Friday, April 30, 2021

Jom ternak lebah kelulut



Firman Allah SWT dan Sabda Rasulullah SAW adalah benar. Manakala pengalaman, kajian, apatah lagi sangkaan boleh jadi tidak benar dan tidak sesuai.

Pernah Saidina Abu Said Al-Khudri RA mengadu kepada Rasulullah SAW tentang ahli keluarganya yang mengalami sakit perut.
Sabda Rasulullah SAW : " Berilah dia minum madu" (kerana Allah SWT telah berfirman bahawa madu adalah penyembuh bagi penyakit).
Pendekkan cerita beberapa kali sahabat tadi mengadu kepada Rasulullah SAW yang beliau telah memberikan madu namun sakitnya semakin berat.
Rasulullah SAW tetap menyuruhnya memberi madu kepada si pesakit.
Sabda Rasulullah SAW : " Firman Allah adalah benar dan perut adikmu lah yang berbohong, pergilah dan berilah dia minum madu"
Setelah itu, sakit perut yang dialami telah sembuh.

Masalah zaman kita ni, memang banyak madu di pasaran. Tetapi ada juga yang buat onar, jual madu palsu.
Sebelum ini dikatakan madu Yaman antara yang power dan harganya pun power. Tetapi ada pendedahan yang menyebutkan perlu berhati-hati untuk membelinya kerana ada juga scammer madu Yaman.
Kami ada beberapa sarang Madu Kelulut yang diselia oleh adik saya.
Dapatlah buat minum kami adik beradik.
Saya syorkan pada kalian untuk menternak lebah kelulut secara kecilan. Pasti pengalamannya menarik.

#PermaiMenulis #madu #lebah #kelulut #perpaduanramadan

Jom menderma di hari jumaat pada bulan Ramadan ini :

Permai Di Hati Kelab Remaja Permai Care Pahang Permai Care Pahang
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Perkim LIPIS
Perkim Cawangan Daerah Lipis
Cimb : 8005454945
Bank Rakyat : 111341009946

Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis
Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

Thursday, April 29, 2021

Ziarah Ramadan



Kami berziarah ke rumah Puan Fauziah di Taman KSM Lipis.
Beliau diuji dengan kanser payudara pada tahun 2017 dan otak dikesan pada tahun 2020.
Kini beliau tidak mampu berjalan.
Suaminya pula mengalami penyakit tulang belakang dan tidak boleh bekerja berat.
Anaknya bersekolah di SK Clifford dan Tadika.
Walaupun Puan Fauziah menerima bantuan JKM dan suaminya menerima bantuan MUIP.
Namun masih tidak dapat menampung sepenuhnya kos kehidupan yang semakin tinggi.
Kami mengalukan kepada para dermawan sekalian untuk membantu meringankan bebanan keluarga Puan Fauziah. Boleh hubungi 017-3784402

Semoga mereka sekeluarga tabah, cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#cakna #masjidcakna #PerpaduanRamadan #Lipis #MasjidSultanMahmud #MasjidDaerah #Pahang

Ziarah kebakaran





Kami dari Masjid Sultan Mahmud berziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Rosli. Rumah beliau di Taman Permai terbakar pada malam 25 April 2021.

Semoga Cikgu Rosli sekeluarga tabah menghadapi ujian lebih-lebih lagi berlaku dalam bulan Ramadan.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#Masjid #lipis #ramadan #musibah #ziarah #GengPermai #PerpaduanRamadan

Tuesday, April 27, 2021

Terima Zakat Risda dari Perdana Menteri



Saya Mewakili Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis , menerima Zakat korporat daripada RISDA Malaysia yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin , Perdana Menteri di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu pejabat Risda Kuala Lumpur bersempena Majlis Penyampaian Dividen Risda dan Felcra 2021.

Saya tertarik dengan ucapan aluan daripada Bos Risda yang menyatakan YAB Tan Sri Muhyiddin adalah perdana menteri pertama yang menjejakkan kaki ke ibu pajabat Risda semenjak Risda ditubuhkan pada tahun 1973.

