Sunday, March 28, 2021

Pentingnya Pengurusan di Kedai Makan. Kedai Makan tak best

Hari ini bersama sahabat empat orang bersarapan di sebuah kedai yang agak terkenal juga di sini.

Ketika kami sampai, pelanggan sedang-sedang sahaja, dan kami tak perlu beria “mengushar” mencari meja kerana banyaknya meja yang kosong.
Hanya dua sahaja yang memesan makanan manakala saya dan seorang lagi hanya memesan minuman dek kerana kami baru sahaja pulang dari kedai makan yang lain.
Tunggu punya tunggu, air pun sampai. Makanan menyusul selepas itu, tetapi boleh tahan lamanya menunggu.
Sampai sepinggan dahulu, makan punya makan. Habislah sahabat ni makan makanannya, yang seorang lagi belum pun sampai. Dahlah sahabat ini dari jauh, figura jugak la sikit-sikit. Tetapi staf kedai semua macam tak kenal je.
Tak kenal saya tak peliklah, walaupun jarak kedai dekat jugalah dengan masjid tempat kome jadi Imam tuh.
Sebab lama sangat, kami pun pergilah menyusul ke waiter, ke tempat masak. Tetapi masih lama lagi menunggunya.
Sampaikan Mood nak makan pun dah tak berapa best. Sampai timbul cadangan nak batalkan je pesanan.
Akhirnya, sampai juga la makanan yang dipesan. Waiter pula takde menyatakan kekesalan, seperti ucap minta maaf lambat ke..
Kami pun memberi pandangan dan teguran kepada dia. Tetapi menjawab pulak tu. Sahabat kami siap kata lagi ke waiter : “awok bukannya tebar yang baru, saya nampak ambil dalam freezer je dan panaskan. Kenapa boleh lambat” Minta maaf lah nak cakap, kalau macam ni cara pengurusan kedai ini, pelanggan akhirnya akan lari dari sini.
Begitulah kisah sarapan hari ini.
Pentingnya belajar ilmu pengurusan. Kompeni jangan ambil mudah, kena kursuskan staf terutama yang masih muda trang tang tang tu. Masukkan juga silibus belajar untuk kenal orang dan beramah dengan pelanggan.
Sebabnya, jenama yang
hebat
tiada jaminan akan terus
hebat
. Banyak contoh jenama yang megah akhirnya terpaksa gulung tikar. Seperti Jenama roti High 5. Jadinya, kenalah sentiasa berusaha kekalkan prestasi dan jangan kekal merasa selesa.



Saturday, March 27, 2021

Pandai belum tentu pandai

Seorang yang Pandai bercakap bukanlah sebagai jaminan seorang yang pandai (bijak).

#PermaiMenulis #pandai #bijak

Thursday, March 25, 2021

Kongsi Rezeki



Malam ini, masjid dapat banyak rezeki. Kami Berkongsi rezeki dengan pengawal keselamatan Hospital Lipis. Semoga murah rezeki penaja. Kami hanya sampaikan.
Jom infaq, insya-Allah besar dan berpanjangan ganjarannya.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

Akaun Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Akaun Perkim Lipis
Cimb : 8005454945
Bank Rakyat : 111341009946

#PermaiMenulis #care #ImamKecil
#masjiddaerahlipis #jaip #rezeki #hospital #lipis

Rezeki malam jumaat




Rezeki selepas solat Isyak setiap malam jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Ada yang bawa pulang ke rumah. Dan ada yang memilih untuk bersama-sama sahabat bawa ke kedai makan, order air sahaja dengan pekedai. Makan bekalan dari masjid. Seronoknya dapat "ngeteh" sambil bersembang.

Jom infaq :
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#masjidlipis #masjiddaerah #pahang #jaip #GengPermai

Menyambut Che Puan Sofie Louise Johansson Isteri Tengku Mahkota Kelantan

Hujan berterusan sejak semalam.
Pagi ini saya ke Taman Negara Merapoh untuk membaca doa sempena keberangkatan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ke Taman Negara Sungai Relau Merapoh Lipis.

