Monday, October 29, 2018

Kopiah Bukit Mertajam yang unik

Rasanya kalau sebut kopiah atau pun ketayap, masyarakat tradisi di tempat kita sudah maklum. Tidak pasti pula generasi muda gen xy sekarang.
Ada banyak jenis kopiah di pasaran.  Kadangkala masyarakat boleh mengenal identiti orang hanya dengan melihat jenis kopiah yang dipakainya.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin memperkenalkan sejenis kopiah.
Orang-orang yang kenal  dan memakainya menggelar Kopiah Haji Derih atau pun kopiah Bukit Mertajam.
Saya mula kenal dan memakai kopiah Bukit Mertajam bila rakan sebilik saya, Ustaz Mat Chat yang tinggal di Pulau Pinang, membawa beberapa puluh buah kopiah tersebut untuk dijual di Mesir.

Baru-baru ini, saya bersua dengan seorang pakcik yang telah berusia 62 tahun. Katanya, baru inilah dia kenal akan kopiah jenama ini. Itu pun ketika beliau yang telah selesai mengikuti kelas pengajian ILHAM di KUIZM akan berkonvokesyen. Pihak urusetia meminta supaya pelajar ILHAM yang akan konvo memakai kopiah Ustaz Fadhil.
Siapa Ustaz Fadhil ?
Rupanya Almarhum Ustaz Fadhil Nor gemar memakai kopiah Bukit Mertajam, sehingga kopiah tersebut diberi julukan dengan nama kopiah Ustaz Fadhil.
Antara tokoh lain yang kerap memakai kopiah ini ialah Almarhum Dr. Harun Din, Dr Zulkifli al-Bakri dan Dr Khairuddin At-Takiri.
Rupanya bukan calang orang yang gemar memakai kopiah Hj Derih.

Uniknya, kopiah ini sukar untuk didapati di pasaran. Kalau ada dijual oleh ejennya dengan bilangan yang terhad. Kena tempah dan buat pesanan kepada pengeluarnya iaitu Hj Abd Fatah bin Hj Mohd Idris.
Pengeluar produk biasanya akan mempromosi habis-habisan produk mereka. Tetapi hal ini seperti tidak berlaku dalam dunia kopiah Bukit Mertajam. Jika anda membeli kopiah tersebut, pada plastik pembungkus kopiah tiada alamat penuh, tiada nombor telefon mahu pun emel pengeluar.
Mungkin ini menyebabkan nilai dan status Kopiah Bukit Mertajam berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Antara Koleksi Kopiah Bukit Mertajam saya, Kopiah putih jenis biasa.


Harganya tentu berbeza dengan lambakan kopiah lain di pasaran. Kopiah putih biasa RM 120, Kopiah berbaldu RM200-250 untuk sebuah kopiah.

Kasut di kaki biasa harga beratus, inikan pula kopiah di kepala. Kan…
Kata orang “Siapa dah pakai kopiah Bukit Mertajam, tak cari dah kopiah jenama lain”.
Siapa ada kopiah Bukit Mertajam ?



#PermaiMenulis #kopiah #hjderih #bukitmertajam 







Monday, October 22, 2018

Beli sahaja Kereta murah


Kancil putih yang baru dibeli Bilal Johne

Sahabat saya Bilal Johne telah membeli sebuah kereta Kancil terpakai dengan harga 3800.00.
Bagi saya berbaloi jika nak dibandingkan dengan membeli sebuah motor LC baru yang harga mencecah 6 ribu ke atas.

Pergi kuliah di Surau Taman Permai menaiki kereta Kancil

Adik saya becerita, kawannya pakai Iphone 7, ketika "nego" nak jual, ada hamba Allah yang tawarkan tukar Iphone 7 dengan kereta Proton Satria miliknya.

Sebenarnya, dengan modal yang rendah, kita masih boleh memiliki kereta.
Dewasa ini di negara kita, mempunyai kenderaan sendiri sudah merupakan suatu keperluan.
Kerana pengangkutan awam di negara kita semakin berkurangan servisnya. Tidak dinafikan muncul Grab Car di bandar-bandar. Tetapi masih tidak menyeluruh.
Kalau dulu, banyak bas dan kereta api "angkut-angkut" . Sekarang sudah tiada. Terdapat banyak kampung yang dahulunya ada bas masuk, kereta api berhenti, kini sudah lagi tiada akses dengan kenderaan awam.

Memang kereta baru yang semakin moden sentiasa berlumba keluar di pasaran. Namun bukan semua golongan yang mampu. Golongan "bawahan" hanya mampu melihat iklannya sahaja.

Penyelesaiannya mudah sahaja. Turunkan harga kereta dan banyakkan kemudahan pengangkutan awam.

Selagi harga kereta mahal dan pegangkutan awam yang terbatas, kita sebagai rakyat beli sahaja kereta terpakai yang murah-murah. Nak selesa celah mana sangatlah, asalkan sampai. Memadai ada aircond pun dah ok.


#PermaiMenulis #kereta #kenderaan #mahal #usecar