tu yg muda kalau tua tak tahulah, ade yg sampai kena brtlk dgn kerusi roda.Abis saie bertahallul iaitu bergunting sekurang2nye 3 helai rambut. Dan satu ruas sekali gunting bg perempuan kalau x silap lah. Biasanya orang terus je bertahallul dkt marwah tu, bergunting kat rmh pun tiada masalah, masalahnya perempuan pun ramai yg bergunting kat situ, selamba je, siap blh pnjm gunting kita plk. Selepas bertahallul, selesailah umrah kt, kalau pegi time usia muda nie byk sikitlah umrahnya yg blh kt buat, kata orang..tenaga dan kudrat masih kuat .
-persekitaran masjidil Haram byk kedai. Penjualnya terdiri dari org Bangladesh. Org Malaysia ckp dikenali, Malaysia bagus katanya, ini kerana org Mlysialah yg suka berbelanja dan banyak membeli belah berbanding negara lain. Mngkin taraf ekonomi yg blh dikatakan tinggi menyebabkan org Mlysia agk berada berbanding dari tempat2 lain.
-Di Mekah air boleh dikatakan agak bermasalah. Di sini tiada sungai seperti Mesir yg terkenal dgn sungai Nil. Bekalan air diperolehi melalui air laut yg disuling dan dihantar ke rumah melalui lori2. setiap rumah mempunyai tangki air simpanan bwh tnh yg bsr.bila air abis je kena panggil lori untuk hantar air.-Air zam2 hanya di masjidil Haram shj. Dan dihantar ke Masjidil Nabawi. Di rumah kami setiap masa minum air zam2. ada diubuh dlm cooler dan hoter. Jadilah air teh, horlik dari air zam2, buat megi pun dgn air zam2.
2. Arafah.Beza haji dgn umrah ialah wukuf di arafah. Umrah tiada wukuf. Wukuf ialah berada di kawasan arafah lbh krg satu ari. Disunatkan memperbanyakkan berdoa. Dan mustajab berdoa di hari wukuf.
3. muzdalifah.Dari arafah ke muzdalifah, kami sampai ke kwsn kami (tempat dibagi2 oleh saudi mengikut maktab)org ramai tapi tempat terhad, duduk disitu dan mengutip batu untuk melontar di jamratul Aqabah.
4. mina.Dari muzdalifah (pukul 2.am) dibawa ke khemah di Mina. Khemah luas ada aircond, laki perempuan bertentangan. Slps check in terus ke jamrah. Khemah agak jauh ke jamrah..lbh krg 4 km jln kaki. Melontar di Jamratul Aqabah..lps tu bertahallul dan terus balik ke Mekah utk tawaf ifadah (tawaf hj). Sebahagian rombongan x terus ke Mekah tapi balik ke khemah.Malam mesti mabit (berada) di mina. Oleh kerana khemah kami dikwsn mina jadid jd kami berpendpt lbh slmt utk mabit di Mina asal. Menurut fatwa saudi mina jadid juga dikira sbg mina. Kami mengambil jln lbh slmt dgn mabit di mina asal. Jd lps magrib kami ke jamrah utk melontar di 3 jamrah dan lps tu bntg tikar di kwsn lpg tunggu smpi tgh mlm baru blk ke khemah.
5. tawaf wida’Hari yang dirasakan cukup sedih berbanding ketika nk ke Mesir dulu. Bg perempuan yg uzur berdiri menghadap ke kaabah di luar masjid melahirkan rasa sedih yg amat sangat.
Madinah :Kami berada di Madinah tak lama 3x subuh shje. Memandangkan kos penginapan di sana yg agak mahal. Kat Madinah sewa dgn org bangla, bukan dgn org patani, kalau patani murah sikit.Suasana di Madinah lebih tenang, bandarnya lebih tersusun berbanding Mekah.Subuh.1Sampai ke Madinah pkl 2 am. Pkl 3.30 am ana ke sana. Mula sampai kwsn raudhah dh penuh. Dpt solat sunat shj di raudhah. Lps solat ziarah Rasul.s.a.w., Abu Bakar r.a, Omar r.a. lps tu balik rumah.. pkl 7.00 terus ziarah di Madinah.Subuh2Pegi masjid pkl 3 am.(masjid buka pkl 2.30 am) Raudhah dah penuh tapi alhamdulillah ana dpt tempat. Slps sunat Dhuha, ziarah Rasul, Saidina Abu Bakar, Umar, dan terus ke Baqi’.Subuh3Pegi ke masjid pkl 2am.beratur dpn pintu. Dpt tempat yg strategik dlm raudhah (tiang taubat), sunat dhuha di tiang Aisyah. Ziarah rasul dan sahabat. Alhamdulillah dpt 5 solat waktu di raudhah.-baru dpt step mcmana nk dpt mudah masuk ke raudhah.-mlm balik ke Jeddah..
Raudhah.Raudhah digambarkan oleh Nabi sebahagian dari Taman Syurga. Kecil shj. Ada beberapa tiang yg digambarkn Nabi jika solat berhampirannya mempunyai kelebihan yg tersendiri. Ada tiang wangi, tiang taubat, tiang Aisyah, tiang Katil dan bbrapa lg. lps solat subuh je tirai dinaikkan utk bagi giliran perempuan pula masuk ke raudhah. hanya tinggal 2 tiang utk lelaki.solat zohor baru lelaki dpt msk, lps solat tirai dinaikkan semula sampai asar. Asar, magrib, isya’ baru tirai diturunkan sepenuhnya.

