Tuesday, November 30, 2010

NENAS BATU



NENAS BATU

Berita baik! Produk ini didatangkan khas dari Timur Tengah untuk dikongsi oleh rakyat Malaysia khususnya. Terkandung 1001 khasiat di dalamnya. Miliki Nenas Batu sekarang. Sekali beli boleh guna bertahun!

Antara Khasiat Nenas Batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. 2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.
10. Merendahkan paras kolestrol dalam darah.
11. Membuang toksin dalam badan.
12. Melancarkan perjalanan darah.



KAEDAH MENGGUNAKANNYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


*Note:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world!
Peringatan: Wanita mengandung tidak dibenarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)
(minum byk2 takut panas!)

Orang-orang Pahang yang nak boleh hubungi Team PERMAI...

Monday, November 29, 2010

Doa Buat Sahabat Kami..

Syafakallah, Mudahan cepat sembuh buat Ustaz Tajuddin bin Mat Zin yang baru selesai menjalani pembedahan disebabkan kanser tyroid. Pembedahan yang memakan masa 9 jam dan 7 orang Dr. Pakar. Ustaz Tajuddin merupakan AJK PERMAI dan ahli ILMAM Pahang. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP, dan ditempatkan selaku Imam di Masjid Daerah Jengka Pahang...
Harapan supaya sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan kesihatan Ustaz Tajuddin...
Ameen.







Retreat ILMAM Pusat

Tempat Program di Quranic Training Centre di bawah seliaan Ustaz Zamri (Tv 9)
Ustaz Saifuddin (Pengerusi ILMAM Pahang) & Ustaz Zarimi

Kelihatan Ustaz Khairul Anuar (Kelantan)


Ustaz Azrul & Ustaz Azman wakil ILMAM N9



Bersama Ustaz Malik (Shoubra,Penang)







Ustaz Angah (Selangor) tengah moderator program


Ustaz Azizul (Shoubra, Terengganu,Presiden ILMAM Pusat) tekun menghadap laptop



Ustaz Anuar Rosli (Shoubra, Penang) dan Team dari Kelantan, kelihatan Ustaz Fatah & Ustaz Fakrie

Ustaz Along (Tim Pres ILMAM) & Ustaz Azizul (Pres)


Sunday, November 28, 2010

Road to KONPIP 2011

Barisan AJK yang sedang bermesyuarat merangka untuk gerak kerja KONPIP 2011..







Friday, November 26, 2010

Banjir di Pahang?

i
Utusan Malaysia hari ini :
KUALA LIPIS 25 Nov. - Lima kampung di Mukim Cheka Dua dekat sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan selama lebih empat jam awal pagi ini.
Kampung terbabit adalah Kampung Kerambit, Kampung Padang Puyuh, Kampung Machang Berguling dan Kampung Putu.
ii
Semasa ke JKR Lipis pagi tadi, staf-staf JKR sedang bersiap dan kemudiannya keluar menaiki lori menuju ke destinasi. Rupanya Jalan Benta-Jerantut sudah ditutup, ada kejadian tanah runtuh mungkin disebabkan hujan yang berterusan turun di kawasan tersebut.
iii
Biasanya En.Amran yang akan incas program halaqah di JKR, tetapi pagi ini beliau juga tidak dapat datang ke tempat kerjanya. Jalan ke kampungnya Kg. Binjai telah dinaiki air. Walaupun rumah tidak dinaiki air, tetapi jalan masuk ke kampungnya telah ditenggelami air.
iv
Kalau hujan lebat di Temerloh atau di Pekan orang tak berapa kisah sangat. Orang mula risau kalau hujan berpanjangan di daerah hulu Pahang, daerah Lipis dan Jerantut.
v
ada pendapat kata, banjir adalah fanomena alam atau hukum alam. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman kita harus meyakini bahawa semuanya merupakan ketentuan Qada' dan Qadar dari Allah buat hambaNya. Ujian yang datang dari Allah buat hambaNya kadang-kadang sesuatu ujian itu datang dalam bentuk kesenangan, tetapi biasanya manusia tidak sedarkannya, terus hanyut leka dari akrab dengan Allah. Tetapi bila tiba ujian dalam bentuk kepayahan barulah manusia kembali ingat kepada Allah s.w.t.

