Monday, November 30, 2020

MAE Maybank Dompet Digital



Akaun MAE boleh dibuka secara online tanpa perlu pergi ke bank. Tentunya tak perlu lenguh tangan menulis untuk mengisi borang. Walaupun kita tiada akaun Maybank tapi masih boleh buka akaun MAE.
Jom cuba biasakan norma baru. Berbelanja menggunakan E-Wallet tanpa wang tunai di tangan. Hanya bawa henpon. Siapa nak buat akaun MAE, meh guna kod refferal ana : abm110617

Kesempatan ini, saya nak promosi

*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

* Siapa yang ingin menambah saham akhirat, dialukan memberi sumbangan untuk projek Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

https://youtu.be/PhhCNqOwpxU

#PermaiMenulis #Akaun #maybank #MAE #SidangKopi #transfer

Kedai Kopi dan Teh Kuantan




Kedai Kopi dan Teh di Jalan Besar Kuantan.
Istimewa di sini minum kopi cawan terbalik. Tak semua negara ada mende ni. haha.
Nama kedai pun mudah, Kopi & Teh je. Tak payah beria nak letak nama kedai bahasa omputeh.
Tapinya depa pasang lagu inggeris time kome ngeteh tuh. Lebih cantik kalau pasang melodi klasik, sesuailah dengan identiti kedai lama. Tak pun pasang ngaji Quran. Lagi tenang jiwa. kan.
Oder dan bayar scan QR kod je kat meja, terus bayar guna online banking atau E-Wallet. Kaedah ni menarik dan molek kedai-kedai lain tiru.
Akhirnya Kalau staf kedai ni lebih mesra dan muka manis memang lagi bes.

https://youtu.be/SdCB_DwhGLk

#PermaiMenulis #GengPermai #MakanKatMana #kopiteh #kuantan

Sunday, November 29, 2020

Kompleks Teruntum Tahun 2020




Kompleks Teruntum terus berdiri megah di bandar Kuantan. Sebagai mercu tanda, bila mula-mula masuk dan sampai bandar Kuantan akan terlihat Kompleks ini.
Tahun 80-90an era kegemilangan Kompleks Teruntum, kebanyakan pelajar dan orang muda akan berkunjung dan melepak di sini.
Kali pertama saya merasai pengalaman menaiki tangga eskalator adalah di sini. Ketika itu bandar Temerloh-Mentakab tak wujud lagi tangga eskalator.
Semasa saya bersekolah Menengah, Kompleks Teruntum tempat mencari Sandal Lee Cooper, buat baju Tshirt Kelas (yang tulis nama semua rakan sekelas kat baju) dan membeli alat tulis di kedai tingkat 3.
Zaman saya di Maahad Tahfiz dan kemudiannya Pasca nak ke Mesir, berkunjung ke Kompleks Teruntum untuk ke pejabat Yayasan Pahang untuk urusan biasiswa dan pinjaman.
Kali pertama dan terakhir saya masuk dan makan di restoran A&W juga di kompleks Teruntum. Sekarang dah tiada restoran A&W di sini.
Siapa ada kenangan di Kompleks Teruntum ?

https://youtu.be/TFcnaQxHfJg

#PermaiMenulis #GengPermai #KompleksTeruntum #kuantan #lknp #memori #legen

Friday, November 27, 2020

Inilah Ukhuwwah

Segarkan ukhuwwah dgn siri-siri pertemuan.
Bagaimana Imam Hasan Al-Banna menjelajah ke kawasan-kawasan di Mesir yang luas untuk bersua dengan para sahabatnya dengan hanya menaiki keretapi, bas, teksi dan berjalan kaki.
Kadang ada tempat yang beliau tidak berkesempatan untuk singgah, hanya sekadar melambai tangan dari tingkap kereta api.