Walaupun saya taklah selalu berbanding mereka yang lain. Antara taklif PHEI Jaip, ialah membaca doa di majlis rasmi.
Saya kongsikan proses yang biasa dilakukan oleh pembaca doa (baca saya).
1. Dapatkan info berkenaan program. Terutama siapakah VIPnya, masa, tarikh dan tempat.
2. Karang, sunting matan doa. Teks Jangan panjang sangat. Saiz Font agak besar dan sediakan ruangan kosong (jarakkan baris) pada
Tempat yang mungkin akan berlaku perubahan seperti nama VIP dan nama program. Saya taip di Google Docs, mudah untuk rujuk di laptop atau HP)
3. Print matan doa. (Ada masa saya tak print, hanya baca melalui HP, tapi pastikan tempat program akses internet power)
4. Lancarkan bacaan doa.
---------++++++-------------------
Hari kejadian :
1. Set masa nak bertolak ke tempat program supaya dapat sampai awal.
2. Sampai tempat program, cari urusetia dan pengerusi majlis. Kompemkan dengan depa nama Vip dan program. Serta dapatkan tentatif terkini bilakah bacaan doa. Biasanya bacaan doa di awal program selepas aluan pengerusi majlis atau nyanyian lagu Negaraku.
2. "Riki" tempat nak baca doa. Ada rostrum ke, naik pentas ke bla bla.
3. Cari kerusi tempat duduk kita yang sesuai. Biasanya berdekatan dengan tangga pentas dan rostrum.
4. Apabila MC jemput, pergi ke rostrum dan mulalah beraksi sebagai pembaca doa.
-----++++++----------------
Semasa bacaan doa
1. Terus membaca doa, tak perlu nak buka majlis dengan minta hadirin membaca surah al-Fatihah.
2. Selesai doa. Tak perlu bagi salam bagai. Terus berundur ke kerusi kita semula. Mikrofon tak perlu off, biarkan sahaja.

Tugas pembaca doa telah selesai.
Tapi tak boleh balik lagi. Tunggu sampai majlis selesai. Jika ada rezeki dapatlah makan di meja vip. Kalau tak, pandai-pandailah membawa diri.

Sekian.

Ini link Video : https://youtu.be/JDd1qKDm_yc

#TamanNegaraPahang #Merapoh #PermaiMenulis #GengPermai #travel #ChePuanSofieLouiseJohansson #lipis #doa

Thursday, March 18, 2021

Mimbar Masjid

 Ini jarang orang buat, iaitu mengusung mimbar.



Jangan terkhilaf antara mimbar dan mihrab.
Masing-masing ada fungsi dan keunikannya.
Namun tiada auranya jika tiada penggunanya.
Ayuh imarahkan masjid.

Mengaji Muqaddam Siri 12, Muka Surat 11-12

 



Mengaji Muqaddam Siri 12, Muka Surat 11-12

Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.


Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)


Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7


#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
https://youtu.be/wOsAhmMq1Q8
https://youtu.be/wOsAhmMq1Q8
https://youtu.be/wOsAhmMq1Q8

Tuesday, March 16, 2021

Mengaji Muqaddam Siri 11, Muka Surat 11.



Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.


Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)


Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7


#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
https://youtu.be/-XnaqoI8oBw
https://youtu.be/-XnaqoI8oBw
https://youtu.be/-XnaqoI8oBw

Mengaji Muqaddam Muka surat 10-11



Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.


Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)


Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7


#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
https://youtu.be/qLQyRBn3m6M
https://youtu.be/qLQyRBn3m6M
https://youtu.be/qLQyRBn3m6M

Wednesday, March 10, 2021

Matahari Terbit di Puncak Sinai




Selepas solat subuh kami menikmati suasana di puncak Sinai sambil melihat matahari terbit.

Berjalanlah melihat kebesaran Allah SWT.

https://youtu.be/0Sdr2eXTQS4
#PermaiMenulis #Musafir #Mesir #Sinai #Matahari #Mtis #Travel Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) Nak Beli Planner Permai : http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Tuesday, March 09, 2021

8 mac 2021 adalah tarikh Hari Wanita Sedunia.

8 mac 2021 adalah tarikh Hari Wanita Sedunia.

Bila pula hari lelaki sedunia?
Saya tak kisah pun jika tiada hari lelaki sedunia.
Tetapi kalau ada hari pondan / tomboy sedunia, yang itu memang saya akan tak puas hati.
Zaman kini, peranan wanita bukan lagi hanya di dapur semata-mata. Tetapi telah mewarnai sebahagian besar dalam sektor-sektor perkhidmatan awam, korporat dan swasta.

Jawatan guru sahaja, lebih daripada 50% jumlah guru di Malaysia adalah di kalangan wanita.
Golongan Sekular dan Liberal yang kononnya atas nama hak asasi kemanusian merasakan kaum wanita ditindas, mereka inginkan kesamarataan.
Walhal mereka kena belajar sejarah. Lihat bagaimana nasib wanita sebelum Islam.

Era sebelum Islam, taraf wanita lebih hina berbanding lelaki. Bahkan ada yang dilayan lebih teruk daripada binatang peliharaan. Islamlah yang datang memberikan hak istimewa untuk kaum wanita.
Suasana negara kita pada zaman sebelum kemerdekaan, baik mereka yang mendapat didikan sekolah aliran sekular mahupun aliran agama dipengaruhi dengan helah dan acuan sang penjajah yang mentadbir.

Kesannya sehingga boleh muncul pepatah “Setinggi mana pun seorang wanita itu belajar, akhirnya tempatnya kat cerok dapur juga”.

Saya ada membaca buku novel berjudul Iakah Salmah ?
Novel tahun 1920an yang ditulis oleh Ahmad Rashid Talu mengisahkan keadaan wanita pada Ketika itu. Beliau bangkit menulis watak Salmah yang progresif. Seorang wanita moden yang menentang sebahagian adat tradisional yang mengongkong terutamanya kepada wanita.
Penulis juga menyelitkan kisah perjuangan kaum muda yang turut disertai oleh kaum wanita.
Kini, kaum wanita bersama-sama kaum lelaki bertanggungjawab menjaga dunia, negara, negeri, Ummah, masyarakat dan agama.