Thursday, November 25, 2010

PenJELASan yang Tidak JELAS

Kita mesti biasa mendapatkan penjelasan terhadap suatu perkara yang kita tidak jelas mengenainya. Sudah tentu pihak yang memberikan penjelasan itu akan menjelaskan tentang perkara yang kita inginkan. Biasa kita lihat di premis-premis besar ada meja khas untuk information, di Mall-Mall, di Bank.Biasanya kita akan menanyakan mungkin beberapa soalan sehingga kita berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan.
Salah Faham
Namun kadang-kadang berlaku juga salah faham selepas penjelasan diberikan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa perkara :

Yang Memberi Jelas :
-Masih sangat baru dengan pekerjaannya. Mungkin kita merupakan pelanggannya yang pertama.
-Mukaddimah yang panjang lebar, tidak straight kepada point.
-Soalan yang diterima tidak dijangkanya.
-Menjawab dengan sangat ringkas, seperti nak tak nak sahaja, mungkin bengang dengan karenah pelanggan yang Tanya banyak beli belum tentu lagi.
-Memang sudah dilatih oleh Bos untuk tidak memberi penjelasan yang Ikhlas, mungkin kerana produknya ada beberapa masalah, jika bercakap jujur tiada orang yang akan membeli produknya.
-Sengaja tidak menceritakan point utama tetapi lebih kepada cabang reneknya supaya produknya nampak hebat.

Beberapa waktu yang lalu, mungkin lebih sesuai beberapa bulan yang lalu :
I
Ketika saya mundar mandir di Kuantan Prade, Datanglah seorang Mamat menyapa sambil menyuakan kupon . Katanya dapat hadiah free, memang kebiasaannya saya tidak layan, tetapi saje hari tu saya follow mamat tu, sambil berjalan dia sentiasa mengulang-ulang dapat hadiah percuma.
Tiba di premisnya, dia masukkan nombor siri pada kupon ke dalam system komputernya, dan akhirnya saya dapat hadiah misteri yang kecil. Sebenarnya tahu dah, memang sudah diprogramkan dalam komputernya, saja buat gimik masuk nombor siri kupon. Dapatlah mug murah yang sudah sumbing muncungnya.
Kemudian katanya saya layak ke pusingan seterusnya, dapat pulak hadiah besar. Bagi nampak real lagi mamat tu dengan semua staf yang ada dalam tu buat gimik, semua berpura-pura terkejut, siap bersalam lagi ucap tahniah.
Ringkasnya Mamat tu bagi lagi beberapa penjelasan bagi membolehkan saya layak mendapat hadiah besar itu.
1: Kena bergambar bersama-sama staf dan dengan hadiah yang diperolehi.
2:Tidak boleh jual hadiah tu. Selepas 3 tahun baru lah boleh.
3. Dapat Baucer RM 100
4.Orang lain tanya, cakap beli jangan cakap dapat hadiah.

Kalau lihat pada syaratnya itu macam biasa sahaja, semuanya itu nak bagi kita kelabu mata sahaja, maklumlah suka sangat baru dapat hadiah besar. Tetapi sebenarnya yang dia maksudkan kepada kita dengan secara tidak jelas ialah pada syarat nombor 3. Iaitu dapat baucer RM 100. Rupanya kita kena beli 1 barang lain dengan diskaun RM 100 barulah dapat hadiah besar itu. Harganya sampai dekat RM 3000 lebih.

