Sunday, June 30, 2019

Tahlil kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang

Majlis Tahlil malam ke-40 Kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Masjid Sultan Mahmud, Terima kasih pada semua. 




#imamkecil #masjiddaerah #jaip

Friday, June 28, 2019

Jamuan Raya Penjawat Awam Lipis 2019

Hari ini jamuan raya penjawat awam daerah Lipis di perkarangan Pejabat Daerah Lipis. Macam-macam menu ada, Gerai Pejabat Agama dan Muip Lipis sediakan kek moist. Sekejap je dah habis.
Program gabungan sebegini dapat menjimatkan kos. Setiap pejabat sediakan satu menu sahaja.
Suasana pun lebih meriah, dengan pengunjung yang bertali arus.  Lebih meriah YAB Dato' Sri Menteri Besar Pahang turut sama hadir.






Cuma yang tak besnya, sehari ni sahajalah jamuan raya pejabat-pejabat. Kalau buat sendiri-sendiri, hampir setiap hari ada jamuan raya.
Macam-macam.
Dalam menikmati jamuan raya, jangan lupa madrasah Ramadan yang baru dilalui. Berjaya atau tidak didikan Ramadan dapat dilihat pada masa selepas Ramadan.
#PermaiMenulis #syawal #raya #jamuanraya #paid #lipis

Wednesday, June 26, 2019

Cakap Bahasa Melayu Lama



"Saya suka cakap bahasa lama."  Kata Prof Emeritus Dato' Dr Amir Awang dari UniSHAMS.
Selaku orang baru, saya rasa ada baiknya orang sekarang mendengar orang lama bertutur. Gaya bahasa yang lebih asli berbanding cakap-cakap sekarang yang penuh dengan rojak. 
Cikgu bahasa melayu pun boleh jadi pening nak mengajar pelajar sekarang. 

#PermaiMenulis #bahasamelayu #kuipsas

Tuesday, June 25, 2019

Jadi Naqib Usrah bersama Orang Asal


Bersama Ustaz Nizam, imam masjid negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Beliau merupakan alumni Bacth 1 Kuipsas (dahulunya KIP kemudiannya Kipsas). 
Kami di program Simposium Kaunseling Syarie peringkat negeri Pahang di Kuipsas.
Semasa saya belajar di Maahad Tahfiz, Ustaz Nizam bertugas sebagai tenaga pengajar di PETAMA (Pusat Tamadun Masyarakat Orang Asli) yang bersebelahan dengan Maahad.
Kami pelajar Maahad menjadi naqib usrah kepada pelajar Petama. 
#Kuipsas #jaip #imam #kaunseling #syarie #PermaiMenulis 

Monday, June 24, 2019

Menara tempat terbang

Masjid biasanya mempunyai menara. Bukanlah suatu kemestian setiap masjid mesti ada menara tetapi kebiasaannya begitu. 
Peranan menara masjid selain daripada syiar dan tempat untuk bilal melaungkan azan pada zaman dahulu, dan sekarang di menara digantung corong pembesar suara. 
Rupanya Masjid dan Menara juga ada fungsi lain. 
Seperti tempat ujikaji "kapal terbang".

Abbas bin Firnas (Ibnu Firnas) membuat percubaan terbang dengan model pesawat terbangnya dari menara masjid Mezquita di Cordova, Andalus (Sepanyol) dalam tahun 875M.
Abbas bin Firnas meninggal dunia pada tahun 888M/ 260H

Al-Jauhari (meninggal tahun 1009M/ 400H) telah memanjat bumbung sebuah masjid lama di Naisabur dan membuat percubaan terbangnya. Namun beliau jatuh terhempas dan meninggal dunia.
Begitulah  sejarah tokoh ilmuan Islam zaman silam yang menggunakan menara masjid sebagai tempat operasi kajian mereka. Semiga Allah merahmati mereka.
#PermaiMenulis #kapalterbang #menara

Bahasa melayu yang hebat

Surau berasal dari bahasa sanskrit. Tidak pelik, kerana banyak lagi istilah dan perkataan dalam bahasa melayu berasal dari bahasa tersebut dan bahasa-bahasa yang lain seperti arab, inggeris, Belanda. Kemudiannya istilah dan perkataan yang dicedok dari bahasa lain tersebut dianggap sebagai bahasa melayu.

