Thursday, March 21, 2013

Makan Kambing Bakar..

21/3-Skuad Sahabat Masjid (Ahli jemaah tetap) menganjurkan jamuan makan selepas kuliah Ustaz Zabadin. Beberapa ahli skuad menyumbang sedikit seorang untuk menjayakan jamuan makan. Hasilnya seekor kambing bakar beserta beberapa ekor ayam dihidangkan buat semua ahli jemaah. 
Kami merancang untuk mempelbagaikan lagi aktiviti skuad sahabat masjid ini disamping meneruskan aktiviti sedia ada, terutamanya menganjurkan jamuan makan buat ahli jemaah.

Syabas dan terima kasih kepada penggerak Skuad Sahabat Masjid terutamanya Abang Soh.



 Pok Nik & Abg Sukri (2 Master bubur Asyura)




Tukar Pintu & Tingkap Masjid

Masjid Sultan Mahmud menukar tingkap dan pintu  kepada jenis Sliding dan tinted. Walaupun Masjid Daerah ini berstatus kerajaan yang punya, tetapi seluruh kos menukar pintu dan tingkap ini dari tabung derma orang ramai. Rasanya dah lama sangat masjid ini tidak dapat peruntukan kerajaan untuk baik pulih. Bangunan-bangunan kerajaan yang lain ada yang setiap tahun sampai beberapa kali dapat peruntukan dari Kerajaan.









Masjid ini sudah lama usianya, sesuai dengan usianya banyak yang telah uzur, yang uzur, rosak perlu diganti dengan yang baru. Ini baru bangunan, bagaimana pula kalau Pemerintahan yang lama dan banyak kerosakan dan kepincangan ? Sudah tentu lebih aula juga untuk ditukar dengan yang lain. 

Monday, March 18, 2013

Kisah Seorang Baraah yang hebat



Terjumpa kisah seorang  Baraah yang hebat ini..

Kisah gadis kecil yang berasal dari Mesir berumur 10 tahun bernama Baraah.
Kedua ibubapanya merupakan doktor dan berpindah  ke Arab Saudi. Pada usia 10 tahun, Baraah menghafal seluruh Al Qur'an dengan bertajwid, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahwa dia cerdik berbanding usianya.  Keluarganya sederhana dan berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya ... .


Suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu baraah menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kritikal. Ibu Baraah berfikir untuk memberitahu putrinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak menemukan ibunya di sampingnya ... dan inilah ucapan ibu baraah kepadanya "Baraah aku akan pergi ke surga , tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari karena Ia akan menjadi pelindungmu kelak... " Gadis kecil itu tidak terlalu mengerti apa yang ibunya katakan , Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya ke rumah sakit dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang.



Suatu hari pihak rumah sakit memberitahu ayah Baraah bahwa kondisi isterinya itu sangat buruk dan ia perlu datang secepatnya, melalui telefon, sehingga ayah Baraah menjemput Baraah dari sekolah dan menuju ke rumah sakit. Ketika mereka tiba di depan rumah sakit ayahnya memintanya untuk tinggal di mobil ... sehingga ia tidak akan shock jika ibunya meninggal dunia. Ayah keluar dari mobilnya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk rumah sakit, tapi tiba-tiba datang sebuah mobil melaju kencang dan melanggar ayah Baraah dan ia meninggal dunia di depan puterinya itu...tak terbayangkan ..tangis gadis kecil ini pada saat itu...! 



Tragedi Baraah belum selesai sampai di sini... berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Baraah yang masih opname di rumah sakit, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu Baraah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtuanya, dan dengan bantuan teman-teman ayahnya untuk mencarikan keluarga di Mesir, sehingga keluarganya boleh merawatnya. Tak berapa lama tinggal di mesir gadis kecil Baraah mulai mengalami nyeri seperti yang pernah dialami ibunya, dan oleh keluarganya ia lalu di periksakan , setelah beberapa kali test didapati baraah juga mengidap kanser ... tapi sungguh mengejutkan kala ia di beritahu kalau ia menderita kanser....inilah perkataan baraah kala itu: 



"Alhamdulillah, saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya." Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya!.....Subhanallah Orang-orang mulai mendengar tentang Baraah dan ceritanya, dan salah seorang dermawan dari Saudi(yang tidak ingin di sebutkan namanya) memutuskan untuk mengurus dan mengirimnya ke Inggris untuk pengobatan. Salah satu channel TV Islam "Al Hafiz" sempat menghubungi melalui  telefon dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran ... dan video diataslah suara indah yang di lantunkan oleh Baraah ... 



Hari-hari terlewati dan kanser mulai menyebar di seluruh tubuhnya, para dokter memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan ia tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya ... tapi beberapa hari setelah operasi amputasi kakinya sekarang kansernya menyebar ke otak, lalu dokter memutuskan untuk melakukan operasi otak ... dan sekarang baraah berada di sebuah rumah sakit di Inggris menjalani perawatan


Thursday, March 14, 2013

Menjelang KONPIP kali ke 11 tahun 2013

Sumber : 
http://permaipahang.blogspot.com/2013/03/selamat-datang-ke-konpip-ke-11-tahun.html

Permai mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan ke Konvensyen Pelajar Islam Pahang (Konpip) kali ke 11 tahun 2013 di SMA Pelangai yang akan berlangsung bermula 15-17 Mac 2013.

Mesyuarat Eksekutif memurnikan gerak kerja peringkat akhir menjelang konpip


 SMA Pelangai bersedia menerima perwakilan dari seluruh Pahang.

Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan

7-10 Mac ; Saya berkesempatan menghadiri Persidangan Imam Besar peringkat kebangsaan yang setiap tahun diadakan. Tahun 2013 diadakan di Sungai Petani Kedah serentak dengan majlis penutup hafazan al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di Kompleks Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.



 Bersama teman menunggu di Airport Kuantan. 

Bersama Imam Masjid Daerah Bentong

di Dewan seminar
 Sesi bersama Al-Fadhil Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri, Insya Allah al-Fadhil Dr. Zulkifli akan berada di Masjid Sultan Mahmud Lipis pada 25 Mac 2013.

 Teman-teman  dari Penang datang berziarah setelah 5 tahun tidak bertemu, sepengajian semasa di Mesir dahulu

 Peserta dari Pahang
 Sarapan pagi di Penang
 di airport Bayan Lepas
 Imam IM di hadapan kaunter pertukaran. Nak bertukar ke mana?
 Di Majlis Hafazan al-Quran
Tahniah buat Mohd Ismail bin Hasanuddin johan kategori 1-30 juzuk merangkap peserta yang memperolehi markah tertinggi.

Tilawah Peringkat Daerah Lipis

6 Mac program Majlis tilawah al-Quran peringkat daerah Lipis telah dijayakan. Saya bersembang dengan orang-orang lama, mereka menyatakan majlis tilawah sekarang tidak semeriah dan serancak dahulu. Menurut mereka, zaman dahulu pertandingan tilawah dilaksanakan bermula di peringkat kampung, mukim kemudian johan di peringkat kampung akan bertanding di peringkat daerah.

Kini suasana itu sudah tiada, setiap kali  majlis tilawah akan diadakan, puas penganjur mencari-cari peserta. Tiada lagi pertandingan di peringkat kampung, Walaupun penganjur meminta Tok Penghulu atau Tok 4 menghantar wakil..tetapi tiada respon balas dari mereka. Ada tok 4 yang kata pihak penganjur tidak membuat hebahan yang meluas, Orang ramai tidak tahu dsb...

Namun majlis berjaya dilaksanakan, walaupun peserta tidak ramai.  Tahniah buat muka-muka baru yang masih muda  mengambil bahagian. Insya Allah mereka akan menjadi pelapis kepada qari-qari veteran yang tidak layak untuk masuk bertanding kerana peraturan pertandingan ada menghadkan umur peserta.   
Semoga dengan majlis ini, semakin menimbulkan kecintaan kita untuk mempelajari ilmu al-Quran..insyaAllah. 
 Penonton boleh turut sama membaca kerana ayat al Quran dipaparkan di skrin.
 Kerusi VIP yang kosong, Kalau program pemberian bantuan kadang-kadang penganjur kena tambah lagi kerusi VIP. 
 AF Qadhi menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi Jemaah Hakim (Ustaz Razuan Jamal, bekas johan Qari Negeri Pahang) membacakan keputusan. Kelihatan Tuan Jurutera Daerah (berbaju melayu merah muda)

Program Masjid Gemilang

Jabatan Agama Islam Pahang ada menganjurkan program Masjid Gemilang Negeri Pahang semenjak dilancarkan pada 14 Mei 2003. Pelbagai katogeri dipertandingkan dalam program ini. Antaranya anugerah prasarana dan persekitaran terbaik, anugerah urustadbir masjid terbaik, anugerah masjid paling imarah, anugerah masjid cemerlang.

Bagi melaksanakan program ini, ada AJK yang dibentuk. Untuk  jawatankuasa pelaksana Fasilitator : AF Qadhi Daerah. 

Kategori Masjid Tradisi/Felda/ Taman :
Ketua Pasukan : Penolong Qadhi Unit Pengurusan Masjid
Ahli : Pegawai Masjid & AJK Masjid.
Urusetia : PT Unit pengurusan Masjid

Masjid Daerah :
Ketua Pasukan : Imam 1 Masjid Daerah
Urusetia : Pegawai masjid daerah

*(untuk masjid daerah tiada ahli ?, dan AJK tidak terlibat..Sebenarnya apa peranan AJK masjid Daerah?)





 Pembentangan kertas kerja. 


 Forum bersama TYDP MUIP dan YB Munawar wakil Exco Agama. YB tidak  menjawab langsung persoalan panel tetapi berkempen PRU sehingga menimbulkan kemarahan peserta. 

Perasmian penutup oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Solat subuh berjemaah di surau hotel. Hotel MS Garden mempunyai surau yang agak besar berbanding hotel-hotel lain di negeri Pahang (x boleh lawan dengan De Palma). Sebahagian Syer hotel Ms Garden dipunyai oleh Majlis Ugama. So..dari check in hotel-hotel lain molek lah ke MS Garden ni.

Friday, March 08, 2013

Projek Bina Kedai KOOP Masjid

Setelah beberapa ketika menunggu, kini projek untuk membina bangunan kedai untuk Koperasi Masjid Sultan Mahmud Berhad mula dijalankan. Diharapkan proses pembinaan ini berjalan lancar, dan dapat digunakan secepatnya. Terima kasih kepada yang sudi membantu koperasi baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah jua yang membalasnya...Amin...




Al-Fadhil Qadhi turut meninjau tapak projek.

Al-Fadhil Qadhi bersama Kontraktor




Koperasi Masjid Ketari Bentong yang telah membina bangunan kedainya..wajar dijadikan contoh oleh masjid-masjid lain.