Akhir sekali, sudah tentu saya tidak setuju, dan saya berlalu dengan mamat tu telah menghabiskan masa saya dengan penjelasan awalnya lain, penjelasan kemudiannya juga masih tidak jelas, akhirnya selepas saya utarakan dulu maksudnya adalah bla..bla..barulah ia mengiakan…

ii
Saya bercadang untuk mengambil pakej internet unlimited untuk Hp saya. Setelah mendengar penjelasan dari stafnya yang berada di bahagian information, saya ke kaunter dan sambil mendaftar mendengar lagi penjelasannya. RM 38.00 sebulan katanya. Dah siap daftar..staf tu kata ok, boleh guna terus.
Minggu tu juga telefon saya kena block, sebab dah capai had. Telefon ke Costumer servis suruh dia check akaun, memang dah capai had kredit. Rupanya ada yang tak setel lagi. Penjelasan dia memang mengecewakan. Disebabkan itu saya terpaksa bayar berganda-ganda kerana perkhidmatan internet dalam telefon saya masih tidak update.
Apabila saya ke kaunter semula, staf yang lain pula check kata, staf yang dulu tu buat ada yang tertinggal..itu yang saya terpaksa bayar lebih pada bil saya… tak pelah nanti saya tuntut balik bayaran itu kat akhirat nanti…
Ada lagi beberapa kisah, tetapi saya sudah tak sempat nak tulis..cukuplah sampai di sini. Kesimpulannya, bagilah penjelasan dengan amanah, penjelasan yang sejelas-jelasnya.Kalau boleh kita tak payah nak tanya satu apa pun soalan sebabnya penjelasannya sudah cukup untuk kita faham sejelas-jelasnya.





Friday, November 19, 2010

Kisah sempena Hari Raya Qurban.

Beberapa kisah sempena Hari Raya Qurban.
i
Tahun ini, Raya pertama Qurban jatuh pada hari rabu. Lega orang kampung, sebabnya lepas solat sunat aidil adha boleh lah mereka terus pergi menyembelih, kalau hari jumaat susah sikit, katanya tak sempat nak solat jumaat kalau sembelih lepas solat sunat hari raya.
: Waktu yang afdhal ialah setelah selesai solat sunat hari raya.
Maksud hadis Nabi :
Perkara pertama yang kami lakukan pada hari raya ini ialah bersolat kemudian balik dan menyembelih binatang qurban. Sesiapa yang melalkukan perkara tersebut telah melaksanakan sunnah kami dan sesiapa yang melaksanakannya sebelum itu maka dagingnya adalah pemberian biasa kepada ahli keluarganya dan tidak dikira ibadah Qurban. (Riwayat al-Bukhari)
ii
Bila semua orang kampung turun beramai-ramai ke tempat Qurban, bekerja dengan gembira, dengan baju yang dipakai pun sudah berbau binatang, bila tiba waktu solat khususnya waktu Zohor, masjid @ surau jadi kosong. Kesnya tok imam, tok bilal semuanya sedang sibuk melapah daging Qurban.
:tidak meletakkan perkara yang lebih utama di tempatnya.
iii
Kadang-kadang, tempat melapah daging dibuat di masjid atau surau. Ramai yang datang ke masjid dan surau tu matlamat utama mereka ialah daging qurban. Jadinya bila masuk waktu solat, ramai yang dok lepak kat luar sahaja, alasan baju kotor, termasuklah makcik-makcik yang riuh memasak untuk makan tengahari. Lebih canggih yang dok melepak tu pakai seluar pendek sambil menyandar di dinding masjid @ surau.
iv
Tukang sembelih yang paling seronok bila tiba musim qurban ini. Ada yang sampai terpaksa berebut untuk mendapatkan tukang sembelih, tukang sembelih pula tengok agak-agak kampung mana yang lagi banyak binatang qurbannya. Semakin banyak lagi dia suka. Mana taknya, penuh bonet kereta tukang sembelih dengan hasil Qurban. Dapat kepala binatang qurban, ekor..kadang-kadang sampai 3-4 kepala dia dapat bawa balik.
:Orang yang berqurban tidak harus menjual atau memberi kepada penyembelih sebagai upah menyembelih. Ini kerana perbuatan demikian adalah kecacatan yang merosakkan qurbannya. (Fiqh Manhaji).
v
alhamdulillah, rezeki melimpah ruah di tempat kita, ada kampung itu sampai 14 ekor lembu tumbang. Bayangkan..lastnya penduduk kampung dapat berguni-guni daging. tak muat peti ais, sampai berbulan-bulan daging tak habis makan. Lagi elok kita qurbankan ke tempat yang memerlukan seperti Palestin, kemboja, Patani.. depa ni beruntung sangat kalau dapat menjamah daging.
...Mudahan kita semua betul-betul dapat melaksanakan ibadah qurban selari dengan syariat Islam..

