Thursday, October 30, 2014

Kursus Khidmat Nasihat

Tugasan sebagai pegawai agama di pejabat agama Islam daerah dan di jabatan agama tidak dapat lari dari memberi nasihat kepada yang memerlukan. Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah rumahtangga dan agama. Mungkin di negeri-negeri lain seperti di Negeri Sembilan  mempunyai Kaunselor sepenuh masa di MAINS, kami di JAIP mahu pun MUIP tiada jawatan tersebut. Menyebabkan staf yang sedia ada perlu menjalankan tugas tersebut. Semoga di masa yang akan datang pihak SUK memperuntukkan jawatan Kaunselor kepada  JAIP.


 Ucapan Urusetia Penganjur
 Tuan Hj Muhazam, Timbalan Qadhi Maran antara peserta kursus

 Tuan Hj Azman, Ketua Eksekutif dari MAINS selaku pembimbing kursus

 Ustaz Roslan, Timbalan Qadhi Bentong tekun melukis berpandukan icon whatsapp

  Antara teknik yang dipelajari, melukis untuk terapi ketenangan.



 Tuan Hj Qahar Abd Aziz, KPP Undang-undang Keluarga menyampaikan amanat



Sempat juga menemani Tuan Hj Zainuddin ke program bersama TLDM, 

Friday, October 17, 2014

Abu Zur'ah ahli hadis yang menutup hidupnya dengan kalimah Laa ilaaha illallah

Sedutan syarah pengajian kitab PENAWAR BAGI HATI oleh Maulana Johari bin Ali di Masjid Sultan Mahmud, Lipis

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Barang siapa yang akhir kalamnya Laa ilaaha illallah (syahadah) akan masuk syurga.

Kisah yang menarik berlaku kepada Imam Abu Zur’ah ar-Razi seorang muhaddis yang terkenal ketika sedang nazak.
Ketika itu di sampingnya terdapat beberapa para ulama besar yang lain, antaranya Abu Ja'far at-Tusturi, Abu Hatim, Muhammad bin Muslim, al-Mundzir bin Syadzan dan lainnya.

Mereka berbincang mengenai hadis Rasulullah s.a.w berkaitan talqin di mana Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Talqinkan orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan Laa ilaaha illallah.

Mereka semua malu  kepada Abu Zur'ah dan segan untuk mentalqinkannya, lalu mereka mendapat idea iaitu  membacakan hadis yang berkaitan di samping Abu Zur’ah.

Muhammad bin Muslim berkata:  Adh-Dhahhak bin Makhlad memberitahu kami, dari Abdul Hamid bin Ja'far, dari Salih...kemudian Muhammad bin Muslim diam dan dia tidak menyambung sanad hadis tersebut.

Abu Hatim pula berkata; Bundar memberitahu kami, katanya Abu Asim memberitahu kami, dari Abdul Hamid bin Ja'far, dari Salih....kemudian Abu Hatim diam dan  tidak menyambung sanad hadis tersebut.

Maka terdiamlah semua yang hadir, dan tiba-tiba Abu Zur'ah berkata, dalam keadaan nazak; Bundar memberitahu kami, katanya Abu Asim memberitahu kami, katanya Abdul Hamid bin Ja'far memberitahu kami, dari Salih bin Abi 'Arib, dari Kathir bin Murrah al-Hadhrami, dari Mu'adz bin Jabal, Rasulullah bersabda: (maksudnya)

Sesiapa yang akhir percakapannya ialah Laa ilaaha illallah, akan masuk syurga.

Lalu wafatlah Abu Zur'ah sejurus selepas membacakan hadis tersebut..

MasyaAllah..Begitulah kisah Abu Zur’ah seorang ahli hadis yang menutup hidupnya dengan kalimah Laa ilaaha illallah.

Semoga kita semua diberi Khusnul Khatimah dan menutup hidup kita dengan kalimah Laa ilaaha illallah.

Thursday, October 16, 2014

Penawar untuk melembutkan hati



Sedutan dari Syarah Pengajian Kitab PENAWAR BAGI HATI  yang disampaikan oleh Maulana Jauhari bin Ali di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis : 

Tanda hati menjadi  keras apabila tidak mahu menerima pengajaran dan nasihat. Akhirnya jika tidak diubati akan membawa kepada kekufuran. Hati yang keras diumpamakan seperti batu.

Batu jika direndam di dalam air, tak luak apa-apa pun batu tersebut. Air tidak akan meresap ke dalam batu dan jika diangkat kembali batu tersebut air tidak surut. Berbeza jika kita rendam roti atau biskut di dalam air. Air akan meresap ke dalam biskut atau roti tersebut dan air akan menjadi surut.

Namun jika kena pada kaedahnya, Batu yang keras akhirnya akan berubah menjadi lembut juga. Caranya dengan titik air dari luar. Lama kelamaan batu yang kena titisan air akan melekuk juga.

Antara titisan-titisan yang boleh melembutkan hati seperti : sedekah, membaca al-Quran, Zikrullah, Memaafkan orang, Memuliakan anak yatim, memulikan ibu bapa, menghormati dan suka berdamping dengan para ulama'.

Wednesday, October 15, 2014

Konvoi Bahasa

DBP telah melakukan program Konvoi dan daerah Lipis telah dipilih dalam laluan konvoi tersebut. Semoga program tersebut sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan imej dan martabat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 YH Dato' Ahmad  Daud, Pegawai Daerah Lipis sedang berucap. Antaranya YH Dato' menyebut akan memberikan suatu komitmen dalam menaikkan imej bahasa melayu seperti memastikan nama-nama jalan dan taman dalam bahasa melayu.
YB Dato' Mustafa Long, Adun Padang Tengku

 Bacaan ikrar


 Membaca doa mewakili Al-Fadhil Qadhi