Saturday, November 23, 2019

UPSR dah keluar, sekolah menengah mana?

Keputusan UPSR baru keluar. Tentu ada yang bergembira dan tak kurang ada juga yang bersedih. 
Peperiksaan terbesar bagi peringkat sekolah rendah, kan ? Tentu aura dan emosinya tak sama dengan peperiksaan awal dan akhir tahun. 
Pengalaman berharga bagi pelajar tahun 6 sebelum melangkah ke peringkat menengah. 
Saat keputusan keluar, bukan sahaja para pelajar yang cemas, tetapi para guru dan ibu bapa tidak terkecuali. 
Tahniah kepada adik-adik pelajar yang berjaya melalui fasa peperiksaan UPSR dengan jayanya.  Bagi yang tidak mendapat result seperti yang dicitakan, jangan putus asa dan lemah semangat. 
Sama-sama terus melangkah ke peringkat seterusnya dengan penuh semangat. 

Nak masuk sekolah menengah mana ? 
Itulah yang menjadi persoalan dan perbualan  di kalangan pelajar dan keluarga. 

Ada yang mensasarkan sekolah berasrama penuh seperti sekolah menengah sains, SBPI, MRSM dan lain-lain. 
Tidak kurang ada yang berminat untuk melanjutkan peringkat menengah ke aliran agama dan tahfiz seperti SMAN, SMKA, SABK, SMAR dan Maahad Tahfiz. 

Saya dahulu memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, sebuah sekolah menengah agama di bawah  Kerajaan Negeri  Pahang (SMAN) yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). 
Pada ketika itu, belum ada Maahad Tahfiz Negeri dan SABK. 

Kami telah menukilkan pengalaman bersekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di dalam buku yang berjudul Jejak Kaki Kami. Sebuah buku yang berbentuk penceritaan santai,  sangat sesuai dibaca oleh adik-adik pelajar dan para ibu bapa terutamanya mereka yang ingin lebih mengenali alam sekolah menengah agama. 
Boleh dan kena dapatkan buku Jejak Kaki Kami. Satu-satunya buku cerita yang berkisar selok belok 'dunia'  sekolah menengah agama di Pahang yang ditulis oleh saya sendiri bersama-sama dengan Puteri Ain Nasuha, Najihah, Intan Hidayah dan Fairuz Najhan.    







Rodong-rodong yang baru ambik result UPSR memang kena baca buku ni. 'Pm' untuk dapatkan buku Jejak Kaki Kami. 

#PermaiMenulis 
#GengPermai
#UPSR
#JejakKakiKami

Wednesday, November 20, 2019

Kelas mengaji terakhir 2019



Kelas mengaji al-Quran sesi petang yang terakhir untuk tahun 2019. Selepas ini cuti kerana saya akan terlibat dengan program-program pembangunan pelajar dan remaja sepanjang cuti sekolah. 

Waktu petang kebanyakan di kalangan kita mengisi  pelbagai aktiviti yang bersifat "outdoor". 
Ada yang mengisinya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian. Ada yang beriadah, bersukan, memancing, shoping dan pelbagai lagi. 
Tidak salah aktiviti apa pun selagi tidak bercanggah dengan syariat. 
Cuma, jangan sampai kerana beria buat aktiviti outdoor sehinggakan waktu maghrib tidak diberi perhatian. Inikan pula waktu solat masuk awal. 
Semalam 5-10 minit lagi waktu maghrib nak masuk, saya lalu di hadapan SKWI, kelihatan kaum wanita masih rancak berzumba. Pelik juga ibu bapa atau suami mereka tak kisah ke?
Kalau saya yang jadi Guru Besar di situ, lama dah 'halau' kerah semua balik rumah masing-masing. 
Tak pasal pentadbir sekolah dapat saham sekali nanti. 
Kita masih ingat lagi, orang-orang tua dulu pesan suruh balik rumah sebelum senja. Balik rumah mandi dan bersiap untuk solat maghrib dan makan malam. Budak-budak akan berjalan kaki bersama-sama ke rumah tok guru untuk belajar mengaji. Adakah budaya itu semakin pupus menjelang tahun wawasan 2020. 

Jom baiki amal dan iman.

#PermaiMenulis #GengPermai #Mengaji #maghrib #solat #cuti #sekolah

Tuesday, November 19, 2019

Buku Rekod Sar Kafa Masjid 2019

Penyerahan buku Rekod Sar Kafa Masjid. Ruang dan kesempatan para guru berkongsi dan update bersama para ibu bapa penjaga.
Siapa pernah ada pengalaman sorok buku rekod dari mak ayah, pastu tiru tanda tangan.

https://youtu.be/_EYjNcnOCQc

#Kafa #bukurekodprestasi #masjid #PermaiMenulis #GengPermai

Friday, November 15, 2019

Belajar dan mengajar

Belajar dan mengajar kena berterusan. 
Ada yang nak belajar, 
Tapi tak nak mengajar, 
Katanya tak cukup ilmu, 
Akhirnya ilmu hanya untuk kepuasan diri.

Ada pula yang sibuk mengajar, 
Sampai tiada masa untuk upgrade diri,
Akhirnya jadi jumud  tak up to date.

*gambar di Kechau 8.




#
PermaiMenulis #GengPermai #Uptodate #Upgrade

Saturday, November 09, 2019

Jom duduk rapat

Para sahabat nabi duduk rapat-rapat di dalam masjid. Beza dengan kita, duduk lompong sana sini,  ramai yang mencari tiang dan  dinding.

Jom cinta Rasul dan sunnah.

#PermaiMenulis #GengPermai #sahabat #sunnah #cintarasul

Tuesday, November 05, 2019

Abdullah Azzubair dan Nu'man bin Basyir

Bayi pertama dari kaum muhajirin yang lahir di Madinah adalah Abdullah bin Az Zubair. Bayi pertama dari kaum Ansar adalah Nu'man bin Basyir. Ketika itu Rasulullah SAW berusia 54 tahun.

#PermaiMenulis #GengPermai #Info #SejarahIslam #Sahabat #Cinta #Rasulullah

UMMU Haram binti Milhan R.A

Ummu Haram binti Milhan R.A merupakan sahabiah pertama di kalangan muslimat yang menyertai peperangan menggunakan kapal laut pada zaman pemerintahan Khalifah Usman bin Affan R.A. Beliau akhirnya syahid pada tahun 27H dan dikebumikan di pinggir pantai  kepulauan Qubrus (Cyprus)
Makam beliau sekarang dikenal dengan Hala Sultan Tekke.

#PermaiMenulis #GengPermai #InfoSejarah #Pertama #SejarahIslam