Ulangkaji Qurban

Pengertian
Qurban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan dilakukan pada hari raya qurban.

Syarat Binatang Qurban
i) Umur
Unta : masuk tahun ke 6
Lembu : masuk tahun ke 3
Kambing : masuk tahun ke 3
biri-biri: tahun ke 2 @ telah tanggal gigi hadapan.

ii) Tidak cacat
Tidak sah qurban binatang yang terlalu kurus, sangat tempang, buta sebelah mata, berpenyakit @ putus sebahagian telinganya.

Agihan daging Qurban
1/3 bahagian :Orang yang berqurban
1/3 bahagian : fakir miskin
1/3 bahagian :hadiah kepada sahabat handai.

Wednesday, November 17, 2010

Raya Aidil Adha

Sempena Aidil Adha ini mari kita sama-sama mengulangkaji hal-hal yang berkaitan dengannya :
1.Hukum Solat Sunat Hari Raya : Sunat Muakkad. Disyariatkan secara berjemaah namun sah dilakukan secara bersendirian.
2. Waktu Solat Sunat Hari Raya : Bermula dari matahari terbit hingga tergelincir.
3. Cara Solat Sunat Hari Raya : dua rakaat dimulai dengan takbiratul ihram, kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali. Pada rakaat kedua bertakbir sebanyak lima kali. Semua takbir tambahan ini sunat sahaja. Jika terlupa solat tetap sah.
4. Selepas Solat Sunat Hari Raya : Sunat melakukan dua khutbah. Khutbah sebaiknya secara ringkas.
5.Tempat Solat Sunat Hari Raya : Afdal tempat yang dapat menampung lebih ramai jemaah.
6. Takbir Pada Hari Raya : Sunat bertakbir bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Takbir dilafazkan dengan suara nyaring sama ada di rumah, jalan, masjid dan tempat-tempat awam.
7. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
8. Sunat tidak berserapan dahulu sehingga selesai bersolat.
(Sumber ;Fiqh al-Manhaji)
Suatu cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri yang jarang dilakukan tetapi sangat cantik untuk dipraktikkan ialah..
Awalkan sedikit solat sunat hari raya, mungkin dalam pukul 7.30-7.45 pagi. Khutbah Raya pendek dan ringkas sahaja dalam pukul 8.15 pagi sudah selesai khutbah raya. Terus melakukan ibadah korban yang binatang korban telah disiapkan sebelum dari solat lagi. Siap lapah, sebahagian daging dimasak. Dalam pukul 9.30 pagi semua jemaah dapat bersama-sama sarapan pagi dengan makanan pertama yang kita makan pada hari itu ialah daging korban.. Alangkah meriahnya suasana ketika itu.
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua. Mudahan Aidil Adha ini dapat mengingatkan kita dengan pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar seterusnya menuntut pengorbanan kita semua dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Tuesday, November 09, 2010

Ceramah Korban Masjid Sultan Mahmud





Kisah Korban
Sempena dengan Hari Raya Korban yang bakal menjelang, maka Masjid Sultan Mahmud telah menganjurkan suatu program ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Hazmi bin Dibok al-Hafiz, Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Malaysia Pahang.
Al-Fadhil Ustaz telah menghuraikan sejarah korban Nabi Ibrahim melalui tafsiran surah Al-Soffat ayat 102-111 dengan kupasan yang menarik.

