Wednesday, August 31, 2016

Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 59

31 Ogos 2016 adalah hari kemerdekaan yang ke 59. Saya mewakili Pejabat Agama Islam Daerah menghadiri sambutan hari kebangsaan kali ke 59 peringkat daerah Lipis yang diadakan di Dataran Lipis. Cuaca yang redup pada hari tersebut menggembirakan peserta yang berarak. 
Semoga Allah sentiasa pelihara kemerdakaan negara kita dari tangan asing. Apa pun selaku hamba Allah, kita tidak pernah merdeka di sisi Allah. Selamanya tetap menjadi hamba padaNya. Semoga dengan roh kemerdekaan ini lebih menyemarakkan syiar Islam di negara kita. Ayuh kita sokong pindaan RUU 355 yang akan memartabatkan Mahkamah Syariah di negara kita.




 Persembahan silat dari persatuan silat daerah Lipis. Cuma mereka buat persembahan secara serentak, tak tau nak tengok pahlawan mana yang hebat bertarung.

 Tarian sewang masyarakat peribumi yang dipersembahkan oleh Siswi  Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan Afzan yang memang berasal dari masyarakat peribumi.
 Persembahan kawad kaki dari pelatih CCRC Benta (pusat serenti). Persembahan yang paling mantap dan bersemangat.
Persembahan pancaragam dari kelab pancaragam SMK Cliford.

Monday, August 29, 2016

Saiful Azim dalam Kenangan

28.8.2016, kami dikejutkan dengan pemergian sahabat yang rapat dengan kami. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum. Berbahagialah Azim di sana, kami akan menuruti jejak langkahmu. Semoga kami istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat sebagaimana kamu.
-Alfatihah-



 Ziarah ke rumah Almarhum bersama team Akademi Al-Istiqamah

Sunday, August 21, 2016

Bersama Kartunis Abeben

Saya berkesempatan hadir ke program bengkel kartunis bersama dengan Abeben. Walaupun hakikatnya saya bukanlah reti melukis dan memang tidak ada bakat melukis.  Saya hanyalah peminat dan pembaca komik dari zaman kecik-kecik lagi. 

Perkembangan komik kini semakin memberansangkan terutama dari segi penyampaian dan semakin banyak komik yang menjurus kepada dakwah dan kebaikan. 

Jika dahulu baca dan bawa komik seperti suatu 'jenayah' di sekolah. Tetapi kini pada pandangan saya, pihak sekolah terutama guru boleh menggalakkan para pelajarnya membaca komik. Perpustakaan sekolah juga perlu mengisi komik-komik di rak-rak buku.

Namun saya akui bukan semua jenis komik sesuai sebagai bahan bacaan yang membina. Para guru dan ibu bapa perlulah meneliti terlebih  dahulu komik mana yang sesuai   dan mana yang tidak sesuai.      Bila mereka minat dengan komik secara tidak langsung mereka akan minat membaca dan ini merupakan suatu tabiat yang sangat hampir dengan punca ilmu. 
Jom kita baca komik..



Minum bersama Abeben 

Tuesday, August 16, 2016

Catatan Imam Kecil : Kelas Qiraat

Saya ada buat Kelas Asas Qiraat 7 di Masjid Daerah Lipis. Kelas pada hari Isnin selepas solat Isya'.
Walaupun di sini agak mencabar untuk membuat kelas pada waktu malam, tapi kita cuba perlahan=lahan, bak kata orang kayuh pelan-pelan. 
Jika ada yang berminat, sangat dialukan  untuk join sekali.


Suasana dalam kelas 

Wednesday, August 10, 2016

Program Bicara Mufti tahun 2016 di Daerah Lipis

Sempena program Bicara Mufti siri 4/2016 Jabatan Mufti Negeri Pahang peringkat daerah Lipis yang diadakan pada 10 Ogos 2016 di Masjid Batu 6 Penjom, beberapa acara diadakan pada sebelah siangnya. Antaranya seperti pameran, kaunter medical checkup, chek tarikh lahir dalam tahun Islam dan pertandingan membaca khutbah dan pertandingan memasak.



Pertandingan Membaca Khutbah. Sangat baik diadakan kerana dapat melatih dan mencungkil bakat. Banyak isu yang timbul berkaitan Tok Khatib khususnya di masjid-masjid kampung tradisional. 
Ada masjid yang terpaksa import Ustaz sekolah di daerah yang berlainan khusus untuk baca khutbah jumaat sahaja kerana di kampung tiada orang yang berkebolehan untuk membaca khutbah. 
kita masih belum bincangkan persoalan yang ada di kalangan agamawan kita membangkitkan pasal tok khatib patutnya berkhutbah bukannya membaca khutbah. Isu sekarang yang lebih kritikal adalah nak cari khatib yang boleh membaca khutbah pun dah sesak. Perkara ini mungkin tidak berlaku di bandar-bandar besar, hanya terpencil di kampung-kampung tertentu.


 Majoriti peserta adalah pelajar dari SMA Padang Tengku, Kuala Lipis.

En. Roslan satu-satunya peserta tunggal orang dewasa. Beliau merupakan bilal di masjid Kampung Penjom. Syabas kepada beliau.


 Suasana di meja pertandingan memasak. Memasak di rumah masing-masing. Masakan pula adalah berasaskan ikan patin. Memang semangat peserta-peserta ini.., ada yang siap pakai baju kurung seragam lagi.