#Ukhuwwah
#Ribat
#Taakhi
#PermaiMenulis
#GengPermai
#SalamKu

Sunday, November 22, 2020

Ziarah Kubur Dinasti Qing di Pekan Pahang

Berkesempatan pergi ke kubur yang dikatakan dari zaman Dinasti Qing (baca Ching) yang memerintah dari abad ke 17 hingga awal abad 20 (1644-1911). Ada 9 batu nisan yang tertulis nama si mati, jawatan, tempat asal dan tahun dikebumikan.
Kubur ini letaknya di kediaman bekas Menteri Besar Pahang yang ke 9 iaitu Dato' Muhammad Jusoh di Kampung Pekan Lama.
Antara bukti yang menunjukkan Pekan sebagai tempat laluan perdagangan dan persinggahan yang utama suatu masa dahulu.

https://youtu.be/-CJT53d3ZB0




Kesempatan ini, saya nak promosi

*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

* Kami mengalukan yang ingin memberi sumbangan untuk projek Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #Pekan #Pahang #DinastiQing #Kuburlama #sejarah

Friday, November 20, 2020

Terus bina Ukhuwah

Kesatuan dibina dengan ukhuwwah.
Terus bina, jaga dan rapat ukhuwwah.
Jangan kita selesa dengan perpecahan.
Kerana ia adalah kelemahan buat ummah.




Jom, dapatkan Planner Ajaib Permai.
Link terus ke http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

#PermaiMenulis #ukhuwwah #mesrabadi

Wednesday, November 18, 2020

Nasi kerabu daging bakar Lipis



Kat Lipis nak sarapan di mana ?

Boleh pergi ke Kedai makan Tok Wan di Kuala Lanar. Antara menu yang top nasi kerabu daging bakar dan nasi dagang. Lauk gulai masam/ gulai masak tempoyak ikan patin pun ada.
Paling menarik, tak kena bayar parking.

#sarapan #lipis #makankatmana

Mengaji al-Quran di Lipis



Sesi mengaji al-Quran selepas solat subuh di Masjid Sultan Mahmud. Jadikan al-Quran sebagai bacaan harian yang paling utama. Jangan bacaan lain beria kita baca. Tapi al-Quran jarang kita baca.

Siapa yang jauh-jauh, Permai Home Ngaji ada buat kelas mengaji secara Online. Jangan lepaskan peluang.

* Sangat mengalukan sumbangan untuk projek Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #PermaiHomeMengaji #alquran #masjid #kelasonline #mengajionline

Monday, November 16, 2020

Kuantan Pickers bagi peminat barang lama sambil makan minum

Kuantan Pickers di Jalan besar kuantan. Terbaik bagi peminat barang legen. Sambil-sambil minum kopi.
Selang dua kedai ditempatkan barang-barang lama bundle, boleh jamu mata dan bagi yang nak beli pun boleh.
Menurut Pemiliknya En Nazrul bin Zubir, asalnya minat dan hobi mengumpul barang lama. Dari hobi sendiri apa kata hobi tersebut dikongsi bersama dengan komuniti. Nak pula bagi golongan remaja baru nak up, tak pernah merasa zaman-zaman legen. Haha.

https://youtu.be/sa68HL5UD4Y



En. Nazrul bin Zubir,
Pemilik Kuantan Pickers

#KuantanPickers #makankatmana #legen #PermaiMenulis #kitashare

BREW & Cabin-Coffee Western Food Kuantan

Nak makan tengahari menu nasi berlauk dan dalam masa yang sama ada western food.
Boleh berkunjung ke kedai Brew & Cabin- Coffee & Western Food Kuantan. Google dan waze sahaja. Insya-Allah akan dipandu sampai ke kedai.

Setelah duduk di meja makan, pelayan akan suakan menu untuk kita pilih.
Tetapi kita kena bangun dan oder di kaunter, selesai oder terus bayar.
Mungkin kalau kita hadir dalam jumlah yang ramai agak problem sikit, tak kan semua nak sebut sorang-sorang di kaunter, dan puas juga wakil seorang yang pergi ke kaunter nak hafal dan sebut satu-satu.

Selesai makan, kita boleh terus beredar, sebab dah bayar kan.. huhu.
Ok selamat mencuba.