Tu aje yg dpt dicoretkan kali nie..byk lg yg blh ditulis.. ¦insyaAllah di lain kesempatan.

Korban Si Lembu

Suasana Korban seekor lembu..
Anjuran Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis..
Buat di Pusat Penyembelihan...


Ustaz Rahim menjadi tukang sembelih

Mula Menyembelih sambil melafazkan lafaz takbir

Darah memancut-mancut, nafas-nafas terakhir si lembu..
Kerja-kerja melapah, cepat dan pantas



Kerja-kerja memotong dan mengagih di masjid

PENGORBANAN!

Semua orang muslim tidak boleh tidak.. tidak terlepas dari tuntutan sebagai seorang Dai'e(Penyebar Islam) . Kerja Daie bukan hanya kerja Ustaz-Ustazah, tetapi ianya merupakan kerja semua orang Muslim. Ketahuilah..Kita akan ditanya nanti dengan tuntutan ini. Tidak ada alasan yang dapat kita berikan kepada Allah nanti. Tak kan kita punya jawapan.. sebab saya bukan Ustaz, Sebab saya tidak bersedia lagi, Saya bagi orang lain dulu, saya follow belakang sahaja, ilmu saya tidak cukup lagi, Saya pun bukan baik sangat nak buat kerja dakwah ini... atau berbagai alasan lagi..Ingatlah kita merupakan seorang dai'e...
Maka selaku seorang Daie..banyak perkara-perkara yang perlu kita lakukan untuk melengkapkan diri kita.. Berkebetulan dengan Raya korban ini, Elok kiranya kita mengimbas suatu aspek yang perlu ada dalam daie iaitu aspek pengorbanan.
Selaku Daie, Pengorbanan mesti sentiasa bersama, berjalan seiring dengan kerja dakwah kita. Imam Hasan al-Banna telah memasukkan aspek Pengorbanan dalam Rukun Baiah. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah mengorbankan jiwa, harta, masa dan seluruh kehidupan untuk mencapai matlamat menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
Kata Ustaz Nasruddin at Tantawi kepada kami (ketika saya masih di alam student dahulu), cuba kita check balik diri kita..adakah kerja Islam yang kita lakukan telah sampai kepada tahap pengorbanan?
Jujurnya bagi saya sendiri..tidak sampai lagi. Mungkin kita hanya baru sampai kepada tahap menyumbang. Menyumbang bererti..contohnya, jika ada slogan derma jihad dilaungkan..memang kita mengeluarkan derma kita, tetapi derma hanya setakat menyumbang sahaja..kalau sampai berkorban..kita lihat contoh bagaimana Saidina Abu Bakar yang telah menderma semua hartanya untuk perjuangan Islam..hanya tinggal Allah dan Rasul sahaja. Bagaimana saidina Umar separuh dari hartanya..Kita? 10% dari harta kita pun belum tentu lagi...
Menyumbang..bererti apabila pergi ke program-program dakwah yang hanya kena dengan masa kita. Kalau kita lapang, kita hadir..tetapi kalau kita sudah ada program peribadi pada waktu itu..mungkin kita tiada dalam program-program dakwah tersebut...
Pengorbanan ialah kita mengutamakan masa kerja-kerja untuk Islam lebih dari kerja-kerja peribadi kita sendiri..
Sempena dengan Raya korban ini..sudilah kiranya kita bermuhasabah kembali tentang di tahap mana kerja Islam kita...Kalau ke tahap menyumbang pun belum sampai...alangkah naifnya kita...Ingat nanti kita tidak akan terlepas ditanya Tuhan tentang kerja buat kita... Ambil peluang selagi hayat di kandung badan..yang masanya cukup terbatas..masa kita sudah tidak banyak..kita kena bangkit cergas....