Bahasa melayu juga dikenali dengan bahasa jawi.
Jawi sinonim dengan tulisan jawi. Tulisan jawi yang  diubahsuai dari tulisan arab.

Bahasa melayu  pernah  menjadi bahasa "lingua franca". Menjadi bahasa rasmi kepada lebih 100 juta manusia di rantau alam melayu yang luas pada ketika itu.

Mari kita daulatkan bahasa kita. Jangan malu berbahasa melayu. Lihat sahaja pimpinan  negara seperti Turki, Cina, Jepun, Korea, Rusia yang kekal berbahasa ibunda mereka walaupun berada di persidangan antarabangsa.

Pimpinan negara yang tidak mahir atau kurang menggunakan bahasa melayu, tidak layak menjawat sebagai kepimpinan.

Soalnya sekarang..
Bahasa ibunda masih diremehkan. Contohnya
borang-borang perjanjian seperti pinjaman bank masih dalam bahasa inggeris. Walaupun staf bank orang melayu dan pelanggan juga orang melayu.
Filem dan drama melayu yang kerap menggunakan bahasa rojak. Bila watak orang kaya je guna bahasa rojak. Adakah itu dianggap suatu kemajuan?

Semua pihak perlu memainkan peranan. Jika hanya sekadar kempen dari dewan bahasa sahaja tidak memadai.
Sekian..

#PermaiMenulis #BahasaMelayu #ibunda

Tuesday, June 18, 2019

Kami akan menurut jejakmu ; Dr Morsi


Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian Dr Mohamed Morsi ke pangkuan Ilahi dalam usianya 67 tahun. Beliau rebah ketika dalam perbicaraan di mahkamah Kaherah.
Dr Morsi merupakan Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi pada tahun 2012 dan merupakan pemimpin Ikhwan Muslimun yang tidak disenangi oleh musuh Islam.
Pemerintahannya telah digulingkan oleh pihak tentera yang diketuai oleh Abdul Fattah el-Sisi pada tahun 2013. Sejak itu beliau terus mendekam di dalam penjara di bawah sistem kehakiman yang sangat zalim.
Beliau telah membuktikan seluruh hidupnya hanya untuk Islam. Kerana Islam beliau digulingkan. Kerana Islam beliau dipenjarakan, kerana Islam beliau mendapat musibah, diseksa, dinafikan rawatan kesihatan.
Firman Allah Taala :

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (al-Ahzab : 23)

Kata pepatah melayu “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Selamanya nama Dr Morsi akan sentiasa dikenang sebagai pejuang Islam yang istiqamah.  

Insya-Allah beliau kini telah berehat bersama dengan para pejuang yang lebih awal dipanggil mengadap Rabbul Izzati.

Bagaimana pula dengan kita ?
Adakah hanya sekadar kita merasa kagum dengan Dr Morsi. Sekadar kita merasa marah dengan regim Al-Sisi.
Sama-sama kita bermuhasabah.
Mari! Kita jadikan aura Dr Morsi sebagai peniup roh perjuangan kita yang semakin malap.
Semoga kita istiqamah.
Dr Morsi, Kami akan menurut jejak langkahmu.

Kami petik pesan akhir Sayyid Qutb :
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
dan, teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara !
Kematianku adalah suatu perjalanan,
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku,
burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara !
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendaptkan rindunya,

Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana fajar sedang memancar...


#PermaiMenulis #PermaiDiHati #PermaiCare #DrMorsi

Monday, June 17, 2019

Azan dalam Semerah Padi

Azan pertama dilaungkan dalam filem melayu dalam filem Semerah padi.
Semerah padi merupakan filem kedua arahan P. Ramlee pada tahun 1956.
Saya rasa generasi sekarang masih tak terlepas dengan karya P.Ramlee.

#PermaiMenulis #azan #semerahpadi

Sunday, June 16, 2019

HP yang jumud dan asobiyah

Jika 10 tahun lalu, zaman hp Nokia mendominasi.Tak perlu beria nak bawa pengesas ke hulu hilir. Kalau pergi ke mana-mana biasanya tumpang saje pengecas orang lain. Bukannya selalu juga nak kena cas,  habis bateri mau  beberapa hari juga. 

