Thursday, September 26, 2013

Program Motivasi di SMA Padang Tengku


PROGRAM MOTIVASI DI SMA PADANG TENGKU

22 September 2013 : PERMAI telah berprogram bersama pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis. Program diadakan  bertujuan untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun nanti.

Sesi Ceramah 

LDK bersama Fasi






Peserta Lelaki, bergambar bersama GPK

Peserta perempun
Barisan Fasilitator bersama GPK SMA Padang Tengku
Fasilitator muslimat bersama guru-guru SMA Padang Tengku
 ps : dalam berprogram, ada pula cubaan tetamu  nak bertandang ke rumah..tapi ikut siling la pulak..
Cuba teka..apa tuh?



Thursday, September 19, 2013

JEMAAH WANITA MENGGANAS DI MASJID SULTAN MAHMUD?

JEMAAH WANITA MENGGANAS DI MASJID SULTAN MAHMUD?

PLUSH BARU DIPASANG PADA PERTENGAHAN RAMADAN 1434H.. SEKARANG?

PLUG BARU DIPASANG PADA PENGHUJUNG RAMADAN 1434J... SEKARANG?

PINTU RAK TERCABUT & TELEKONG TIDAK DISIMPAN KEMBALI

TELEKONG BERLONGGOK DI SEBELAH PENYIDAI
Adakah ini tabiat sebenar perempuan..Ganas gilerr...merosakkan / menyelerakkan  Harta Rumah Allah..

Tuesday, September 17, 2013

Kursus Imam Wibawa 2013

Sekitar Kursus Imam Berwibawa

 Taklimat Kursus


 Perasmian program oleh YH Dato' Pengarah JAIP

 Slot bersama al-Fadhil Imam Besar Masjid 'Besi' Putrajaya
 Slot bersama bahagian Khidmat Pengurusan

 Kursus bukan sebarang kursus, ada menyelit ujian hafazan buat para imam. Hotel Sri Malaysia Genting bertukar suasana..bacaan al-Quran di mana-mana, imam sedang mengulang hafazan sebelum ditemuduga.


Berkesempatan bersiar-siar naik kereta kabel ni. Kalaulah dapat berulang alik ke masjid best juga..













Monday, September 09, 2013

Syafawi al-quran

Sekarang bahang peperiksaan SMA (sijil menengah agama) sudah mula terasa. mana tidaknya..imtihan syafawi al-Quran telah bermula. Terkenang zaman saya dahulu, 5 surah hafazannya lebih mencabar berbanding kini. Zaman tersebut, surah yang perlu dihafal bermula dari surah Zumar, Ghafir, Fussilat , As Syura dan Zukhruf.  Berbanding sekarang yang lebih mudah kerana surah hafazan yang dipilih menjadi surah-surah yang lazim dihafaz seperti surah as-Sajadah.
Apa pun surahnya..saya ucapkan selamat berimtihan syafawi buat semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

Kami (imam-imam masjid daerah) juga akan menempuh imtihan syafawi al-Quran. Orang lain bila dah bekerja..kalau ada pun kena masuk peperiksaan tak lah susah macam masa ambil SPM dahulu. Bagi saya, sangatlah mencabar pada zaman bekerja ni nak mengulang al-Quran.

Bittaufiq wannajah juga buat semua imam-imam yang akan menempuh siri kursus imam wibawa. Nama kursus tetapi ujian hafazan al-Quran sebenarnya.

Juga sekarang dalam fatrah, Majlis Ugama Islam Pahang juga mengadakan sesi temuduga hafazan buat para pelajar tahfiz dan penghafaz al-Quran. Kita doakan semuanya berjaya..