Firman Allah SWT :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(71)
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah : 71)


#PermaiMenulis #wanita #hariwanita #islam

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Sunday, March 07, 2021

Baca Surat Khabar



Membaca surat khabar gaya orang dulu-dulu.
Kini zaman semakin canggih, bak kata netizen berita dihujung jari. Google je dapat berita terkini.
Namun saya percaya masih ada segelintir kecil pembaca setia surat khabar.
Di sisi pengeluar surat khabar rata-rata pasca survival. Ada juga yang terpaksa mengurangkan pekerja, dan yang lebih sedih terpaksa memberhentikan operasi pengeluaran.
Memang manusia semakin ramai. Kuantan pun baru menerima taraf bandaraya.
Kalau ikut sifir tradisi, orang semakin ramai, tentu ramai yang akan membaca akhbar.
Tetapi perubahan arus teknologi dan it mengubah manusia dari membaca di kertas kepada paparan digital.
Justeru, kita perlu sentiasa sedar dengan perubahan ini.
Kalau dulu, pagi-pagi "runner" penghantar surat khabar ligat menghantar surat khabar ke rumah-rumah dan pejabat.
Kini suasana itu hampir tiada lagi.

Akan datang, dunia lebih canggih lagi.
Kut mana pun, walau apa jenis wadahnya. Teruskan membaca isu dan berita semasa.
Tiada lagi alasan untuk tidak tahu isu semasa.
Kerana smart phone dan internet telah menjadi sebahagian daripada aksesori wajib ada.

Saya pernah menjadi panel temuduga untuk jawatan pegawai masjid kariah, guru takmir dan guru Kafa. Bila ditanya tentang isu semasa, pernah ada calon yang menjawab "saya tak ambil tahu pasal isu-isu semasa ini.

Hmm!

Siapa nak beli judul buku 'Jejak Kaki Kami'.
Buku yang kami belajar tulis-tulis dan terbitkan.
Boleh MESEJ ke Permai Di Hati




#PermaiMenulis #GengPermai #hobi #baca

Thursday, March 04, 2021

Kaedah mengukur lama dan sekejap



Seorang lelaki bertanya kepada kawannya : " Perjalanan kamu dari rumah ke tempat kerja mengambil masa berapa lama?".

Lalu kawannya itu menjawab : " ia mengambil masa 800 tasbih pada hari sesak dan apabila tiada kesesakan , maka ia mengambil masa 250 tasbih" .

# Satu pengertian yang jelas berkaitan ZIHAM '(kesesakan)

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Kataku : Tempat kita ada juga, tapi matannya lain sikit.
S : lama lagi ke ?
J : tak, sepuntung rokok je.

S : lamanya ?
J : tak sampai setanak nasi jauhnya.

Boleh la kita ejas nak guna yang mana.

#PermaiMenulis #penandaaras #penyukat

Wednesday, March 03, 2021

Hujan lebat

Alhamdulillah Maghrib tadi, Hujan lebat turun mencurah-curah. Lama juga cuaca panas terik kat sini.

Selepas solat maghrib kami membuat tahlil arwah buat Almarhumah Puan Rusnida binti Siti Minah, isteri kepada Cikgu Lukman Hakim bin Abdullah, Guru SK Wan Ibrahim yang meninggal dunia pada hari khamis yang lepas. Almarhumah merupakan "misi" yang peramah di Hospital Kuala Lipis.

Kami mendoakan Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Bagi yang masih hidup saling mendoakan dan terus istiqamah menambah amalan. Moga kita semua Khusnul Khotimah.




#kitajagakita #salingmendoakan #masjid #lipis #pahang #PermaiMenulis #GengPermai #masjidsultan

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Tuesday, March 02, 2021

Cuckoo sanitasi Masjid

Kami dihubungi oleh wakil Cuckoo Service Kuala Lipis memaklumkan bahawa mereka menaja sanitasi di Masjid Sultan Mahmud.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Semoga amal jariah beroleh ganjaran di sisi Allah SWT.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791




#KitaJagaKita #Pahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #bpms #cuckoo #kualalipis

Menginap di Hotel Wadi Muqaddas Bukit Tursina Mesir




19.9.2019
Lewat petang kami sampai ke Hotel Wadi Muqaddas di kaki bukit Sinai.
Makan malam, sarapan dan makan tengahari dengan menu yang sama, haha.
Dulu masa zaman belajar, dua kali datang ke Sinai. Tidur dalam bas sahaja. Makan pun masak sendiri.

#PermaiTravel #Mesir #Istiqamah #Mtis #Kembara #Sinai #Jaulah #Jalanjalan #Hotel #PermaiMenulis

https://youtu.be/o8d0Babjjk8
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7