Fiqh Aulawiyat
Beliau juga menceritakan suatu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu kisah mengenai Keutamaan dalam sesuatu perkara. Ada golongan manusia yang merasakan perkara yang dilakukannya adalah betul, ibadah yang dilakukan telah lengkap sedangkan sebenarnya perkara yang dilakukan dan ibadah yang dilakukannya bukanlah menjadi sesuatu yang utama.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Pernah berlaku suatu ketika dahulu, ketika hampir suatu musim haji, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah membuat liqa' dengan orang-orang kaya arab yang setiap tahun tidak pernah miss untuk mengerjakan ibadah haji.
Dr. Yusuf meminta supaya mereka tidak menunaikan haji pada tahun tersebut, dan kos kewangan untuk menunaikan haji didermakan kepada umat Islam yang berada di Bosnia Herzovigina (Waktu itu berlaku peperangan di antara orang Islam dengan puak Serbia). Lantas di kalangan orang kaya ini ada yang menyatakan, Kami tidak mampu untuk menahan kerinduan kami kepada Baitullah. Mereka merasakan bahawa perbuatan haji mereka lebih utama daripada infaq fisabilillah, sedangkan aulawiatnya adalah sebaliknya.
Menurut kajian, hampir 70% di kalangan jemaah haji setiap tahun merupakan orang yang telah pernah menunaikan haji sebelum-sebelumnya. Hanya 30% sahaja yang baru kali pertama.
Fikirkanlah...


Saturday, November 06, 2010

Selepas Subuh Hari Ini..

Cerita Pagi ini
Ketika solat subuh di Masjid pagi ini, Ada beberapa orang luar yang turut sama bersembahyang jemaah. Bukanlah suatu yang pelik pun di mana-mana masjid terutamanya di masjid Bandar-bandar, terdapat ramai saja orang luar yang singgah bersolat di masjid. Tetapi pagi ini ada kisah di sebalik makmum luar ini.

Makmum i
Seorang lelaki tua yang membawa bersama sebuah beg bimbit hitam, dari Kelantan katanya. Selesai bersalaman dan sebahagian besar makmum telah pulang, baru ia berjumpa dengan pegawai masjid menyatakan hasratnya. Lalu pegawai masjid dengan senang hati membuat pengumuman kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat lelaki ini. Rupanya beliau merupakan seorang tukang urut jalanan yang berpindah-pindah tempat menawarkan khidmatnya kepada orang ramai. Lantas sahabat saya menyuakan kakinya kepada tukang urut tersebut. Setelah 20 minit, sesi urutan selesai, berapa? Tanya sahabat saya..katanya bagilah ikhlas seringgit dua..Sahabat saya pun menghulurkan 10 ringgit. Kesimpulan dari kisah ini ialah, peluang mencari rezeki terbuka luas kepada kita. Terpulang kepada si manusia sama ada rajin atau malas sahaja. Yang rajin berusaha akan mendapat hasilnya..Yang malas sudah tentu sebaliknya. Paling penting rezeki yang dicari adalah halal, tidak syubhah dan bertentangan dengan syarak.

Makmum ii
Beberapa orang muda lelaki dan perempuan. Rupanya datang ke hospital Kuala Lipis melawat waris yang tengah malamnya mengalami kecelakaan jalan raya. Sebuah Bas Exspres Tranasional terhumban ke dalam gaung. Ramai yang cedera parah dan katanya ramai student universiti yang pulang bercuti ke kampong halaman.
Mutakhir ini banyak sangat kita dengar cerita mengenai accident yang membabitkan bas ekspres. Lepas satu-satu kisah kita dengar. Ada yang berkata pemandu bas tak insaf-insaf. Kerajaan katanya dah membuat perbincangan untuk mengatasi masalah ini. Ada yang berpendapat, adjust bas tu supaya tak boleh pandu laju.
Baru-baru ini, kami melalui lebuhraya utara selatan, dari Kedah ke Kuala Lumpur. Dah la hujan, malam pulak tu, tapi kebanyakan bas ekspres selamba je bawak laju. Ada yang potong ikut laluan kiri sekali lagi. Sangat laju dan berlagak. Memang patut dan releven driver bas ekspres ni kena bagi hukuman yang menginsafkan, bagi bawak beca ke, streambrold ke, kereta bajak sawah ke…

Thursday, November 04, 2010

Sambil Meredah Air..