#makankatmana #PermaiMenulis #Kuantan #Pahang 





Sukarelawan YADIM Pahang



Hari ini turut hadir di Pertemuan dan Taklimat Penggerak Sukarelawan YADIM Negeri Pahang. Pengarah Yadim Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi memberi taklimat berkaitan fungsi, struktur, dan program teras YADIM serta pasukan sukarelawan. Turut dibincangkan ialah program terdekat iaitu Program Bulan Dakwah 2020 Peringkat Negeri Pahang yang melibat Majlis Pelancaran Bulan Dakwah serta aktiviti Semarak Dakwah di 14 kawasan. Komitmen para sukarelawan amat memberangsangkan.

Jom like page Yadim : YADIM Negeri Pahang

Jika umat dalam kejahilan. Jangan hanya menunding salah pada Menteri Agama, Jabatan Agama, para ulama' sahaja. Tetapi kena timbulkan persoalan, saya buat apa ?
Jom sama-sama berganding bahu. Sertai sukarelawan YADIM. Daftar di pautan ini :

https://forms.gle/xwbNmzZoTkWksypt6

Kami ada kelas mengaji online di Permai Home Ngaji.
Sangat dialukan bagi sesiapa yang ingin menyumbang di akaun BANK RAKYAT : 1101556075 (Usrah Permai Resources)

#PermaiMenulis #GengPermai #Yadim #YadimPahang

Saturday, November 14, 2020

Sherlock Holmes


Hanyalah cerita khayalan pengarang.
Walaupun nama watak serupa iaitu Sherlock.
Karya asal Sherlock ditulis oleh Sir Arthur Conan Doyle bermula tahun 1887. Mengandungi 4 Novel (cerita yang panjang) dan 56 cerita pendek.
Penceritaan yang dibuat oleh Arthur Conan Doyle mengisahkan Sherlock dan rakannya Dr Watson menyiasat pelbagai misteri.
Dr Watson menulis dan mencatatkan kes-kes mereka. Ibaratnya Dr Watson yang menulis dan menerbitkan buku Sherlock Holmes.

Buku yang berjudul Saya Sherlock pula menceritakan kisah Sherlock semasa kecil. Siri ini bukannya karya asal Sherlock, tetapi ditulis oleh penulis misteri yang menamakan Irene Adler.
Dalam karya asal Sir Arthur Conan Doyle ada watak Irene Adler iaitu seorang perempuan yang menjadi seteru kepada Sherlock.

Seterusnya Komik Sherlock yang diadaptasi dari filem Sherlock.
Gempak Stars hanya sempat menerbitkan 3 siri sahaja dalam bahasa Malaysia.
Mereka yang membuat skrip cerita ini ialah Mark Gatiss, Steven Moffat dan Stephen Thompson.
Siri cerita ini mula ditayangkan pada bulan Julai 2010 sehingga Januari 2017.
Jalan cerita mengambil inspirasi dari Karya Sir Arthur Conan Doyle tetapi dalam versi yang moden. Menyelesaikan kes menggunakan bantuan internet dan gajet.
Persamaannya ialah Dr Watson menulis cerita penyiasatan yang dialaminya bersama Sherlock di Blog.

Kesimpulannya, Sherlock tidak akan dikenali kehebatannya jika tiada yang menulis pasalnya. Peranan Dr Watson dan Irene Adler menulis mengenai Sherlock menyebabkan beliau dikenali.  Setiap dapatan dan penyelesaian  kes mereka tulis dan  catat dengan baik. 

Maka, marilah kita mengambil "ibrah" dari kisah  buku cerita ini, dengan sentiasa mencatat dan menulis peristiwa, program dan aktiviti yang bakal atau telah dilakukan.
Nak catat di manakah ?
Selain di dalam gajet masing-masing, tentunya di dalam buku seperti jurnal, diari dan planner. 

Permai Di Hati ada  membuka tempahan  planner Ajaib. Jom beli. Nanti catatlah kat dalam planner ajaib Permai. 

