Tuesday, December 07, 2010

Salam Tahun Baru 1432H

Masa berlalu begitu pantas sekali. Semalam tahun 1431H meninggalkan kita disambut pula tahun baru 1432H. Bukan masa sahaja yang berlalu pantas bahkan dunia juga semakin maju dan laju. Perkembangan dunia semakin hari semakin sangat cepat. Berbagai perkara boleh berlaku sehingga kadangkala kita tidak sempat berikir panjang, tidak sempat membuat kajian datang pula perkara baru dan esok lusa mungkin akan ada lagi perkara-perkara baru yang lain.
Sudah tentu kita selaku umat Islam juga perlu bergerak laju supaya dapat lebih menyaingi arus perdana tersebut.
Bermaklumat

Antara perkara penting yang perlu kita ambil perhatian ialah berkaitan maklumat/ iklan/ informasi. Maklumat cukup penting. Tanpa maklumat kita akan ketinggalan, tanpa maklumat manusia akan jahil, tanpa maklumat orang jadi tidak berilmu, tanpa maklumat kita jadi tak tahu.Terlambat mendapat maklumat juga adalah suatu masalah. Antara punca umat Islam menjadi lemah ialah mereka tidak mendapat maklumat yang betul atau terlambat memperolehi maklumat.
Ilmu Pengetahuan

Antara maklumat yang dimaksudkan di sini ialah ilmu pengetahuan. Ilmu sangatlah penting. Antara syarat pemimpin ialah mestilah berilmu, tidak boleh kita memilih pemimpin yang jahil. Menjadi trend sekarang aspek ilmu kadang-kadang tidak diambil kira. Biasanya dalam politik orang yang pandai berkata-kata akan diangkat menjadi pemimpin.

Ilmu itu sangatlah luas. Kita mesti melengkapkan diri kita supaya Islam yang syumul ini tidak ternoda disebabkan kelemahan kita yang berpunca dari kejahilan kita. Memang manusia tidak perfect, tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita. Masalah yang kita lihat, ramai manusia yang tidak gemar untuk menuntut ilmu. Perkara ini juga terjadi di kalangan ahli pertubuhan, NGO dan persatuan Islam bahkan yang lebih malang dari kalangan pemimpinnya.

Sumber Maklumat

Sebenarnya kebanyakan Maklumat-maklumat tersimpan, terkandung dalam buku-buku, majalah, jurnal, akhbar, risalah, - pendek kata tersimpan dalam bahan bacaan. Maka tindakan yang perlu kita ambil ialah kita perlu banyak membaca. Budaya membaca nampaknya tidak subur dalam negara kita. Bagi negara-negara lain memang membaca merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Tetapi kita? Pernah dibuat Kajian oleh ahli akademik beberapa tahun yang lalu, jumlah seluruh penduduk Malaysia jika dikira dari segi puratanya hanya membaca buku 2-3 muka surat sahaja dalam setahun.

Maka kita perlu membiasakan diri kita dengan bahan-bahan bacaan. InsyaAllah jika kita melazimi budaya membaca ini sebagai amalan rutin kita, tiada ruginya bahkan kita akan menjadi semakin bijak dan berilmu. Kita perlu membuat sasaran sendiri, mungkin kita tetapkan dalam setahun berapa buah buku yang perlu kita baca, dan buku apa yang mesti diutamakan. Boleh juga Kita tetapkan dalam setahun/sebulan berapa buah buku yang mesti kita beli dan baca.

Antara Mereka Yang Membaca

Sedutan tulisan blog Ustaz Nik Abduh mengenai perwatakan ayahandanya TG. Dato' Nik Abdul Aziz : Pun begitu, ayahanda kekal sebagai ulat buku. Saya tidak tahu jika ada sehebat ayahanda yang telah mencecah umur 80an yang begitu ketagih membaca. Mungkin ada, tapi saya tidak tahu. Hari ini, jika saya khatam satu buku, mungkin ayahanda telah habiskan 5 buah buku. Sungguh menakjubkan.
tengok :
http://nikabduh.wordpress.com/2010/09/17/tafsir-al-hujuraat-kata-pengantar-tuan-guru/

Imam al-Muzani (murid Imam al-Syafie) berkata : aku membaca kitab ar-Risalah (Karya Imam al-Syafie) sebanyak 500 kali. Setiap kali aku membacanya aku dapati hukum-hukum yang baru. Katanya lagi : Aku membaca kitab Ar-Risalah sejak lima puluh tahun dahulu dan setiap kali aku membacanya aku mendapat satu perkara yang baru.