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha buat semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan Eidul Adha tahun ini dapat memulakan suatu permulaan yang menuju ke suatu sinar yang gemilang dalam kegemilangan Islam.
Semua orang tahu, Eidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Maka pada fatrah ini, masyarakat pun sibuk membicarakan berkaitan Haji dan Korban. Kisah-kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Kisah Siti Hajar yang berlari-lari di safa dan Marwa.
Ustaz-Ustazah, Media-media, blogger-blogger juga sering membicarakan persoalan yang berkaitan dengan pengorbanan.
InsyaAllah saya akan mengulas sedikit berkaitan Hari Raya Haji. Bukan Ulasan saya tapi suara-suara di persekitaran saya. Saya hanya akan menyampaikannya dalam blog ini...

Friday, November 27, 2009

Last Day

Slot bersama Pengurusan Masjid Jame' bandar baru Uda Johor.


Mesyuarat Imam-Imam Besar Masjid Negeri dan Daerah bersama JAKIM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail.

Selesai berseminar selama 3 hari.. Bersama ilmu yang akan dibawa pulang ke negeri dan daerah.

Bertolak pulang, dari parking aras paling bawah mendaki ke permukaan bumi..

Selepas Asar Hari Ke2

Selepas Melawat ke Rumah PERNIM, Kami dibawa melawat ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putra Jaya. Subhanallah.. Sangat indah
Sedikit Catatan berkaitan Masjid Tuanku Mizan :
-Dikenali dengan nama Masjid Besi.
-Masjid yang ditadbir terus di bawah JAKIM selain Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Wilayah.
-Mula dibina pada tahun 2004
-Anggaran kos pembinaan Masjid sebanyak RM 200 juta ++
-Direka oleh arkitek tempatan, Nik Arshad yang sebelum ini pernah mereka Masjid Negara dalam tahun 60an dahulu.
-Senireka gabungan antara Jerman dan China.
-Boleh memuatkan 20 000 jemaah
-Keluasan tanah lebih kurang 4 ekar++
-Besi keluli diimport dari Jerman sebanyak 6000 tan.
-Mempunyai 460 parking lot
-Mempunyai 3 aras
-mempunyai ruang kedai sebanyak 10 lot.
-Mempunyai 3 kuarters untuk pegawai
-Mempunyai 29 Kakitangan Masjid
p/s:Untuk mengetahui dengan lebih mendalam boleh searh kat internet ataupun terus melawat ke Masjid Tuanku Mizan..
Naik ke Masjid dengan tangga eskalator. Mana nak jumpa kat masjid-masjid lain. Terkenang semasa di Masjidil Haram yang juga mempunyai tangga seperti ini.

Di hadapan pintu gerbang Masjid yang dibuat dari besi keluli


Mempunyai Kolam dalam masjid. Air Pancut akan dipasangkan bila waktu malam.


Kubah keluli. Tertera kalimah Allah

Suasana dalam Masjid


Lantai, Kolam dan tasik seperti bersatu..menyamankan



Bersama Imam Besar Masjid Negeri Pahang, Tuan Haji Sharafuddin Aisha


Ruang Solat. Antara lelaki dan perempuan tidak ada pendinding..

Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuan Haji Ali Sharbini..tengah menyampaikan taklimat berkaitan masjid Besi kepada kami

Sesi Dialog dan muhasabah bersama Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Wan Muhammad bin Dato' Syeikh Aziz, turut kelihatan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail dan Pengarah KESUMA, Tuan Haji Ghafani Awang Teh

Wednesday, November 25, 2009

Selepas Zohor Hari Ke2

Selepas Zohor ahli-ahli seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. Sebahagian melawat ke Rumah PERNIM dan sebahagian ke Rumah Solehah. Saya dipilih untuk ke Rumah PERNIM.
Rumah Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/ AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) ditubuhkan pada 17 Mac 2004 dan Pusat Perlindungan PERNIM pada 26 Mei 2006. Pusat Perlindungan PERNIM bertempat di Lot 47,46,45, Jalan 47, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur.
sehingga kini PERNIM mempunyai 65-70 orang anak-anak termasuk pengasuh. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.pernim.org atau www.evolusibebas.blogspot.com
Sangat dialukan untuk membantu Pusat ini.
Pandangan Hadapan Pusat Perlindungan PERNIM Carta Organisasi Penggerak Pusat Perlindungan PERNIM
Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara sedang mengadakan sidang media. (posisi saya tidak strategik untuk menangkap gambar memandangkan hujan renyai-renyai, snap photo hanya dari tempat saya berteduh)
Puan Hajah Norlina, Pengasas & YDP PERNIM sedang menyampaikan taklimat, turut kelihatan Tan Sri Syeikh Ismail (Imam Besar Masjid Negara) dan anak-anak PERNIM.