Boleh order Planner Ajaib Permai kat link : 
 http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner
http://www.wasap.my/601129408819/SayaMahuPlanner

*Alang-alang dah bercerita pasal Sherlock, yang karya asalnya ditulis oleh Arthur CONAN Doyle. Gosho Aoyama dari Jepun menerbitkan komik Detektif Conan  yang nama Conan diinspirasi dari nama penulis Arthur Conan Doyle tersebut. 

*Psst..
Kelihatan dalam gambar, terdapat buku yang ditulis oleh John Grisham. Sofiya Azlaini molek  baca Judul The King Of Torts. Hajar Permai dan Adlin Anuar kena merasa baca komik Sherlock pula. Jangan asyik terpesona dengan Komik Budak Getah je. Asilah MamasabBakery walaupun setiap hari live  rasanya masih ada masa untuk mengkhatamkan novel Sherlock Holmes yang tebal. Ain Nasuha Permai tengah semangat nak membelek buku The Patriots, meh lah juga intai-intai buku Sherlock masa budak yang tentunya Fatiemah Saifuddin Permai telah mengkhatamkannya beberapa tahun lepas. Fatin Muccid peminat novel jiwang, Aina Nabila pengumpul novel hantu bolehlah berhijrah ke genre penyiasatan ni pula. Khaulah Mawaddah padan dah  dengar Hajar dan Sofiya je bercerita pasal buku yang depa baca tuh.  Intan Hidayah Permai selaku driver kami, boleh dengar je secara lisan cerita-cerita ini semasa dalam perjalanan.   Hafiz Hazwan minat membaca bacaan analisis politik juga sangat digalakkan.  Tapi Tahmiduddin Kamarolahssan mungkin tak sesuai nak baca sebab buku ini tiada sajak dan puisi dalamnya. Haha. 

#PermaiMenulis #GengPermai #arthurconandoyle #sherlockhomes #Conan #Planner #PlannerPermai

Friday, November 13, 2020

Seminar Tarikat

Sempena program Seminar Tarikat dan Tasawuf anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, kami mengambil kesempatan bertemu sahabat sesama Jabatan. Walaupun di bawah Jabatan yang sama namun payah ketemunya, sebab bertugas di daerah yang berbeza.
Sangat baik mengadakan program seumpama ini. Program Amar Makruf.
Namun pihak berwajib jangan mengabaikan untuk menjalankan tanggungjawab Nahi Munkar. Kena berjalan seiring.
Jika masjid banyak dibina. Jangan pula dibiarkan kelab malam semakin bermaharajalela.
Program zikir dianjurkan, program yang lagha juga berjalan dengan lebih rancak lagi.. tak kena lah.
Macam petani yang siram pokok, letak baja tapi dalam masa yang sama letak racun Hexazinone + herbisida . Agak-agak berjaya tak sang petani tersebut membesarkan pokoknya ?


Kesempatan ini, saya nak promosi

*Planner ajaib Permai. Nak dapatkan sila Hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

* Siapa yang nak memberi infaq sedekah jariah, dialukan untuk projek Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)




#PermaiMenulis #gengpermai #amarmakrufnahimunkar #kuantan

Tuesday, November 10, 2020

Projektor bagus, Saiz Kecil tapi padu

Beli online dengan Shopee. Projektor compact yang bersekali dengan speaker jenama Xiomi. Mudah untuk dibawa ke mana-mana.

#PermaiHome #Mi #projector #unboxing #google #googlehome #shopee

https://youtu.be/AZk30rkCWyI

Monday, November 09, 2020

Nokia N70



Masih disimpan. Nokia N70 dibeli di Syari' Abdul Aziz Attaba Mesir masa mula-mula keluar tahun 2005. Henpon yang dah ada kamera Selfie.
Kamera belakang 2MF, kamera depan 0.3MF. Memori dalaman 32MB. Ketika ini era symbian tengah bermegah. Jenama Nokia memang sangat mendominasi di mana-mana. Kini tinggal kenangan selepas muncul Android.

Begitulah pusingan kehidupan. Ada naik turunnya. Yang di atas jangan berasa selamanya berada di atas. Yang di bawah, jangan sentiasa berasa lemah. Kena ada motivasi untuk bangkit dan cergas. Sampai masa akan naik jua jika berusaha gigih dan ketetapan Ilahi.

