Sunday, September 30, 2018

Wabak Sepanjang Jalan

Wabak sepanjang jalan, penuh dengan ujian.
Di jalan raya kita berdepan dengan ragam dan kelakuan pengguna yang tidak bertimbang rasa.
Seperti memandu tengah-tengah  jalan dengan sangat perlahan, orang lain nak memintas tak lepas. Ibarat jalan ini ana yang punya.
Atau memandu terlalu laju dengan sangat merbahaya, bukan bahayakan diri sendiri termasuk pengguna lain yang akan menanggung akibatnya.
Inikan pula jalan dakwah. Tentunya ujiannya lebih dahsyat.

Link :
https://t.me/AzraiePermai

https://twitter.com/AzraiePermai

https://www.facebook.com/azraie.permai

#PermaiMenulis #wabaksepanjangjalan #drivertegar

Friday, September 28, 2018

Jalan Lipis ke Jerantut menjelang tahun 2020

Laluan rasmi saya bukannya jalan raya cantik yang  lurus lagi lebar. Tetapi jalan tar yang bertampal bertepek-tepek. Tepek siang malamnya dah punah semula.
Jalan berbukit dan berselekoh adalah kegemaran pereka jalan di sini.
Lebih menambah pengalaman pemandu kenderaan kecil apabila terpaksa mengekori kenderaan berat yang berat bertan-tan.
Sekali "trelar"  besar memintas motor, terhoyong hayang penunggang sampai ada yang terbabas hilang kawalan dek deruan angin dan bayang badan trelar yang menggerunkan.
Selalu juga berlaku, kelibat lori yang tersadai ketika sedang mendaki bukit. Ini sangat merbahaya. Bukan pada lori tersebut, tetapi pengguna jalan raya yang lain. Tak masuk pengguna yang tension dan stress. Kadangkala saya dalam mood nak cepat, ada urusan dan program yang melibatkan masa kehadiran yang sharp. Tetapi bila terpaksa follow konvoi lori atau kesesakan disebabkan lori jem krem ketika mendaki bukit, sedikit sebanyak emosi driver boleh berubah. Rasanya kalau bawa kereta ferrari pun tak boleh nak laju beria.
Hmm, beginilah kisah saya di jalan raya. Malaysiakan dah maju. Menuju wawasan tahun 2020 yang tak lama dah. Dua tahun lagi,  mungkin  kereta tak pakai tayar dah, tapi terbang selaju roket.. ye ke ?

Channel - https://t.me/AzraiePermai

https://twitter.com/AzraiePermai

https://www.facebook.com/azraie.permai

#PermaiMenulis #jalanraya #lori #maju

Minum air kencing unta

Sudah la faqir, sakit pulak tu. Bila ditolong, depa 'langgar' pula yang menolong mereka. Siap bunuh dan rompak lagi.
Begitulah kisah orang dari Urainah yang datang ke Madinah. Mereka ditimpa sakit ketika berada di Madinah.
Rasulullah SAW memberi rawatan kepada mereka dengan menghantar mereka ke tempat unta zakat. 
Apa pula kena mengena dengan unta ?
Sebabnya penyakit mereka dapat disembuhkan dengan meminum air kencing unta.

Setelah sembuh, mereka bunuh sang penjaga unta. Kemudian mereka bawa lari unta tersebut.
Setelah mereka yang terlibat berjaya ditangkap. Mereka dibawa kepada Rasulullah untuk diadili.
Hukuman yang Rasulullah jatuhkan bukan calang-calang. Tetapi sesuai dengan level jenayah yang depa lakukan.

Mereka dipotong tangan dan kaki secara bersilang. Kemudian mata mereka dicungkil dengan besi panas. Dan mereka dibiarkan terdampar di padang pasir Harrah, sehinggalah mereka semua mati.
Antara point yang berkaitan :
i) Manusia jenis tak kenang budi ada sepanjang zaman.
ii) Hukum minum susu unta (binatang zakat) dibolehkan untuk fakir miskin.
iii) Hukum minum air kencing unta, bagi mazhab Syafie harus untuk berubat. Bukan untuk "saje-saje" mengeteh petang dengan member. 
iv ) Hukum perompak : dihukum potong tangan dan kaki secara bersilang mengikut mazhab Syafie.
V) Hukum pembunuh : Dibalas bunuh

Setiap jenayah perlu ada hukuman yang setimpal. 
Dalam Islam ada panduan hukum jenayah, Hudud, qisas, takzir. Yang tak nak ikut tu, kata pengikut mazhab Syafie sangat..hmm

Link :

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Wednesday, September 26, 2018