Melihat Siri Jelajah Kasih. Suatu rancangan Dokumentari anak-anak PERNIM.

Hajah Norlina Memperkenalkan anak kandungnya (Perempuan) yang berpakaian sama dengan anak-anak Pernim yang lain. Kanak-kanak lelaki merupakan 'adik beradik susuan' dengan anak kandung Hajah Norlina.. yang lain-lain tetap merupakan anak-anak Hajah Norlina.

Hajah Norlina bersama Keluarganya.


Tuesday, November 24, 2009

Sebelum Zohor Hari ke2

Antara aktiviti Sebelum Zohor hari ke2..

En. Fathilatul Zakimi bin Abdul Hakim, Pensyarah Kanan UUM
Membentangkan berkaitan Pengurusan Kewangan Masjid


Aktiviti berkumpulan, Wakil Kumpulan pertama (Imam Besar Masjid Negeri Johor)tengah membentangkan hasil perbincangan kumpulannya..


Malam Pertama Di KL

Beberapa jam setelah berada di KL..
Menghadiri Seminar Imam-Imam Besar seluruh negara..


Tuan Haji Ghafani Awang Teh, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), JAKIM dalam majlis Ucaptama




Berada di KL

Bertapa di KL beberapa hari dalam minggu ini..
Suasana dari tempat menginap..
Kuala Lumpur International Hotel..







Thursday, November 19, 2009

Kes Tertunggak

Awal pagi tadi saya menerima kiriman sms dari sahabat saya Adib yang mengingatkan bahawasanya pada tarikh yang sama dengan hari ini kira-kira 24 tahun yang lalu berlaku peristiwa yang menyayat hati umat Islam. Peristiwa yang lebih dikenali dengan peristiwa Memali.
Sudah lama peristiwa ini berlaku, namun mahkamah pengadilan masih lagi diam membisu. Masih belum membicarakan kes ini, kes yang sudah cukup lama tertunggak. Membayangkan kelemahan sistem pengadilan dalam negara kita.
Bayangkan, dalam menangani kes di Perak, Tidak sampai 24 jam mahkamah telah mengeluarkan keputusan mengistiharkan Zambry sebagai MB Perak.
Kita hanya menuntut keadilan. Keadilan yang dipandu oleh Islam. Hanya Islam sahaja jalan penyelesaiannya. Jika tidak.. selamanaya kita akan menjadi kucar kacir, sistem mahkamah juga kucar-kacir, hakim dan peguam juga kucar kacir.

Meja Baru

Tuntutan menuntut ilmu tidak boleh kita abaikan. Semua Manusia di atas muka bumi ini tidak terlepas dengan tuntutan menuntut ilmu. Di zaman sekarang, banyak medium-medium dan sumber-sumber untuk kita mendapat ilmu. Lazimnya di Malaysia tempat untuk mendapat ilmu agama bagi masyarakat umum ialah di Masjid-masjid dan surau.
Baru-baru ini, Masjid Daerah Lipis meng upgrade tempat ustaz-ustaz yang mengajar. Jika dahulu nampak agak dhaif meja-meja Ustaz-ustaz ini mengajar. Tak nampak macam mengajar di Masjid Daerah, Masjid Kerajaan.
Cuma..
Syukran kepada Al Fadhil Ustaz Razak yang sudi menukangi meja-meja ini. Cuma kemaafan dipinta kerana tidak dapat menjelaskan lagi kos meja-meja tersebut. Biasalah masalah dalam masjid-masjid di Negeri Pahang ini, terpaksa berhadapan dengan karenah 'manja' AJK-AJK Masjid.
Sekarang masih lagi berurusan dengan Su & Bendahari Masjid, Nak jumpa hari jumaat sahaja yang boleh. Hari lain mungkin depa terlupa jalan nak ke masjid. Angan-angan saya, Kalau saya kaya.. saya akan sediakan kenderaan beserta pemandu untuk mengambil dan menghantar AJK Masjid ke Masjid.