Program yang sangat ringkas dan mengikut masa yang tertera di tentatif.
Bahkan tamat tak sampai sejam. Sangat menarik untuk dipraktikkan di program-program peringkat daerah, jabatan dan negeri.
Terima kasih tidak terhingga kepada Risda Malaysia, khususnya Risda Lipis yang berusaha sepenuhnya sehingga Masjid Sultan Mahmud terpilih menerima zakat daripada Risda.
Juga penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Cik Nazir dan Cik Din yang mengiringi saya ke Kuala Lumpur. Moga Allah SWT kurniakan kesihatan dan keberkatan di atas jasa khidmat mereka yang terbaik.

#PermaiMenulis #risda #lipis #salamluarbandar #zakat

Monday, April 26, 2021

Kapal selam tenggelam



Cerita kapal selam KRI Nanggala 402 yang berakhir dengan tragis.
Aset itu dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981 serta pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman, kemudian di Korea Selatan pada 2012, bagi penggantian struktur dan naik taraf ke atas sistem penggerak, sonar dan senjata.
Kalau nak bandingkan dengan motorsikal dan kereta. Rasanya susah nak jumpa kenderaan tahun 70an dan 80an di jalan raya sekarang.
Sudah masuk kategori antik.
Barang antik yang biasanya dijumpai di muzium masih digunakan sebagai aset pertahanan negara.
Harganya memang sangat mahal sesuai dengan peranannya.
Keupayaan Jangka hayatnya mungkin tidak sama dengan kenderaan kereta motor kita. Gamaknya lah.
Malaysia mempunyai dua buah kapal selam Dilancar pada 23 Oktober 2007 dan tiba di Malaysia pada 3 September 2009. Namun pada bulan Disember 2009 telah mengalami kerosakan dan pada 22 Februari 2010 kapal selam ini dibenarkan untuk beroperasi kembali. Maksudnya usia kapal selam negara kita telah berumur lebih daripada 10 tahun.
Semoga negara kita di dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari segala bala bencana.

#PermaiMenulis #kapalselam #takziah #nanggala402

Ingin Belajar mengaji :

https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Sunday, April 25, 2021

Berbuka puasa dengan Kek



Iftar Permai Di Hati diserikan dengan kiriman Kek dan buah strawberi 😋,
Buah strawberi memenuhi atas kek, nak makan kek kena makan buah dulu. Haha.
Katanya prodak osem Mamasab.
Bolehlah Aokme oder dengan Asilah MamasabBakery Ain Nasuha MamasabBakery Nadhirah Roslan untuk dapatkan buah stawberi dan kek.

Antara Kenikmatan ketika berpuasa ialah saat berbuka puasa. Nak pula dapat berbuka dengan geng sekepala. Menu meggi kosong je pun dah rasa best sangat.

#PermaiMenulis #iftar #puasa #ramadan #kek #PerpaduanRamadan

Thursday, April 22, 2021

Azan awal sebelum masuk waktu berbuka puasa

Kecoh azan maghrib di sebuah masjid dilaungkan awal beberapa minit dek kerana jam waktu solat di masjid berkenaan mengalami masalah teknikal.
Kalau bukan dalam bulan Ramadan mungkin takde lah isu sangat.
Ini berlaku dalam bulan Ramadan, saat ketika semua orang Islam sedang menanti saat azan maghrib dilaungkan.
Bagi yang terlibat dalam dunia imam dan bilal, tersalah azan adalah perkara yang walaupun tidak selalu, tetapi pernah terjadi.
Saya sendiri lebih berminat merujuk aplikasi waktu solat dalam gajet. Kerana bila berlaku sebarang perubahan, sistem automatik akan "update".
Kalau menggunakan jam waktu solat walaupun digital yang kebanyakan masjid dan surau menggunakannya, kita masih perlu "update" secara manual.
Asalnya masjid kami sudah lama tidak ada jam waktu solat. Kerana dulu, sering bilal ditegur kerana azan tak ikut masa pada jam tersebut. Sebabnya tiada siapa yang "rajin" sebenarnya agak leceh untuk kemas kininya.
Berbeza dengan aplikasi di henpon yang akses dengan internet, tak perlu dah nak beria ejas secara manual.
Tetapi bila ada hamba Allah yang sponser tv jam waktu solat di masjid kami, terima sahajalah. Banyak kali dah waktu solat di jam waktu solat tersebut tak sama dengan jadual waktu yang semasa. Nak pula sebelum ini kita ada isu dengan waktu solat subuh yang dilewatkan, dan yang terkini waktu solat Isyak juga dilewatkan 4 minit. Mujur ada "ejen" yang tolong update kan.

