Saturday, June 20, 2020

Solat jumaat yang berharga di musim pkpp

Buat masa ini hendak menunaikan Solat jumaat tak boleh pergi redah 'walk in' sahaja. Setiap masjid ada sistem untuk kehadiran ke masjid.
Jangan buat tak tahu atau tak cakna.
Sop, kaedah, guna sistem apa rasanya dah viral di media sosial.
Tak perlulah berceramah pula pada pegawai masjid menyatakan tak bersetuju itu ini, atau marah ke pihak pengurusan masjid dan berkuasa agama.
YB Menteri Agama pun dah berbunyi mengenai sambutan kehadiran berjemaah di masjid kurang memberansangkan.
Biasalah masa ada sekatan dan had sekian-sekian di masjid, Jabatan netizen komen power-power. Dah buka tak pergi juga.

Kembali kepada cerita solat jumaat, ada juga yang telah berjaya menempah kehadiran, tetapi tak hadir. Bukan seorang dua, tetapi ramai cecah puluhan juga. Mungkin sahaja gatal tangan nak mengisi permohonan supaya orang lain yang betul-betul nak pergi tersekat.
Ramai yang beri pandangan supaya blacklist je. Amacam ?

Bagi yang telah berkesempatan solat jumaat fasa pkpb/pkpp Kami mencadangkan untuk bagi pula ruang pada yang belum pernah lagi. Jumaat semalam di masjid kami, 90% yang kali pertama solat jumaat dalam fasa pkpb/pkpp ini.

Musim ini, terserlahlah power pegawai masjid. Kalau sebelum ini ramai yang buat-buat tak perasan. Ruang parking kenderaan pegawai masjid pun kena sapu.

Jom mohon jadi pegawai masjid. Best apa setiap waktu boleh solat di Masjid.

#PermaiMenulis #ImamMasjid #MasjidDaerah #PenggerakMasjid #PemakmurMasjid #MasjidDiHati #GengPermai #solatjumaat

Keterangan gambar :



1. Simulasi solat zohor pegawai masjid-masjid kariah daerah Lipis yang dilakukan secara berfasa. Tak boleh sekaligus panggil semua, haru biru. Kalau depa dah haru biru agak-agak macam mana depa nak handle masjid kariah masing-masing nanti.



2.Barisan Urusetia solat jumaat Masjid Sultan Mahmud.

Tuesday, June 16, 2020

Buku Muqaddimah Aqidah Muslimin.



Siri baca tajuk buku
Buku Muqaddimah Aqidah Muslimin.
Penulis seorang tokoh yang tidak asing lagi bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia gerakan Islam.

Aqidah sangat penting. Rosak Aqidah rosaklah segala amalan yang lain. Isu yang lain ialah berlakunya pertembungan aliran mazhab Aqidah sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman umat Islam.
Saya sangat sarankan untuk miliki dan hadam buku ini.

Monday, June 15, 2020

Wednesday, June 10, 2020

Bila masjid nak buka ?

Bila masjid nak buka ?
Antara rungutan yang berlegar di kalangan netizen.
Kenapa tempat lain dah buka ?
Respon mudah saya selaku staf masjid, Staf di masjid kebiasaannya tak ramai. Melainkan masjid-masjid besar di peringkat negara mahupun negeri.
Bila tak ramai, persediaan untuk menjalankan operasi solat mengikut SOP walaupun nampak mudah tetapi agak teknikal dan cerewet.
Mungkin pihak berwajib dah boleh mempertimbangkan untuk membuka dan menambah lagi perjawatan di Masjid. Dapat juga membuka peluang pekerjaan pada orang-orang muslim kita.


*gambar kenangan semasa berziarah ke Masjid Sultan Hassan. Nak masuk masjid ini kena ada tiket. Tiada tiket tak boleh masuk. Lebih kurang samalah situasi dengan fasa PKPB-PKPP, nak solat di masjid kena bertempah, berjemput. Tiada tu semua, tiadalah rezeki untuk solat di masjid.
....Nantikan Vlog kami di Masjid Sultan Hassan.
#PermaiMenulis #GengPermai #Mtis #Akis #Istiqamah #Travel #Mesir #Egypt #Masjid #Imam #Solat #PKPP