#PermaiMenulis #nokia #retro #GengPermai #kehidupan

Saff Kepimpinan Permai

SAFF KEPIMPINAN PERMAI




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas dua nikmat yang dikurniakan olehNya iaitu nikmat iman dan islam.

PERMAI ialah satu pertubuhan yang terus berusaha untuk membentuk nilai murni komuniti seluruh pahang khususnya buat anak muda belia.

Kami barisan saff kepimpinan mengharapkan sokongan penuh daripada seluruh masyarakat khususnya di Pahang untuk mengikuti perkembangan terkini PERMAI dan menyokong setiap apa aktiviti serta membantu kami secara langsung mahupun tidak langsung.

#PermaiDiHati
#PermaiPahang

✅ Like, Follow, Subscribe & Share 🚀

🌐 Facebook : http://bit.do/PermaiDiHati

🌐 Instagram : https://instagram.com/permaidihati?igshid=1iqqpzz4b9h9n

🌐 Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCUweVbfKxO1gj-_XkJRok6w

PERMAI
8 NOV 2020 / 22 RABIULAWAL 1442H

Saturday, November 07, 2020

Sukarelawan Yadim


Sarapan bersama al-Fadhil Ustaz Hazmi Bin Dibok al- Hafiz, Pengarah Yadim Negeri Pahang. Perancangan ke arah sukarelawan Yadim daerah-daerah. Moh kita join. Ke arah perkembangan dakwah di negeri Pahang.

#permaiMenulis #Yadim #pahang #medantangga #sarapan #makankatmana

Wednesday, November 04, 2020

Roti canai sedap di Lipis

Sarapan di Restoran Syed Roti Canai yang baru sahaja beroperasi di Lipis. Depa terkenal di bandar lama Jerantut dan ada cawangan di bandar Temerloh.
Macam biasa, bila terkenal dan baru buka tentulah ramai pelanggannya. Saya juga tidak terkecuali, huhu. Ambil gambar buat kenangan, terus sahabat berdua tu posing sekali. Haha. En. Faiz dan isterinya Pn. Astra. Dan macam depa je yang belanja tadi 🤔
Kedai ni dua penebar sekali jalan, cuma waiter je macam kelam kabut lagi. Biasalah kedai baru. Semoga terus sukses.



#PermaiMenulis #sarapan #makankatmana #lipis #roticanai

Tuesday, November 03, 2020

Petani dan mesin rumput



Rutin petani perlu membersihkan tanaman dari semak samun. Nak tanam pokok senang. Tapi nak jaganya memerlukan komitmen yang berterusan. Kalau setakat tanam tinggal tuai. Berhuhu lah jawabnya. 

Kerja dan peranan petani boleh dikaitkan juga dengan kerja membina pelapis kepimpinan masa hadapan. Perlu dilakukan secara berterusan dan dijaga sebaiknya. 

Dah naik semak belukar dah rumah dan kebun di kampung.  Meh siapa-siapa nak bantu gotong royong.  Terutama yang nak merasa memikul mesin rumput.  

Kami di sini bertemankan kehijauan. 

Hanyalah seorang amatur yang  belajar untuk menjadi sang petani.


https://youtu.be/XnXJuzzsnC8


 #mesinramput #kampung #kebun #GengPermai #PermaiMenulis #damai 

Monday, November 02, 2020

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan Pengarah Yadim Pahang

Tahniah dan takziah kepada YH Dato' Dr Hj Zulkifle bin Ali Al-Hafiz dan Ustaz Hazmi bin Dibok Al-Hafiz. Kedua-duanya dari bidang tahfiz dan merupakan lepasan Shoubra, Mesir.
Dato' Zul merupakan bekas Imam Besar Masjid Negeri Pahang merangkap Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri dan kemudiannya menjadi Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Ustaz Hazmi pula lepasan pertama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri Pahang.

Kami doakan semoga Pengarah JAIP dan YADIM Pahang dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan.




#PermaiMenulis #Jaip #Yadim #Pahang #Shoubra #Pengarah #masjidnegeri