Thursday, January 30, 2020

Buku percuma yang perpustakaan lupuskan

Hari ini mengambil buku yang perpustakaan daerah Lipis lupuskan.
Buku-buku 'legen' yang sebahagiannya sudah tiada di pasaran.
Kami ambil buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Abul 'ala Maududi, Sayyid Qutb, Abu Nasih Ulwan dll.
Tentu kami tak lepaskan peluang mengambil Majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Komik Kawan, Kuntum, Al-Islam edisi 90an yang telah dijilidkan dengan kulit yang tebal.
Begitu juga novel-novel terbitan Dewan Bahasa Pustaka yang dikarang oleh sasterawan.

Sayang kalau buku-buku lama dibuang begitu sahaja. Buku-buku lama sebenarnya sangat bernilai. Namun menurut "Bos" Perpustakaan Daerah, apakan daya bila buku baru sampai buku lama akan dilupuskan. Dari dibuang begitu sahaja, lebih baik diberikan kepada sesiapa yang berminat termasuk perpustakaan sekolah-sekolah.

Kami berhasrat untuk membangunkan mini perpustakaan di SAR KAFA Masjid.
Kalau ada sesiapa yang ingin menyumbang dan menghadiahkan buku kami alukan.
Tetapi kalau buku teks sekolah yang lepas-lepas, kami tak nak.huhu.
#PermaiMenulis #GengPermai #Perpustakaan #buku #baca #warungbuku

https://youtu.be/s5k2Tcleq3w

Tuesday, January 28, 2020

Temuduga Guru Kafa

Hari ini menjadi panel temuduga guru Kafa daerah Lipis dan Cameron Highland.
Ramai calonnya, ada yang baru sahaja menerima keputusan STAM, ada yang menunggu keputusan STP, tak kurang ramai juga yang telah bergraduasi dari IPT.
Kebiasaan, mereka yang hadir temuduga 'studi' maut pada malam harinya. Tetapi ada juga yang tidak membuat sebarang persediaan.
Bukan sahaja calon temuduga yang hadir, tetapi ada yang ibu bapa dan keluarga turut sama hadir memeriahkan dan memenuhi ruang Pejabat Agama Islam Daerah untuk memberi sokongan moral kepada calon.
Nak lihat anak mereka dapat kerja. Sebab sekarang bukannya mudah untuk dapat perkerjaan.
Namun untuk dan mereka yang menjadi Guru KAFA jangan ambil mudah.
Kena kuasai dan 'upgrade' ilmu agama terutama al-Quran, bahasa Arab dan tulisan jawi. Jangan ibarat ketam mengajar anak berjalan. Akhirnya sesat anak murid.
Alhamdulillah Saya bersua dan menjadi panel di bawah seliaan Dr Saliturrahim Alias, penolong pengarah Bahagian Pendidikan JAIP. Beliau merupakan guru saya yang mengajar mata pelajaran Sejarah semasa saya bersekolah di SMA Al-Khairiah 22 tahun yang lepas. Sekarang sama-sama berada di bawah bumbung JAIP.

#PermaiMenulis #GengPermai #kafa #jaip #guru #temuduga


https://youtu.be/EPWhRM3tt1E

Monday, January 27, 2020

Taman Bahagia dan perjuangan Dr Burhanuddin al-Helmi

Bahagia merujuk kepada suasana yang tenang, aman, gembira dan menyeronokkan. Namun bahagia merupakan perkara subjektif.
Mungkin di sisi kita itulah suatu kebahagian, namun pada pandangan orang lain tidak.

Ada taman perumahan dan kampung dinamakan dengan nama Bahagia. Seperti Taman Bahagia di bandar Temerloh. Adakah penduduk di situ semuanya bahagia.huhu.

Tahukah ?
Pada pertengahan tahun 1930an Dr Burhanuddin al-Helmi pernah menerbitkan sebuah akhbar yang dinamakan Taman Bahagia.
Walaupun bahagia yang dicari namun pihak British menganggap penerbitan ini merbahaya dan akhirnya Dr Burhanuddin ditangkap dan ditahan selama 6 bulan dengan tuduhan menyebarkan dakyah kerana beliau menulis mengenai nasib Orang Palestin dan tindakan British terhadap Palestin.
Selepas peristiwa tersebut, Dr Burhanuddin tidak pernah berhenti dari meneruskan agenda perjuangannya sehinggalah ditangkap buat kali terakhir pada tahun 1965.
Beliau dibebaskan pada tahun 1969 apabila kesihatannya semakin teruk. Pembebasan ini tidak membawa apa-apa makna baginya dan pada 10 Oktober 1969 Dr Burhanuddin al-Helmi meninggal dunia.