Travel Bermula
Travel ke UUM sempena Konvokesyen adikKu di Sintok Kedah. Apabila kami hampir sampai ke tempat yang dituju, banyak jalan-jalan yang ditutup. Setelah berpusing-pusing mencari destinasi untuk bermalam akhirnya kami sampai ke daerah Kangar dan bermalam di situ.
Radio Kedah.FM
Petang itu siaran radio Kedah.FM melaporkan konvokesyen UUM tetap akan diteruskan. Esoknya pihak UUM melaporkan melalui radio Kedah.FM konvo ditunda ke tarikh yang lain disebabkan banjir. Sepanjang hari radio Kedah.FM melaporkan tentang berita banjir dan suara pegawai UUM yang memberitahu konvo ditunda sentiasa diulang-ulang. Dj radio juga melaporkan bantuan yang disampaikan oleh pihak-pihak yang prihatin terhadap mangsa banjir antara yang sempat saya dengar UMNO Negeri, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, Timbalan Menteri. Cuma yang peliknya tak sepatah pun disebut mengenai Kerajaan Negeri, YAB Menteri Besar, Exco yang berkaitan dengan bencana alam. Langsung tak disebut sepanjang beberapa jam saya membuka chanel radio itu. Tapi yang hairan sedutan ucapan Perdana Menteri mengenai Bajet 2011 sentiasa diulang-ulang. Nama radio Kedah.FM tetapi macam bukan radio Kedah tapi radio UMNO.
Di UUM
Walaupun Konvo tunda, saya percaya semua pelajar dan keluarga masing-masing telah tiba di UUM. Pagi yang muram itu, pelajar-pelajar bersama-sama keluarga bergambar kenangan dengan jubah konvo. Ada yang datang dari luar negara seperti Indonesia, datang dari Sabah & Sarawak . Mungkin beberapa para pegawai UUM yang tidak dapat hadir disebabkan rumah mereka dinaiki air. Tak semua pegawai yang tidak boleh hadir, ada sahaja di kalangan ratusan pegawai yang boleh hadir.
Hampir semua pelajar dan keluarga masing-masing tidak berpuas hati. Ada saya dengar yang pergi dengan menaiki bas ekspres. Kemuadian Charted kereta untuk melihat anaknya Konvo. Tetapi hasilnya menghampakan. Ada yang ambil cuti untuk konvo ini, sewa hotel, sewa kereta, Ada yang berkata, pesan dekat anak, nanti bila berjawatan besar jangan buat keputusan sesuka hati, fikir juga nasib orang ramai jangan fikir untuk diri sendiri sahaja.
Akhirnya, setelah meredah air, kami selamat sampai ke rumah...
Alhamdulillah..







Kubur kena banjir














Meeting ALK Koperasi Masjid

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Masjid Sultan Mahmud Berhad telah diadakan baru-baru ini. Dalam mesyuarat tersebut antara lain membincangkan perjalanan koperasi jangka pendek dan panjang. Beberapa biro juga telah diwujudkan untuk melancarkan operasi koperasi. Hendaknya koperasi ini dapat berdaya saing dengan koperasi-koperasi yang lain.
Saya telah dihubungi oleh pegawai dari Angkasa. Menurutnya bagi daerah Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong hanya ada satu sahaja Koperasi Masjid, iaitu koperasi masjid kami. Angkasa bercadang untuk menganjurkan kursus untuk koperasi-koperasi masjid di Pahang, cuma jumlah koperasi masjid yang ada hampir-hampir tiada. Jadi saya mnyeru kepada Masjid-masjid yang lain agar sama-sama kita menubuhkan koperasi masjid demi untuk membangunkan ekonomi umat Islam.





Ustaz Zarimi & Ustaz Faizal

Pak Cu Said, Cik Jusoh & Ustaz Akmal


Hj Mustafa & Pak Ali