Terdapat juga jam tangan yang ada waktu solat dan arah kiblat.
Jenama yang "legen" tentunya Casio Prayer Compas. Zaman saya belajar dahulu, sahabat-sahabat pakat beli di Mekah semasa menunaikan haji, sebab harganya masa itu hanyalah 100 Rial. Tapi sekarang tak dapat dah dengan harga itu.
Kemudian muncul pula jenama-jenama lain seperti Fajr, Buruj dan lain-lain.

Tetapi zaman sekarang, kalau nak pakai jam tangan yang lebih banyak fungsinya termasuk mempunyai aplikasi waktu solat dan kiblat tanpa perlu pening kepala dengan masa solat yang tak selari dengan waktu solat semasa, saya syorkan gunakan jam tangan pintar seperti Apple Watch, Samsung Galaxy Watch. Namun harganya pun agak mahal. Saya sendiri belum ada keperluan untuk menggunakannya.

Apapun, kita tiada alasan untuk tidak solat dengan hanya sebab tak tahu masuk waktu solat. Aplikasi waktu solat secara tak langsung dapat mengingatkan kita dengan Ibadah solat dan hubungan hamba kepada Allah.

#PermaiMenulis #solat #ramadan #jam #waktu



*Gambar selepas berbuka puasa berlatarkan warna kemerahan senja.

Wednesday, April 21, 2021

Mengaji Muqaddam Siri 14, Muka surat 12-13

 



Mengaji Muqaddam Siri 14, Muka surat 12-13.
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.

Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

https://youtu.be/y203JSkatiA
https://youtu.be/y203JSkatiA
https://youtu.be/y203JSkatiA

#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Monday, April 19, 2021

Kenapa murtabak popular di bulan Ramadan




Resam pada bulan Ramadan. Gerai murtabak sering menjadi tumpuan. Kedai yang "biasa-biasa" pun beratur apatah lagi kedai yang dah ada jenama.
Antara yang ternama di belah Pekan tentunya murtabak Mengkasar, Mawar, Deris.
Di daerah Jerantut ada Murtabak Ferry, Syed, Fauzi dan banyak lagi.
Bagi yang nak makan murtabak tapi malas nak beratur. Beli sahaja yang 'frozen', sekarang banyak dijual di pasaraya.
Kenapakah murtabak popular masa bulan Ramadan?
Adakah kerana adat atau keinginan nak makan. Huhu.

#PermaiMenulis #murtabak #iftar #ramadan

Saturday, April 17, 2021

Jubah Hitam dan Sanitasi Coway




Selepas jumaat pihak Coway datang membuat sanitasi percuma di masjid. Katanya siapa-siapa yang berhajat untuk buat sanitasi di rumah pun boleh.
Depa guna ubat khas keluaran Coway sendiri.

Kome ingatkan Coway hanya buat servis mesin air je, rupanya depa juga mengambil insiatif membuat sanitasi ketika pandemik Covid melanda kita semua.
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak Coway.

Dalam gambar ini, kelihatan saya memakai jubah hitam yang juga merupakan pakaian rasmi bagi pegawai Masjid di dalam negeri Pahang.
Agak-agak deme la kan berapa usia baju jubah kome ini ?

Jubah hitam ini, saya tempah di kedai Arwah Abang Man letaknya berhampiran Mydin Kuantan semasa saya sedang belajar di Maahad Tahfiz Masjid Negeri Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan Dalam tahun 2001. Waktu itu kebanyakan pelajar maahad menempah baju di kedai Arwah Abang Man.
Jadi berapa tahunkah usia jubah hitam kome ini.
Tahun 2021-2001 = 20 tahun.
Maka, baju jubah hitam yang saya pakai dalam gambar itu usianya 20 tahun. Masih utuh jahitnya dan tidak usang lagi.
Saya sertakan posting tulisan pasal arwah Abang Man yang ditulis tahun 2015 :

http://syababgr.blogspot.com/2015/08/kenangan-bersama-mushaf-al-quran.html?m=1

Tak perlu kita terpengaruh dengan orang yang suka berbelanja membeli pakaian. Pakai je ala kadar. Baju 20 tahun pun masih smart dan tidak ketinggalan zaman.
Soalnya mungkin ada yang kata tak muat dah. Tapi alhamdulillah saya ok je. Huhu.