Evolusi Mazhab Fekah

Hari ini berada di DRB Hicom Universiti mengikuti muhadarah kitab Evolusi mazhab Fiqh oleh Prof Madya Dr. Irwan Subri. Beliau merupakan pengarah INFAD Usim. Program muhadarah merupakan anjuran Bahagian Dakwah JAIP.
Kesimpulannya kita jangan terlalu taksub, kena berlapang dada.
Sebelah petangnya berkesempatan minum-minum dan meratah ikan goreng bersama sahabat sepengajian semasa di Shoubra. Sambil meraikan orang jauh, Ustaz Bakri yang merupakan Pensyarah Darul Quran Jakim. Beliau menjadi mumtahin imtihan syafawi di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. 
Semoga pelajar MTNP, DQ dan MTQN dapat buat yang terbaik. Insya-Allah institusi tahfiz akan terus berkembang, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk melemahkannya. 


Bersama Ustaz Zainuddin, Timbalan Qadhi Daerah Bentong

 Prof.Madya Dr Irwan Subri

Buku beliau 

 Alumni Shoubra


Tuesday, September 25, 2018

Bukan baju kot biasa

Bila sebut baju kot. Saya rasa tak perlu nak hurai panjang berkenaan rupa bentuk baju tersebut. Zaman sekarang pelajar sekolah pun dah ada baju kot sendiri.
Berbeza dengan saya, sepanjang bersekolah tidak pernah merasa memakai kot.
Kot pertama saya ditempah di kedai Summer Man di Mega Mall Kuantan. Lebih kurang dua minggu sebelum saya terbang ke Mesir. Baju kot berwarna biru gelap  yang dibayar oleh  Yayasan Pahang untuk pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Pahang.
Sempatlah saya menaiki kapal terbang bergaya dengan baju kot tersebut.
Bila pula saya ada baju kot yang seterusnya ?
Saya tidak bercadang untuk bercerita di sini. Ianya hanyalah kisah yang biasa sahaja.

Kali ini saya ingin mengetengahkan jenis baju kot yang mungkin agak istimewa dan unik.
Kerana bukan semua orang yang memakainya. Hanya insan terpilih sahaja yang bertuah menyarung baju tersebut.
Para doktor dan yang berkaitan dengan agensi kesihatan seperti farmasi  akan memakai baju kot putih. Kotnya ada yang labuh sampai ke lutut. Cuma doktor veteran atau pakar biasanya akan memakai baju biasa sahaja. Doktor pelatih yang dilihat istiqamah memakai baju kot ini.

Selain itu…
Baju jubah kot yang biasanya akan dipakai oleh Mufti, Qadhi dan Imam.
Setiap tahun, saya mendapat peruntukan kewangan dari Jabatan Agama untuk membuat jubah. Tahun ini RM 300 untuk seorang pegawai masjid negeri dan daerah dalam negeri Pahang.
Jubah kot boleh tahan juga harganya. Jubah kot sebelum ini saya buat di kedai Camaroz Kuantan, harganya mencecah RM 500. Terpaksa tambah duit poket sendiri, huhu.
Untuk tahun ini, saya masih mencari-cari kedai ‘tailor” yang boleh membuat jubah kot tanpa perlu menambah duit sendiri.
Masalah lain lagi, bukannya semua tukang jahit mahir untuk membuat jubah kot. Ada yang buat terlalu ‘fix’, sampai tak boleh nak bawa dalam solat. Kerana dalam solat ada banyak pergerakan seperti rukuk dan sujud, bukannya hanya berdiri tegak.

Saya merasa bertuah kerana berpeluang menyarungkan jubah kot tersebut. Semampu yang boleh saya akan menyarungkannya. Saya kagum melihat Sahibul Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang sentiasa berjubah rasmi di mana-mana majlis.


 Ketika perasmian Masjid Tanah Putih, Pekan 

 Perasmian Masjid Kampung Gua, Lipis

 Bersama Imam Rasul, Masjid Padang Tengku 


Para Imam Masjid Daerah Pahang bersama YH Dato' Pengarah JAIP (2018)

 Menyampaikan cenderamata kenangan dari para Imam kepada YH Dato' Pengarah JAIP (2018)

Imam Masjid Negeri &  Daerah (2015)

Link






#PermaiMenulis #jubah #imam #rasmi #kot #CatatanImamKecil

 




Monday, September 24, 2018

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Telah ditetapkan ajal

Selepas pengebumian di tanah perkuburan. Kelihatan Mak Saudara saya (Kakak ayah yang sulung) bersama "sedara mara" yang lain

Pagi tadi baru saya mendapat info saudara saya PakWe Khalid telah kembali ke rahmatullah selepas maghrib.
Bergegas saya ke tanah perkuburan kampung Batu Sawar Temerloh.
Selain ada hubungan saudara mara, pakwe Khalid  merupakan rakan sekelas ayah semasa bersekolah di SK Batu Sawar, Temerloh.
Beliau bukanlah anak sulung, tetapi digelar 'Pakwe balik'. Setelah nama gelaran yang berasaskan giliran nombor adik beradik  habis untuk abang dan kakak di atasnya, sampai gilirannya terpaksa pusing balik semula ke gelaran yang pertama iaitu We. 