Jom mencari bahagia yang hakiki.

#PermaiMenulis #GengPermai #bahagia

Sunday, January 26, 2020

Makan buah Zaitun yang berkhasiat

Makanlah makanan yang berkhasiat.
Ada yang berkhasiat tapi kurang sedap dengan tekak kita. Contohnya buah/minyak zaitun.
Semasa kami berada di Madinah pada tahun 2006 dengan rombongan PMRAM. Kami berjiran dengan pemuda-pemuda dari Syria. Mereka lebih awal pulang dari kami, sebelum pulang mereka memberi kami berbotol-botol jeruk buah zaitun. Huhu.
Ketika menetap di Syari' Khulusi, Abu Mehdi sering membeli burger di hujung jalan. Biasanya akan dapat sekali bungkusan jeruk buah zaitun dan lobak putih.
Sekarang, minyak zaitun dan jeruk buah zaitun banyak dijual. Kalau dapat cari minyak zaitun yang baladi (orang kampung buat) lagi power.
Jom makan buah Zaitun.

#PermaiMenulis #GengPermai #zaitun #khasiat

Sunday, January 12, 2020

Membina Manusia

Dalam "membina" manusia. Perlunya kepada penaziran dan pemantauan. Walaupun sekarang mereka tidak suka. Tetapi insya-Allah di masa akan datang mereka akan menyedarinya, mereka di masa akan datang menjadi seseorang adalah kerana dibina pada masa sekarang. Tiada orang yang kebetulan atau tiba-tiba terus menjadi hebat.

#PermaiMenulis #GengPermai #bina

Friday, January 10, 2020

Sedekah hari jumaat di masjid


Selalu hari jumaat ada mereka-mereka yang menghantar makanan seperti nasi berlauk, pulut kuning, buah-buah ke Masjid Sultan Mahmud.

Semoga mereka semua diberkati. Insya-Allah besarnya ganjaran mereka yang memberi makan dan infak.
Jom sama-sama kita melazimi budaya terpuji ini.

#PermaiMenulis #GengPermai #jumaat #infaq

Thursday, January 09, 2020

Syair Tajwid Imam Yaakob (Temerloh)


Syair Tajwid

Syair Tajwid ini dikatakan disusun oleh Imam Yaakob, dari Kampung Sanggang Seberang Temerloh, tahun  1920.


1. Sejarah Rawi

001 
Qurak’ Sabaah hamba kabarkan
Rawi dan Rumuz hamba suratkan
Supaya terang yang mendengarkan
Menjadi tahu yang dibacakan

002 
Nafik itu Qalun rawinya
Dengan Waras jua adanya
Di Madinah tempat negerinya
Menjadi imam segala kaumnya

003 
Ibn Kathir rawinya Bazi
Dengan Qunbul rumuznya  “Zai”
Banyak salahnya Qunbul dan Bazi
Rumuznya “Ha” Imam Bazi

004 
Abu Amir rawinya Duri
Keduanya itu Imam Susi
Di negeri Basri menjadi Qari
Banyak Idghamnya Imam Susi

005 
Ibn Amir rawinya Hisham
Ibn Zakuan di negeri Syam
Kepada Quraan terlalu faham
Adapun Hisham rumuznya “Lam”

006 
Asim rawinya  Syukbah
Dengan Hafaz imam yang bahr
Di negeri Kufah telah mengajar
Bacaan halus laksana sukar

007 
Hamzah rawinya Halaf imam
Dengan Halad bacaan Ismam
Di negeri Kufah menjadi Imam
Bacaan fasih sembahyang tamam

008 
Al Kasai rawinya Abu al Haris
Dengan al Duri Imam al Hawas
Kepada Quraan tiada ber............
Di negeri akhirat mendapat belas