Jom bulan Ramadan kita banyakkan infaq.
NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Perkim Cawangan Daerah Lipis
Cimb : 8005454945
Bank Rakyat : 111341009946

#PermaiMenulis #jubah #masjid #imam #GengPermai #bajulama #kenangan

Solat jumaat pertama dalam bulan Ramadan

Walaupun berpuasa, petugas Masjid tetap berpanas menyantuni para jemaah bagi melancarkan perjalanan solat jumaat di Masjid Sultan Mahmud.
Terima kasih kami ucapkan kepada petugas masjid yang terdiri daripada sukarelawan daripada para jemaah sendiri, guru KAFA masjid dan anggota RELA.
Moga urusan kita semua dipermudahkan.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791















#MasjidLipis #lipis #masjiddaerah #jaip #jakim #ramadan #solatjumaat #gengpermai

Wednesday, April 14, 2021

Hujan lebat puasa hari ke dua.

Petang pada hari kedua puasa ramadan, sama seperti semalam. Hujan lebat berserta guruh dan kilat bersahutan.
Buat peniaga bazar semoga dipermudahkan urusan. Moga Allah lindungi kita semua.

#PermaiMenulis #Ramadan

Tuesday, April 13, 2021

Solat terawih di masjid

Alhamdulillah, tahun ini walaupun masih bergelut dengan musibah pandemik covid19. Kita masih diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan solat sunat terawih dan aktiviti pengimarahan Ramadan di masjid.
Tahun sudah (2020), Masjid dan surau di seluruh Malaysia terpaksa ditutup. Hanya pegawai masjid sahaja yang hadir.
Semoga Ramadan tahun ini memberi sinar buat kita semua. Terus beramal.

https://youtu.be/yzQ2A_o0If0
https://youtu.be/yzQ2A_o0If0

#PermaiMenulis #Ramadan #terawih

Monday, April 12, 2021

Sarapan sehari sebelum Ramadan

Kami mencari sarapan pagi tadi, banyak juga kedai yang memilih untuk "start" awal cuti.
Mungkin Persiapan menyambut Ramadan.
Sambut Ramadan nak kena buat persiapan juga ke?
Walhal sambut Ramadan lagilah kita kena beria berbanding nak sambut raya.
Jom ubah.



#PermaiMenulis #menjelangramadan #sarapan


Sunday, April 11, 2021

Timbalan Menteri Luar Bandar



Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis menerima sumbangan kewangan daripada YB Ds Hj Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri 1 KPLB/Ahli Parlimen Lipis dalam program Malaysia Prihatin yang berlangsung hari ini di Dewan Jubli Perak.
Terima kasih kami ucapkan.
#Masjid #lipis #masjidsultanmahmud #GengPermai

Semarak Ramadan



Semarak Ramadan.
Tak dapat buat semua. Jangan tinggal semua.
Walaupun dengan kekangan SOP pasca Covid, masih banyak lagi ruang dan peluang untuk kita menyambut dan menghidupkan ramadan.
Ayuh.
#PermaiMenulis #Ramadan #Masjid

Wednesday, April 07, 2021

Mengaji Alquran di Lipis



Sesi mengaji lepas solat subuh. Jika ada para belia dan remaja nak join, moh lah.
Mengaji dari basic Iqra' dan Muqaddam pun boleh. Kita baca sampai khatam.
Al-Quran sebagai bacaan utama kita semua.
Bacanya perlu mengikut kaedah, berpandukan bacaan Rasulullah SAW. Bukannya mengikut rekaan dan selera kita sendiri.

#PermaiMenulis #mengaji #masjid #alquran

Ingin Belajar mengaji :

https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Tuesday, April 06, 2021

Ikan sungai Jelai



Ada peminatnya.
Ikan ini dihantar dalam keadaan masih hidup.
Maknanya masih baru 'ditangkap' dah ada pembeli.
Katanya dapat kat sungai Jelai.
Harga berbeza-beza. Ada harga peraih, harga member, harga kena kapok, macam-macam.
Untuk ikan ini, si pembeli membeli dengan orang tengah RM 25 sekilo darab dengan 13Kg. Jadi jawapannya berapakah harganya ?
Orang tengah pula selamba je beritahu, dia dapat dengan harga RM20 sekilo. Huhu.
Saya bukanlah siapa-siapa dalam cerita ikan ini. Kebetulan sahaja berada di samping ikan ini. Haha.