Kadangkala ayah tak balik ke rumah selepas sekolah. Tetapi pergi ke rumah sahabat/saudara. Pergi pula sehelai sepinggang, hanya beruniform sekolah. Esok dengan pakaian sekolah tu lah pergi semula ke sekolah. Antara rumah yang dikunjungi termasuklah rumah pakwe Khalid.

Gambar sekitar tahun 1962-63, rombongan orang kampung ke Kuala Lumpur. Ketika itu Ayah saya (bulatan hijau) dan Pakwe Khalid (bulatan bitam) dalam darjah 1-3

Selepas pencen askar, beliau balik kampung dan bertugas sebagai imam masjid kampung Telok Sabak. 
Saya pernah membonceng dengan beliau dari kampung ke jeti. Kemudian kami naik bot tambang menyeberang ke Kuala Krau. 
Ketika itu ada program tadarus al-Quran sempena bulan Ramadan  di Masjid pekan Kuala Krau. Sekarang sudah ada jambatan yang boleh terus sampai ke Kuala Krau. 

Semoga almarhum ditempatkan di syurga, kita semua juga akan menyusul ke alam sana. 

Pakwe Khalid (tshirt putih) bersama Ustaz Tuan Ibrahim 
#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #seputarmemorisilam #hidup #mati 

Sunday, September 23, 2018

Warung Nibong

Siapa kata senang nak pilih kedai makan ?
Malam ni kebetulan terjumpa warung nibung.
Saya pilih menu Nasi goreng nibung. Menu istimewa di situ.
Dapatlah nasi goreng kunyit berlaukkan telur mata kerbau, udang dan sotong masak paprik, ayam goreng kunyit, kuah sup kosong dan bersekali dengan air sirap.
Paling menarik, ruang makan di tempat beratap tidak dibenarkan merokok. Saya memang 'tensyen' makan di kedai yang berlatarkan asap rokok memenuhi ruangan kedai.
Semoga kita semua cakna. Peniaga yang cakna dan pelanggan yang sensitiviti terhadap pelanggan yang lain.

Nasi Goreng nibung

Set nasi goreng nibung bersekali dengan air sirap

Channel - https://t.me/AzraiePermai
https://twitter.com/AzraiePermai
https://www.facebook.com/azraie.permai
#PermaiMenulis #warungnibung #dinner

Saturday, September 22, 2018

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Dari Tweet


from Twitter https://twitter.com/AzraiePermai

Thursday, September 20, 2018

Pengislaman di Pos Betau oleh TYDP MUIP

Hari ini saya turut hadir ke program Ziarah Dakwah di Pos Betau, Kuala Lipis. Program dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Hj Abdul Wahid bin Wan Hassan. Seramai 24 orang telah mengucap syahadah yang dipimpin sendiri oleh YDH Dato' Sri Orang Kaya.
Program diurusetiakan oleh kakitangan HQ MUIP  dan Daerah, penggerak masyarakat orang asli (PMOA di bawah JAKIM) turut dibantu oleh tenaga dari pensyarah dan pelajar UKM.
Pelbagai lapisan umur dari yang paling kecil sehinggalah yang tua hadir memeriahkan majlis tersebut.
Antara acara yang menarik ialah cabutan bertuah. Hadiah paling 'rare' ialah mesin pam racun dan 'chainsaw' .
Majlis turut diserikan dengan pemberian duit saguhati dari MUIP pada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Selesai program seorang budak secara 'gentle'  telah berjumpa sendiri  dengan YDH Dato' Sri TYDP Muip, memaklumkan yang dia belum menerima duit sumbangan tersebut.
Walaupun negara telah lama merdeka, masih ramai orang asli yang belum beragama Islam. Antara cabarannya ialah pendakyah kristian yang dilihat lebih bersungguh. Ada yang sanggup tinggal di kampung dan berkahwin dengan orang asli. Dana kewangan mereka juga besar.
Maka, kita jangan hanya cukup mengharapkan agensi kerajaan seperti MUIP, JAIP, PAID, JAKIM sahaja.
Badan-badan bukan kerajaan di samping pelajar IPT sangat digalakkan terjun ke medan.
Pandangan saya untuk pelajar IPT, daripada berhabis ribuan ringgit untuk program-program pelajar di luar negara lebih baik tumpu ke tempat sendiri seperti di perkampungan orang asli dan kampung yang agak pedalaman. Program pula perlu dilakukan bersiri, bukan hanya sekadar sekali pergi sahaja.
Ketika saya menghadiri program seminar Ulama Pahang anjuran MUIP pada tahun 2016. Antara pembentangnya ialah Maulana Johari bin Ali, Mudir Madrasah Darul Uloom, Sungai Salan Jerantut. Beliau menyebut berapa ramai yang sanggup berdakwah ke pedalaman. Mereka sangat dahagakan ilmu dan sentiasa menanti kehadiran kita.
Projek madrasah Darul Uloom, menjelang Ramadan, para pelajar diagih-agihkan ke kampung-kampung orang Asli. Mereka siap  dibekalkan dengan bahan makanan seperti beras.
Mereka akan menjadi imam terawih dan mengimarahkan surau di perkampungan orang Asli.
Bukan seperti kebanyakan maahad tahfiz yang hanya mensasarkan masjid dan surau elit sahaja.
Ayuh! Kita posisikan diri di medan dakwah. Jangan terus selesa dan terpedaya dengan kehidupan harian kita.

