Wednesday, October 23, 2019

Imam wibawa Cameron Highlands

Hari ini menjadi pengisi program Kursus Imam Wibawa daerah Cameron Highlands yang diadakan di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. 
Kami kongsikan beberapa panduan seperti bacaan dalam solat, pengurusan solat berasaskan pengalaman sahabat-sahabat dan diri sendiri. Kami di PERMAi juga mempunyai modul latihan khususnya buat golongan pelajar dan remaja. 

Menjadi imam yang  berkaliber perlulah melalui proses latihan. Namun jika hanya dilatih seperti dalam program Imam Muda Astro tetapi tidak terlibat secara langsung dengan dunia masjid tetap tidak sama. 
Ramai yang ada ilmu untuk diangkat menjadi imam. Tetapi bukan semua yang berminat. Akhirnya masjid dan surau mengalami masalah kekurangan imam dan bilal. 
Program turut disertakan dengan penerangan Koperasi Pegawai Masjid Negeri Pahang oleh pengerusi dan setiausaha koperasi, YH Dato' Khairul dan Ustaz Amin. 
Majlis penutup disempurnakan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Cameron Highlands, Ustaz Yusri Aman. 






#PermaiMenulis #GengPermai #ImamWibawa

Tuesday, October 22, 2019

Tingkatan 6 merupakan ‘marhalah’ terakhir di peringkat sekolah. Zaman dahulu peluang memasuki tingkatan 6 tak mudah seperti sekarang. Ibaratnya sebelah kaki telah memasuki Universiti. Bukannya ada lambakan pusat pengajian yang menawarkan di peringkat persijilan, diploma, asasi dan matrikulasi. 

Peperiksaan yang ditawarkan di peringkat tingkatan 6 adalah STPM dan STAM. Keduanya berstatus sijil tinggi yang setaraf dengan Diploma. 

Tingkatan 6 pula ada  6 rendah dan 6 atas. Saya tidak tahu sejarahnya, kenapa hanya sampai 6, tak letak 6 rendah ialah 6 sahaja dan 6 atas digantikan dengan tingkatan 7. Mungkin kerana 6 rendah sesi kelasnya bermula agak lewat. 

Sekarang aliran STPM telah menggunakan sistem Semester seperti amalan di IPT. Mungkin sesuai dengan perkembangan arus pendidikan semasa dan sebagai galakan para pelajar untuk memasuki tingkatan 6.

Aliran STAM pula telah disingkatkan kepada setahun sahaja. Tiada lagi tingkatan 6 rendah dan 6 atas. 
Bayangkan lepasan STAM hanya setahun, tetapi tarafnya sama dengan diploma yang memakan masa hampir 3 tahun.
Sebab itu STAM menjadi pilihan kebanyakan pelajar sebagai wasilah untuk memasuki ke peringkat menara gading.

Semalam bermulanya peperiksaan bertulis bagi calon STAM. Saya doakan supaya semua calon dapat menjawab dengan baik dan mendapat natijah yang terbaik.

Sedikit kisah,  saya bukanlah lepasan STAM. Semasa itu kelas masih lagi 2 tahun, SMAN Pahang belum lagi menjalankan kelas STAM setahun. Tingkatan 6 bagi pelajar SMAN hanya ada dua iaitu di Kulliah Pekan dan di SMA Al-Khairiah Temerloh. Kulliah mempunyai aliran  STAM dan STPM manakala di Al-Khairiah hanya STPM. Saya mendapat surat tawaran menyambung di Kulliah dalam aliran STPM. Tetapi pada hari pendaftaran dengan surat tawaran Kulliah saya mendaftar masuk tingkatan 6 di SMA Al-Khairiah.”huhu”

Saya hanya sempat menjadi pelajar tingkatan 6 rendah  beberapa bulan sahaja sebelum ‘berhenti sekolah’ kerana memasuki Maahad Tahfiz Masjid Negeri Pahang (sekarang Maahad Tahfiz Negeri Pahang MTNP).
Walaupun sekejap ‘transit’ di tingkatan 6 rendah namun pelbagai aktiviti dan program telah kami jayakan. Seperti program Rakan Budaya Belajar (RBB) yang menghimpunkan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah-sekolah menengah sekitar Temerloh seperti SMKT, Abs, Seri Bahagia.

Saya sertakan gambar kenangan semasa berada di tingkatan 6 rendah SMA Al-Khairiah. Mujur ambil gambar awal, kalau hujung tahun baru nak bergambar alamatnya tiadalah saya gambar kenangan. 
# Guru Kelas Cikgu Sofian kini telah tiada :( Meninggal dunia tahun 2018. Semoga Allah rahmati roh beliau. 



#PermaiMenulis #GengPermai #STAM #STPM #SMAN #TingkatanEnam #Sekolah

Friday, October 18, 2019

Baca buku bawa kita menjelajah



Sarapan sambil mendengar cik Wan yang baru semalam sampai Malaysia. Beliau pergi berjalan ke Balkan. Banyak negara yang dilaluinya seperti Turki, Bosnia.
Jauh berjalan luas pengalaman. Buat masa sekarang saya a mampu mendengar sahaja kisah-kisah perjalanan.
Ketika berkuliah ada yang bertanya "mesti ustaz dah banyak negara pergi" sebabnya banyak bercerita dalam kuliah.
Walhal Saya membaca buku-buku sahaja. Dengan buku-buku membawa saya menjelajah.
Jom kita banyakkan membaca.
Hari jumaat jangan lupa baca Kahfi.

#PermaiMenulis #GengPermai #travel #jalan #baca #buku #ilmu

Wednesday, October 16, 2019

Kelas mengaji umum



Sesi mengaji ini saya gelarkan sebagai kelas pra khusus, lebih kepada umum tapi tak lah umum macam kuliah maghrib. 
Ada yang suka mengaji style ni. Sorang baca yang lain pakat dengar ramai-ramai. 
Cuma isunya ialah setiap orang tak sama tahapnya. Nak buat asing -asing kelas macam kat sekolah tiada upaya, nak pula tak lah seramai mana pun. 

Apa pun semangat nak belajar mengaji perlu diteruskan. Jom join mengaji bersama kami team Permai : 
https://www.facebook.com/284900735452829/posts/453560665253501/

#PermaiMenulis #PermaiMengaji #GengPermai #kelas #ngaji

Friday, October 11, 2019

Meronda di RUmah Pahang di Mesir

Sebelum pukul 6 pagi kami telah meronda ke sekitar Rumah Pahang di Hayyu 'Asyir di Kaherah.
Kedai makan arab pun tak buka lagi. Tapi Nasi Kak Wook (student sini bisnes) pukul 6 pagi dah boleh makan.

#PermaiMenulis #GengPermai #Travel #Mesir #Bkmip #YayasanPahang #Cairo #JalanJalan #Pagi

https://youtu.be/gDCN262LK6A