Tuesday, August 09, 2016

Durian Kampung

Musim raja buah kembali lagi. Ada yang sanggup mencarinya ke segenap tempat, yang penting hati puas. Kelihatan di gerai-gerai yang menjual durian di tepi-tepi jalan kebiasaannya memang akan dikerumuni oleh orang ramai. Ada yang terus makan di situ sahaja, senang.. dan kalau tak sedap boleh kompelin terus ke penjual..huhu
Saya berkesempatan mengikuti rakan ke kebun durian di Kampung Telok Gunung, Lipis dekat dengan Merapoh.




Kereta-kereta sporty yang lowed tak lepas nak masuk ke kebun ni. Suasana persekitaran yang sangat cantik, bersebelahan dengan anak sungai yang jernih airnya. Memang seronok kalau nak berpicnic di sini.

Proses Pasang Kubah Masjid

Bukanlah syarat masjid mesti ada kubah. Cuma kebiasaan Kubah orang akan kaitkan dengan masjid. Sama juga halnya dengan bulan sabit. Tetapi jangan kita sangka masjid sahaja yang mempunyai kubah. Gereja juga ada yang mempunyai kubah, stadium , kubur seperti Taj Mahal dan bangunan-bangunan yang lain.

Disebabkan kubah di masjid Daerah Lipis sudah lama. Kelihatan karatnya di sana sini dan berlaku  kebocoran ke dalam ruang solat bila hujan. Maka sudah sampai masanya kubah yang lama diganti. 

Proses penggantian kubah gayanya memakan masa juga, kerana proses pemasangannya yang rumit. Tetapi jika ada duit semua boleh ejas. Sama-sama kita nantikan wajah kubah dan rupa masjid daerah Lipis yang baru.





Sunday, August 07, 2016

Menjadi peserta Seminar My Document bersama Byond Success

Jangan kata kita serba tahu, masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Realiti masih ramai yang tidak tahu yang mereka itu tidak tahu. Bahasa dalam kitab gelarkan Jahil Murakab.

Maka untuk menjadi tahu dan hebat kita perlu berguru. Menurut Tuan Abdul Basit selaku Pengerusi Eksekutif Byond Group of Companies ada 4 jenis guru diperlukan khususnya dalam menguruskan perniagaan.

Saya kongsikan di sini, Empat guru yang dimaksudkan ialah :
 i) Guru yang mampu memberi Motivasi dan Keberanian.
ii) Guru teknikal dan operasi
iii) Guru Pengurusan dan sistem
iv) Guru Agama dan kerohanian 

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Seminar My Documents anjuran Byond Success. Program yang membicarakan khusus berkenaan cara urus bisnes gaya korporat. Kredit untuk Ustaz Bulah yang mengesyorkan untuk saya hadir.

Tidak rugi join program-program sebegini kerana pelbagai perkara yang dipelajari di samping secara tidak langsung  saya dapat recharge semangat. Saya syorkan pada sahabat di luar sana untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh Byond  Success. 

Isi borang pendaftaran. 

 Pengisian dan perkongsian pengalaman oleh Tuan Basit.

#byondsuccess
#permaidihati

Saturday, August 06, 2016

Angin Ribut

Hujan lebat berserta angin kencang di Kerdau. Beberapa dahan pokok getah patah, pohon pisang juga tidak terkecuali. Mujur tiada pokok besar-besar berhampiran rumah. Sebatang dahan pokok jatuh menghalang laluan jalan di depan rumah. Begitulah kekuatan angin, mampu menumbangkan pokok yang berat dan besar. Maha hebat Allah yang mendatangkan angin.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (46)
Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah  Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya. Mudah-mudahan kamu bersyukur” (ar Rum: 46).





 Pokok tumbang di tepi rumah



Laluan untuk ke KOMTAQ juga terdapat pokok yang rebah

Thursday, August 04, 2016

Catatan Imam Kecil : Gotong royong Pusara Daerah

Gotong royong antara Warga Pejabat Agama Islam Daerah Lipis bersama Majlis Ugama Islam (MUIP) Cawangan Lipis di tapak pusara daerah. Setakat ini masih belum ada jenazah yang dikebumikan di situ. Pihak pentadbiran bercadang setelah segalanya selesai seperti urusan landskap barulah pusara tersebut mula beroperasi.

 Sarapan pagi di cafe Masjid sebelum ke tapak pusara daerah

 Bilik stor dan tandas dari peruntukan JAIP 


Sambil-sambil menjamah durian yang dibawa oleh Al-Fadhil Qadhi

Wednesday, August 03, 2016

Jamuan Kelas Fardhu Ain Masjid

Pelajar Kelas Fardhu Ain Masjid Sultan Mahmud telah berpakat untuk mengadakan jamuan bersempena dengan hari raya. Cukup meriah jamuan yang para pelajar masing-masing membawa juadah di samping menempah menu dengan Katering. Menu utama yang pastinya jarang ada di tempat yang lain ialah Nasi Kebuli. 
Nak dapat Nasi kebuli ni pun payah, cari di kedai makan belum tentu ada. Kena tempah dengan tukang masak orang tempatan Lipis- Jerantut. Bagi yang belum pernah merasa kena try rasa tu..huhu

Kelas Fardhu ain ini dibimbing oleh Imam Faizal. Sambutan terhadap kelas ini sungguh menggalakkan.






Catatan Imam Kecil : Musim Rama-Rama ?

Sekarang adalah musim rama-rama? Saya katakan begitu kerana di Masjid kami sekarang dipenuhi dengan rama-rama. Cuma rama-rama yang datang ke masjid ini satu jenis sahaja. Rama-rama warna gelap, tiada yang berwarna cerah dan berwarna warni.

Allah berfirman dengan maksud :

“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi  daripada segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya” 
(Yunus : 101)