2.Hukum Lima

009 
Telah sempurna hamba berperi
Sekalian imam ahli Qari
Huruf Tajwid pula diberi
Di dalam kitab hamba keluari

010 
Izhar Khafiah hurufnya enam
Baik diketahui supaya kiram
Tuan jangan tinggalkan diam
Baik belajar siang dan malam

011 
Alif dan Ha, Ain dan Ghain
Kha,Kha’ tiada lain
Itulah adanya yang sudah yakin
Idhgam Maal Ghunnah hurufnya lain


012 
Idhgam Maal Ghunnah hurufnya empat
Jika Nun Sakin bertemu dekat
Atau tanwin itu mendapat
Baik-baik supaya ingat

013 
Yaa’ dan Wau hurufnya itu
Min dan Nun yang sudah tentu
Ingat-ingat engkau di situ
Jangan tersalah barang suatu


Idhgam bil la Ghunnah hurufnya dua
Ingatlah jua di dalam fatwa
Jikalau nun sakin bertemu dia
Atau tanwin tempatnya jua

015 
Ra’ dan Lam huruf Bil la Ghunnah
Itulah dia jangan tersalah
Tiada lain hanya itulah
Nun Sakin dan Tanwin jika berjumpalah

016 
Lima belas huruf Ikhfa
Salah satu nya janganlah lupa
Dengan tanwin jika berjumpa
Nun yang sakin itu serupa

017 
Zai dan Jim,Tsa dan Tha
Dal dan Zal,Sim pun serta
Syim dan Shad,Dhad dikata
Tha’ dan Dzha.Pa,Kaf dan Qaf serta

018 
Adapun Iqlab hurufnya Satu
Iaitu Ba yang sudah tentu
Nun sakin dan tanwin bertemu itu
Bacaan Iqlab jika begitu

3.Bab Bacaan Mad

019 
Mad Tabii tiga tandanya
Wau dan Alif serta Ya’ nya
Yang didepan wau tandanya
Baris di bawah Ya’ tandanya

020 
Alif tanda baris di atas
Ketiga itu semuanya luas
Panjangnya itu kira senafas
Jika dilebihkan menjadi tewas

021 
Mad wajib tandanya jika ada
Mad Tabii bertemu hamzah
Panjang nya itu yang telah sudah
Tiga Alif Imam ahli Kufah

022 
Mad Lazim Musalqal
Tiga alif berat panjangnya tuan
Mad lazim muhafaf tiga alif panjangnya ringan

023 
Mad Badal hamba berperi
Jika alif baris berdiri
Satu alif panjangnya engkau beri
Itulah fatwa ahli qari

024 
Huruf Qalqalah lima adanya
Baik-baik pengenalan akan hurufnya
Jangan tersebut pada lainnya
Qtubjad itulah nizamnya

025 
Jangan diqasarkan Mad Takzim
Tiga alif yang sudah lazim
Jika diqasarkan menjadi zalim
Ingat sekalian ikhwan yang salim

026 
Mad Aridh itu tiga wajahnya
Tiga alif atau dua satu qasarnya
Mana suka baca salah satunya
Jika wasal Mad Tabii jadinya

027 
Satu Mad Sakin sendirinya
Itupun Mad Lazim jua namanya
Tiga alif tetap panjangnya
Alim Lam Ra itulah firmannya

028 
Alif itu sekadar menyatakan
Huruf tiada di madkan
Lam dan Min yang dilazimkan
Kitabnya jua yang menyatakan

029 
Alif dan Ra yang mukhalif
Ra itu satu alif
Pertolongan Allah yang amat Latif
Mengurangi ia hamba mulia dan daif

030 
Dengarkan olehmu sekalian awam
Kaf Ha Ya Ain Shad pada surah Maryam
Kaf Ain Shad samakan dengan Lam
Ha,Ya dan Ra satu Alif tamam


4.Lanjutan Idgham
031 
Idgham bil Ghunnah Mutanajisain itu
Manakala mim mati bertemu dgn min tentu
Jika mim mati bertemu dengan ba’ itu
Jaza ul Ikhfa wa Izharuha tentu

032 
Idgham Mislain dikhabarkannya itu
Huruf sakin bertemu seumpamanya
Itu dinamakan idgham Mislain adanya
Ingatlah jua akan bacaannya

033 
Idgham mutaqaribain namanya tentu
Tha bertemu dengan tho itu
Dal sakin bertemu tha begitu
Mutaqaribain namanya tertentu