Dr. Wahbah al-Zuhaili : ketika di Kuliah Syariah, Damsyiq, beliau akan mencari waktu dan peluang dalam bilik yang khusus dan menetap di situ dalam masa yang panjang bersama dengan buku-bukunya. Begitu juga ketika beliau ke Jami’ Umawi akan memilih satu penjuru atau sudut yang terasing daripada orang ramai untuk membaca. Rakan-rakannya menceritakan bahawa mereka pernah melihat Dr. Wahbah di waktu malam yang panjang berada di kaki lima Kuliah Syariah sedang membaca di bawah lampu-lampu jalan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi : ketika mudanya minat dengan kitab Ihya’ Ulumuddin (Karya Imam al-Ghazali) sehinggakan telah beberapa kali khatam membacanya.

Bacaan Yang Utama

Di samping itu jangan kita terlupa pada bacaan yang terutama. Bacaan utama yang terpenting ialah al-Quran. Wahyu pertama juga اقرا, saranan untuk kita membaca.
Al-Quran perlu dibaca setiap hari. Dalam senarai check list kewajipan al-akh muslim disertakan ‘mesti membaca al-Quran setiap hari’. Masalah sekarang terlalu ramai umat manusia yang jahil membaca al-Quran, bagi masyarakat kita antara puncanya ialah sistem pendidikan yang diacuankan oleh orientalis, munafik-munafik, penghapusan tulisan jawi sebagai mata pelajaran di sekolah, tidak mewajibkan pelajaran agama sebagai pelajaran yang wajib ‘kredit’ bagi melayakkan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sempena tahun baru 1432H ini, Mudahan kita semua berazam supaya sentiasa bersemangat dalam menekuni ilmu supaya kita menjadi manusia yang bermaklumat dan dapat diserap kepada masyarakat keseluruhannya dan jadikan budaya iqra’ sebagai budaya harian umat Islam.

كل عام وانتم بخير





Monday, December 06, 2010

KRIP'10


Kuantan - 5 Disember,- Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang atau yang sangat di kenali dengan singkatannya PERMAi mengorak langkah maju ke hadapan sekali lagi apabila berjaya menganjurkan satu program bagi mengisi masa cuti sekolah ini iaitu Kem Remaja Islam Pahang (KRIP '10) pada 3-5 Disember 2010 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah di sertai oleh 62 orang peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang sedang bercuti. Mereka telah dipilih oleh Jawtankuasa PERMAi berdasarkan prestasi serta komitmen mereka di dalam program-program yang pernah mereka sertai di bawah anjuran PERMAI.


Kem Remaja Islam Pahang pada kali ini merupakan program indoor yang memuatkan beberapa pengisian serta modul bagi melatih sifat kepimpinan, berdikari, bermotivasi, berakhlak serta tidak juga ketinggalan beberapa modul yang diadakan bagi mengasah minda setiap peserta.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan KRIP pada kali ini. Tidak lupa buat semua peserta kerana berkorban untuk hadir walaupun dari daerah yang jauh. Semoga semua usaha kita ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal jariah sebagai bekal akhirat. Amin.



Friday, December 03, 2010

Mengejar Maghrib

Selesai sahaja sesi temuduga Pegawai masjid Qaryah Lipis, saya bergegas keluar. Ingin mengambil kereta yang ditahan wad selama 4 hari.
Setelah mengambil kereta di Temerloh, sesegera yang mungkin saya kembali semula untuk solat maghrib di Masjid Sultan Mahmud. Al-maklumlah malam jumaat, ada baca Yasin & Tahlil. Masyarakat kita, biar Kuliah maghrib takde, tak ape..jangan tahlil tak ade.
Rakan imam saya, juga tengah berfutsal di Kg. Limau Purut, manakala Bilal Kanan juga di situ, akan menjadi pengerusi Forum malamnya nanti.
Pertengahan jalan, ada kemalangan di Desa Murni, dan tak lama selepas itu, hujan lebat dari Jerantut sampailah ke Kuala Lipis.
Teringat sejarah silam, bekas imam Masjid daerah Triang, yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Temerloh ke Masjid Triang untuk bertugas pada waktu solat jumaat.





kemalangan di desa murni


Thursday, December 02, 2010

Program Saudara Baru

kali ke 5, program menghimpunkan saudara baru muslim tidak termasuk orang Asal.
Penceramah dari kaum china & india warga Lipis

Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis memberikan ucapan aluan


En. Fauzi Fong Pengerusi untuk Kelab Saudara Baru Muslim




Dewan utama, Pusat Dakwah Sungai Kerpan, Asalnya kuarters kerajaan yang ditinggalkan orang



Hadirin & hadirat

Jamuan makan