Wednesday, February 25, 2015

Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015

Saya telah berkesempatan menghadiri Persidangan Imam peringkat Kebangsaan yang diadakan bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Masjid Negara. Seramai 150 orang Imam dari seluruh negeri telah hadir. Antara pengisian slot dalam program ini antaranya Penenrangan berkaitan GST, Slot dari BTN, Slot dari Institusi Integriti, Slot bersama Masjid Usamah Bin Zaid (Anugerah Masjid peringkat Kebangsaan) dan Slot Bicara Santai bersama Imam Besar Masjid Negara.

Persidangan dirasmikan oleh YB  Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. antara isi kandungan ucapan perasmian beliau : 

"beliau berkata terdapat 22,000 masjid serta surau di seluruh negara dengan bilangan 14,254 imam, guru takmir (3,759), guru KAFA (32,764) dan penyelaras pentadbiran masjid daerah (PPMD)(171).


"Sekiranya digabungkan (jumlah imam, guru takmir, KAFA dan PPMD) ia mampu menjadi satu gelombang yang besar, satu kelompok masyarakat Islam dalam (mempromosi) perpaduan," katanya.

"Jika masyarakat Islam bersatu padu atas dasar agama, saya yakin kita tidak akan rapuh. Namun, jika kita berpijak atas dasar politik, sesama Islam pun kita akan bergaduh," katanya.

Antara resolusi utama persidangan itu adalah penyelarasan jawatan gred imam besar negeri dan imam masjid daerah di seluruh negara, serta mewujudkan perjawatan tetap khususnya di masjid kariah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan di kawasan bandar.

Resolusi lain ialah menaikkan kadar bayaran imbuhan imam masjid kariah daripada RM750 sebulan kepada kadar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan dan mewujudkan pencalonan Tokoh Imam Kebangsaan seiring dengan Anugerah Masjid Malaysia.

Jamil Khir yang menyokong resolusi persidangan itu, berkata ia akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk diteliti secara mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.


Taklimat di Dewan Hotel Sentral




Imam dari Pahang bersama Tan Sri Dato' Syeikh Ismail, Imam Besar Masjid Negara
 Para Peserta bersama YB Menteri dan Ketua Pengarah Jakim
 Bicara Santai bersama Tan Sri Imam Besar Masjid Negara.

Antara Kalamnya : -Allah SWT memuliakan kita dengan menjadikan kita sebagai Imam.
-Kita dimuliakan kerana Al-Quran
-Imej penampilan imam perlu dijaga



 Suasana Selepas solat Zohor berjemaah di dewan solat Masjid Negara

 Muslimat solat 'open' tanpa tabir di dewan solat, sama seperti Masjid Besi.. 


 Pelajar Kelas Kafa di Masjid Negara

 Kuarters Pegawai Masjid Negara

 Warung makan di Masjid Negara



Wednesday, February 18, 2015

Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Pahang tahun 2015

Majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri Pahang baru sahaja selesai dilaksanakan. Bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Daerah Lipis. Kategori yang dipertandingkan 1-10 juz, 1-20 juz dan 1-30 juz.
Syabas kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), MABIQ, Darul Quran JAKIM kerana pelajar mereka ada mendapat tempat dalam pertandingan ini.

Johan Peserta akan membuat persembahan hafazan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Semoga Jailul Quran di negeri Pahang semakin berkembang mekar.

 Bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis semasa hari perasmian penutup.


 Antara bidang tugas.. membaca doa


 YB Dato Syed Ibrahim, Wakil Khas Menteri Besar Pahang dalam ucapan perasmiannya.
Bersama al-Fadhil Timbalan Qadhi Daerah Lipis


Bersama Para Hakim
Urusetia dari Pejabat Agama Daerah Lipis
 Para Johan bersama VIP, turut hadir Dato' Sri Mufti Negeri Pahang,  Dato' Ketua Hakim Syar'ie Pahang, Dato' Pengarah Jaip, Dato' Pegawai Daerah dan YB Parlimen dan Dun. 
Keesokannya meraikan Dato' Timbalan Pengarah Jaip bersarapan Pulut rendang hitam yang tersohor di daerah ini.

Thursday, February 12, 2015

Ziarah Mangsa Kebakaran

Musibah telah menimpa kepada 3 keluarga di Kampung Batu Kurap, Kuala Lipis yang mana rumah kediaman mereka telah musnah terbakar. Seorang telah meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam  dua pagi pada hari kejadian. Manakala seorang lagi, kulit melecur teruk dan  masih dirawat di hospital.
Pihak Masjid telah membuka tabung derma untuk sumbangan orang ramai dan alhamdulillah keprihatinan para jemaah dalam isu ini. Semoga Allah SWT membalas jasa para penderma sekalian dan Allah SWT kurniakan kesabaran dan hikmah buat keluarga mangsa yang terlibat.

 Menyampaikan sumbangan dari derma orang ramai 






Tuesday, February 03, 2015

Sesi Belajar Mengaji.

Al-Quran perlu dipelajari, tidak cukup sekadar membaca buku-buku nota sahaja. Ianya perlu dipelajari. Saya tidaklah sepandai mana pun, cuma atas maksud mengajar sambil-sambil dapat mengulangkaji pelajaran. Kerana jika tidak diulang-ulang bimbang ilmu yang telah dipelajari akan hilang.

Antara sesi saya..





 Kebanyakannya orang perempuan..





 Projek kelas asas Qiraat.. Semoga terus istiqamah


Saya bersama teman-teman dari PERMAI ( http://www.permaipahang.com/ )  ada juga menganjurkan program Kem Intensif al-Quran (KIA)  buat mana-mana agensi, masjid, Jabatan, sekolah dll.. Bagi yang berminat boleh menghubungi kami.