034 
Idgham itu mertabatnya dua
Baiklah tuan mendengarkan petua
Idgham naqis namanya jua
Idgham kamil itu keduanya

035 
Jikalau tuan hendak mengerti
Naqis dan kamil yang dihati-hati
Baik dipelajari kepada yang mengerti
Ilmu qari engkau tuntuti

036 
Idgham kamil dua hurufnya
Segala qari mengatakanya
Ra dan Lam itulah dianya
Jangan bertukar kepada yang lainnya


037 
Idgham naqis hurufnya empat
Ingatlah saudara segala sahabat
Jikalau kurang akan pendapat
Membaca quraan menjadi ralat

038 
Mim dan wau hurufnya itu
Nun dan Ya yang sudah tentu
Itulah jumlah yang empat itu
Membaca quraan jangan tak tentu

039 
Mad Ziyadah diberi pasti
Sebelum Ha dhamir huruf yang mati
Itulah ziadah namanya pasti
baik dikenal serta dihati-hati

040 
waqaf bilal jangan dipanjangkan
satu alif jua panjangnya tuan
Kitabnya jua yang mengatakan
Baiklah tuan cuba ingatkan

041 
Wajibul gunnah yang amat sulit
Hurufnya dua jangan taklik
Mim dan Nun ma’a tasdid
Baca oleh mu ghunnah sedikit

042 
Ghunnah itu empat mertabatnya
Salah satu daripadanya
Mutaharrik itulah pertamanya
Kedua Azhar itu jua adanya

043 
Ketiga Ghunnah “Tuhfu” itu
Keempat ghunnah  “mislu” ditentu
Baik-baik jaga disitu
Jangan tersalah yang empat itu

044 
Tak boleh dipanjangkan ghunnah itu
Bukanya Mad sudahlah tentu
Jikalau panjang menjadi tulah itu
Keluar hurufnya salah Satu

045 
Baris kasrah keluar  “ Ya” nya
Baris Fatah keluar  “alif”  nya
Baris Dammah keluar  “Waw”  nya
Ketika itu menjadi salahnya

046 
Baru ini zaman sekarang
Membaca ghunnah terlebihnya terang
Di dalam “Ittihaf” nyata sekarang
Jangan disangka sebarang-barang

047 
Bukan seperti zaman dahulu
Membaca ghunnah panjang terlalu
Sebab asalnya tiada berguru
Membaca ghunnah salah selalu

048 
Jikalau tuan kurang percaya
Di dalam “ittihaf” adalah dia
Dabit dan Mantuk ada sedia
Baca olehmu pada yang mulia

Mahraj Huruf
049 
Huruf Musaddad hamba nyatakan
Semuanya itu adalah lapan
Salah satu yang demikian
Kitabnya jua yang menyatakan

050 
Alif dan Jim, Dal dan Qaf
Tho dan Ba, Tha dan kaf
Supaya tertil membaca mashaf
Telah menyebutkan di dalam “Ittihaf”

051 
Huruf Safawi diberi tentu
Semuanya itu ada dua puluh tujuh
Jika mim sakin bertemu itu
Izhar safawi namanya tentu

052 
Tafhimnya Ra hamba nyatakan
Jika fathah  atau di depan
Itulah tebal tuan bacakan
Baris kasrah dinipiskan

053 
Baik dituntut jangan tersalah
Ra yang sakin baris dibawah
Sebelum huruf Istikla
Tebalkan bacaan seolah-olah

054 
Inilah huruf istikla yang tujuh
Kha dan sad,dhad,ghain tentu
Tho dan qaf,dzha tamatnya itu
Jangan lah lengah kita disitu

055 
Huruf Hijaiyaah dua puluh lapan
Baik diketahui sekalian ikhwan
Jikalau kurang ingatan
Terlalu susah membaca quraan

056 
Dua puluh lapan huruf Hijaiyaah
Berbagi dua satu Syamsiyyah
Yang sebahagian itulah Qamariah
Telah tersebut di dalam Jauziyyah

057 
Jika Fatihah mu tiada betul
Sembahyang mu rosak menjadi batal
Masuk neraka terlalu sakal
Akhirnya engkau menjadi menyesal

058 
Baik-baik tuan mengajar tajwid
Kepada qari, qarib dan baid
Kerana itu yang amat sulit
Tiada boleh faham Kitab Tajwid

Sumber : Ustaz Zainal Hasan (SejarahIslamPahang.Blogspot.my)