Bila zaman android, set-set hp android masih boleh lagi berkongsi pengecas. 

Tapi zaman semakin maju, jenama masing-masing gayanya mula bersikap 'asobiyah'. Sudah ada hp android yang tak boleh berkongsi pengecas. Hanya jenamanya sahaja. Iphone memang dari dulu lagi istiqamah jumud dan asobiyah.haha. 

Natijahnya, saya terpaksa memikul beg sandang yang sendat dengan pengecas-pengecas hp pelbagai bangsa. 

Mungkin, saya perlu pakai satu sahaja hp. Atau jika mahu dua atau tiga pun, dengan hp jenama dan siri yang sama. Ke gone ?




#PermaiMenulis #hp #jumud 

Friday, June 14, 2019

Makan free di Alif Maju Lipis



Kedai makan Alif Maju (mamak) buka cawangan baru bersebelahan Klinik Hijrah di Lipis. Hari ini start operasi. Kami jemaah masjid dijemput bersarapan percuma. Tapi hari ni jelah percuma. Esok-esok kenalah bayar.
Peringkat awal, kedai ini beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam. Nanti-nanti bila dah stabil baru buat 24 jam. Kata depa hari jumaat waktu solat jumaat depa akan tutup.
Saya suka kedai mamak sebabnya servis 24 jam. Menu mana-mana kedai mamak sama je. Kan..
Cuma isu yang perlu diberi perhatian ialah muslim ke tak. Bukan semua mamaknya beragama Islam. Ada juga yang mamak tipu-tipu. Di Alif Maju sebelah Shell ada sumber yang kata bukannya semua staf situ muslim, ada juga yang hindu.
Seterusnya ialah isu kebersihan.
Terpulang pada sahabat semua, sama ada nak makan si Mamak atau tidak. Jangan pergi kedai makan yang terang lagi bersuluh non muslim dah le. Contoh kedai Capati House Lipis atau Kedai makan daun pisang.
Yang ni bulan Ramadan buka macam biasa sahaja.
Pesan saya : pilih makanan yang Halalan Toyyiba.

#PermaiMenulis #makan #mamak

Thursday, June 13, 2019

Masjid Lama Taman Temerloh Jaya

Lama sangat tak bertandang ke masjid lama Taman Temerloh Jaya. 

Asalnya surau an-Najah tj, kemudian naik taraf. Dibina dengan derma orang ramai. 

Ayah pernah menjadi pengerusi Masjid (masjid lama dan baru)

Saya pula pernah menjadi imam terawih sepanjang Ramadan di masjid Tj, sewaktu baru pulang dari Mesir. 

NGO Permai juga pernah mengadakan program Kem untuk pelajar  di masjid lama dan baru.

Masjid DuniaKu. Duniaku adalah masjid.

Jom ke masjid.


#CatatanImamKecil 

#PermaiMenulis

Monday, June 10, 2019

Bunga

Sesak mata dengan pemandangan jalan raya yang jem. Kita jamu mata dengan bunga yang meredupkan mata.
Tangkap dengan Oppo F11 Pro je, lokasi di halaman SK Kampung Guai.

#PermaiMenulis #guai #oppo


Sunday, June 09, 2019

Ketat Skru

Skru yang longgar,
jika dibiarkan terus longgar,
akhirnya akan terlerai.
Ketatkan.

#PermaiMenulis

Thursday, June 06, 2019

Dah nama orang Malaysia


Malam tadi ketika di perjalanan, kelihatan sebuah kedai makan buka beroperasi seperti biasa. 
Sebab kedai makan yang lain tutup, memang penuh kedai tersebut. 
Jika ada sesiapa yang nak cari pendapatan lebih. Musim raya ni buka gerai berniaga, semasa pekedai makan lain tutup kita pulun. Jual nasi berlauk pun ok. 
Dah nama orang Malaysia, memang cari nasi juga akhirnya. Tengok berapa hari tahan makan lemang, ketupat dan rendang. Memang kentallah semangat raya kalau sampai seminggu makan lemang je.huhu. 
Student Malaysia yang belajar di oversea, "pedooh" je makan roti hari-hari.  Makan nasi berlaukkan lauk style Malaysia tu lah. Haha.

Salam raya
#PermaiMenulis #raya #syawal