Ustaz Borhan merasmikan meja baru
Seorang Pakcik membelek-belek meja

meja khusus untuk Pengajian al-Quran






Tukang kayu Polis sedang ubah suai meja mimbar. Meja mimbar sebelum ini terlalu kecil. Muat-muat buku khutbah sahaja. Terpaksalah insiatif imam-imam menempah lain meja untuk mimbar





Meja Mimbar setelah dipasang. Syukran buat 'Tukang kayu' Polis yang memasangnya free of charch.






Tuesday, November 17, 2009

Cintakan Negara

Sempena Gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Maka Suatu majlis penerangan telah dibuat oleh Biro Tatanegara kepada Staf Jabatan Agama Islam Pahang bagi Zon Pahang Barat. Majlis dibuat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.
Cuma ...
>Majlis itu seperti majlis postmortem BN sempena PRU ke12. Kenapa BN Kalah di kawasan Pantai Barat. Kenapa Melayu kurang sokong BN. (mungkin penganjur tersilap jemput penceramah, ataupun tersilap bagi maklumat program kepada penceramah)
>Pendapat saya : Majlis penerangan berkaitan Negara ini sepatutnya sasarannya kepada Kaum-kaum bukan bumiputera. Bagi penjelasan tentang status mereka yang menjadi rakyat di Malaysia. Bagi kefahaman supaya kaum bukan bumiputera cintakan juga negara Malaysia. Ini kerana masih kedapatan ramai kaum bukan bumiputera yang tidak boleh berbahasa Melayu. Sedangkan bahasa melayu ialah bahasa rasmi Negara Malaysia. Macam mana rakyat negara yang tidak tahu berbahasa rasmi negara.. Kelayakan mereka sepatutnya boleh dipertikaikan.. Cuba check di penempatan berkelompok kaum-kaum bukan bumiputera.. mesti akan jumpa yang tidak tahu berbahasa Melayu..



Suasana dalam dewan ketika program

Saturday, November 14, 2009

Majlis Ihtifal

Bahang Cuti Sekolah sudah mula terasa. Semalam Khutbah Jumaat juga menyentuh tentang Cuti Sekolah. Antara Fokus yang dibangkitkan ialah Peranan ibu bapa dalam membuat pengisian cuti sekolah untuk anak-anak. Banyak masalah-masalah yang timbul sekarang ini sebenarnya berpunca daripada kecuaian ibu bapa itu sendiri.
Minggu-minggu terakhir sebelum cuti, budak-budak sekolah boleh dikatakan agak bebas di sekolah, tidak lagi terikat dengan jadual pembelajaran, hanya menunggu keputusan peperiksaan akhir tahun sahaja. Pelbagai aktiviti telah dirangka supaya pelajar-pelajar tidak membuang waktu sia-sia sahaja di sekolah.
Tidak terkecuali kelas-kelas pengajian agama dan al-Quran, juga membuat aktiviti sebelum melabuhkan tirai untuk sesi ini. Minggu ini sahaja banyak kelas-kelas pengajian agama & al-Quran, Tabika, taska dan PASTI membuat majlis graduasinya.
Antaranya ialah Ihtifal PASTI kawasan Temerloh, Ihtifal PASTI Kawasan Bera, Ihtifal Tabika Islam Daerah Lipis, Ihtifal SAR KAFA Taman Pertama Lipis dan Majlis Graduasi Tabika Az Zahra' Bestari.
Saya berkesempatan mengikuti Majlis Graduasi Tabika Az Zahra' Bestari yang diadakan di Dewan Hotel Centerpoint Lipis. Majlis dimulakan dengan Bacaan al-Quran secara hafazan oleh pelajar kelas al-Quran, Majlis Khatam al-Quran, Tazkirah Imam Masjid Daerah, Persembahan Pelajar tadika 4,5 & 6 tahun, persembahan kelas fardhu ain pagi, persembahan pelajar tadika 4 tahun, persembahan pelajar tadika 5 tahun, persembahan pelajar tadika 6 tahun, persembahan pelajar kelas fardhu ain petang, persembahan nasyid, pemyampaian hadiah dan sijil serta diakhiri dengan jamuan.
Peserta Khatam al-Quran berarak naik ke pentas

Peserta Khatam al-Quran di atas pentas

Persembahan pelajar tabika 4,5 & 6 tahun
Persembahan Pelajar kelas Fardu ain pagi


K.Ani menonton persembahan anaknya

Menunggu giliran untuk membuat persembahan