Channel - https://t.me/AzraiePermai

https://twitter.com/AzraiePermai

https://www.facebook.com/azraie.permai








#PermaiMenulis #syahadah #dakwah #medan

Tuesday, September 18, 2018

Perpustakaan ii


Perpustakaan adalah merujuk kepada tempat yang menyediakan bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar. Di samping bahan bacaan secara digital dan kemudahan internet.
Sebelum era gajet dan internet, berkunjung ke perpustakaan menjadi pilihan untuk tempat mengisi masa lapang. Bukan hanya para pelajar, tetapi golongan dewasa juga tidak terkecuali mengunjungi perpustakaan.
Servis perkhidmatan perpustakaan yang sangat digemari ialah membenarkan pengunjung meminjam buku untuk dibawa pulang dalam tempoh yang tertentu. Kalau kita nak selalu membeli buku, mungkin ada kekangan dari segi kewangan yang terbatas.
Saya masih ingat, ketika di peringkat pra sekolah, saya sering mengikuti ayah ke perpustakaan desa di Kerdau. Ketika itu perpustakaan desa sering berpindah randah, saya tidak pasti sebab apa. Mungkin menunggu bangunan sendiri siap dibina.
Ketika di peringkat menengah, banyak kali saya mengunjungi perpustakaan daerah Temerloh, walaupun bukanlah seorang pengunjung yang tegar. Biasanya saya membaca akhbar dan majalah. Kadang-kala bersama rakan membuat kerja kursus Geografi.
Ketika menuntut di Maahad Tahfiz Kuantan, Saya pernah beberapa kali berjalan kaki dari  Bukit Ubi (berhadapan dengan Stadium Darul Makmur) ke perpustakaan awam negeri.
Kali pertama berkunjung ke perpustakaan awam negeri, saya agak terkejut melihat suasana perpustakaan tersebut. Seperti perpustakaan desa sahaja, dengan bangunan kayunya yang telah usang. Buku-buku lama yang tidak dijilid dengan baik.
Sekarang, Perpustakaan Awam Negeri Pahang telah berwajah baru. Dengan bangunan yang tersergam megah di Tanah Putih Kuantan. Saya belum berpeluang berkunjung ke sana. Insya-Allah saya akan cuba untuk melawat ke sana di masa mendatang.

Sebenarnya perpustakaan sangat dekat di hati saya. Boleh dikatakan kami mempunyai perpustakaan di rumah. Ayah pernah menyertai bengkel membuat perpustakaan keluarga. Bahkan pernah menyertai pertandingan antara perpustakaan keluarga daerah Temerloh.  


 Sijil penyertaan menyertai Bengkel Perpustakaan Keluarga


Almari buku memenuhi rumah kami di Taman Temerloh Jaya, 
Gambar dalam tahun 2003-2004.



 Kunjungan Al-fadhil Dr Zahazan Muhammad ke rumah selepas menyampaikan ceramah di Masjid Taman Temerloh Jaya. Ketika itu ayah saya ditaklifkan sebagai Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya. (Gambar tahun 2011)



Wajah terkini, perpustakaan tinggalan ayah di Kerdau

Insya-Allah saya akan lanjutkan tulisan ini (perpustakaan ii) dengan siri yang seterusnya (perpustakaan iii) di ruang yang lain pula.

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis #Perpustakaan #buku #ilmu #cinta #hobi #baca