Apa macam Rafi Kamaruddin asyik 'pikul' ikan cenonet je, meh la kendong ikan besor pulak.

#PermaiMenulis #Ikan #sungai #lipis

Ramadan dah hampir.
Moh kita belajar mengaji al-Quran

https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Monday, April 05, 2021

Mengaji Muqaddam Siri 13, Muka surat 12




Mengaji Muqaddam Siri 13, Muka surat 12
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.


Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)


Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7


#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

https://youtu.be/XllPyCaNakE
https://youtu.be/XllPyCaNakE
https://youtu.be/XllPyCaNakE

https://youtu.be/XllPyCaNakE 

Sunday, April 04, 2021

Ziarah mangsa Ribut di Lipis

Kami Permai Care Pahang Permai Di Hati dan YADIM PAHANG menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Muhammad Hafiz bin Mat Rafik, lepasan SPM 2020 Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dan Ameer Hakim bin Hasbullah, pelajar tingkatan 5 SMA Padang Tengku.
Rumah mereka mengalami kerosakan akibat dilanda ribut yang kuat pada hari jumaat yang lalu.




Angin boleh memberi ketenangan dan keselesaan kepada kita.
Namun sekelip mata ia boleh berubah watak menjadi ancaman.
Semasa sekolah rendah, saya pernah membaca cerpen dalam majalah Dewan Pelajar mengenai kisah angin baik berlawan dengan angin jahat.
Semoga kita semua dijauhkan dari wabak dan bala bencana.

Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #Yadim #SukarelawanYadim #GengPermai #jaip #smapt

Friday, April 02, 2021

Test Kereta Ativa

 



Kereta baru akan sentiasa dikeluarkan.

Walaupun berdepan dengan isu pandemik, pengeluar kereta tetap berusaha keras mengeluarkan kereta baru dan memasarkannya.
Antara kereta nasional yang keluar ketika pasca covid19 adalah Produa Ativa dan Proton X50. Belum campur dengan jenama import lagi.
Sifir pengeluar mungkin berbunyi : Hidup perlu diteruskan.

Mungkin kereta tak laku sebab orang "tiada duit". Tetapi itulah cabaran yang perlu dilalui oleh orang bisnes.

Hasilnya, Walaupun merosot, tetap ada yang membeli.

Trend sekarang bodi kereta besar tetapi CC kecil. Walaupun enjin CC kecil tetapi powernya turbo. Jadinya harga cukai jalan pun rendah.
https://youtu.be/Clyes2_YD7g

#PermaiMenulis #Kereta #Produa #Proton #Ativa

Thursday, April 01, 2021

Jeti Sungai Pahang




Lama benar saya tak jejak kaki ke sini. Terakhir pada tahun 1999 yang lampau. Walaupun jalan utamanya sering saya lalu. Tapi tak masuk ke simpang. Kebetulan kali ini ada kesempatan untuk masuk ke simpang.

Kampung yang dimaksudkan adalah Macang Manis. Tebing Sungai Pahang di situ seberangnya adalah Kampung Kuala Kerdau.
Masjid asal Kuala Kerdau dibina mengadap ke tebing sungai. Jemaah solat jumaatnya terdiri juga dari kampung seberang.
Bila zaman berubah semakin maju, orang guna jalan raya tidak lagi sungai sebagai jalan pengangkutan yang utama. Maka masjid Kuala Kerdau semakin muram dan sepi.
Penduduk seberang tidak lagi menyeberang sungai untuk ke masjid. Sebaliknya mereka keluar ke simpang utama melalui jalan raya. Mungkin ke Masjid Kampung Purun atau Masjid Kampung Kerai.
Akhirnya Masjid Kuala Kerdau dipindahkan ke tapak sekarang di Kampung Taram yang jauh dari Kuala dan Sungai Pahang.
Sekarang Jeti sungai tidak lagi meriah. Yang ada pun sudah uzur. Mujur ada sangkar ikan dan mereka yang hobinya mengail.