Saturday, May 29, 2021



Suasana selepas subuh. Waktu yang tenang, sesuai untuk menghafaz al-Quran dan mengulangkaji pelajaran. Tradisi ilmu zaman silam, kelas pengajian bermula sejurus selepas subuh.

  #PermaiMenulis #subuh #damai

Friday, May 28, 2021

Tiada solat jumaat



Hari ini kome tak solat jumaat, hanya solat zohor berjemaah 4 orang di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis.
Ada 6 orang membuat percubaan hadir ke masjid untuk solat jumaat. Tetapi tertahan di pintu pagar.
Alasan mereka tak tahu pun yang masjid tutup.
Walhal bermula Pkpd lagi Sop jemaah masjid hanya 4 orang.
Menjelang hari nak kuatkuasa Pkpd, setiap waktu selepas solat kami membuat makluman tentang sop masjid pasca Pkpd selain dari poster dan makluman dari pihak berwajib yang disiarkan di media sosial.

Ketahuilah kalian, maklumat sekarang sangat pantas perubahannya. Hendak tak nak kita perlu ada akses dan capaian yang baik untuk mengejar maklumat tersebut.
Maklumat tidak mencari kita. Tetapi kita sendirilah yang kena mencari maklumat.
Nak dapat maklumat kat mana ?
Tak perlu memiliki tv yang besar. Cukup dengan henpon yang ada capaian internet.
Bukan lagi zaman merasa kecukupan dengan hanya memakai Nokia 3310.

#PermaiMenulis #sop #pkpd #jumaat

Masjid Daerah Sultan Mahmud Kuala Lipis




Masjid Daerah Sultan Mahmud Kuala Lipis tertakluk di bawah SOP PKPD bermula 26 Mei sehingga 8 Jun.

Kehadiran solat fardhu hanya untuk 4 orang warga kerja Masjid dan tiada solat jumaat.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Tetap berada di kediaman masing-masing.
Salam hormat dari Imam 🙂
Moh infaq ke Masjid -
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

Tuesday, May 25, 2021

Solat Isyak berjemaah di masjid yang terakhir ?



Suasana Solat isyak di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis tadi. Mula subuh esok masjid akan ditutup untuk kehadiran para jemaah sehingga 8 Jun (tertakluk kepada semasa).
Makanya para jemaah dan orang ramai diminta untuk solat di rumah sahaja.
Mungkin ada yang rasa pahala dan fadhilat berkurangan jika solat di rumah. Lalu berusaha untuk menyusup masuk dan solat di dalam masjid (pengalaman PKP 1.0).

Pandangan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan :

Kami menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu sentiasa melazimi solat berjemaah di masjid atau surau, lalu ia ditinggalkan disebabkan adanya keuzuran tertentu, dan dia mendirikan solat berjemaah di rumah, maka dia akan mendapat pahala sama seperti yang dilakukannya semasa ketiadaan keuzuran tersebut. Pendapat ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-‘Asy’ari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat. Riwayat Al-Bukhari (2996)

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang itu sekiranya dia bermusafir atau sakit, lalu dia melakukan keringanan atau rukhsah yang diberikan kepadanya kerana dua keuzuran tersebut, maka dia akan mendapat ganjaran yang sama sekiranya dia melakukan sesuatu perbuatan dalam keadaan dia bermukim atau sihat.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani berkata : ‘’Hadis ini ditujukan bagi mereka yang melakukan ketaatan lalu terhalang dari melakukannya (disebabkan ada keuzuran), dalam keadaan niatnya jika tidak terdapat penghalang nescaya dia akan berterusan melakukannya (ketaatan)’’.

Kesimpulannya : patuhilah SOP, duduk di rumah jangan nak merayau-rayau. Solat di rumah, mengeteh di rumah. Kalau dah kemaruk nak berborak, boleh call atau nak syok lagi buat video call dengan rodong-rodong.

#PermaiMenulis #LipisPkpd #stayhome #masjid #solat #sop

Sunday, May 23, 2021

Kenali Hamas dan al-Qassam

Kenali Hamas dan al-Qassam yang sangat ditakuti oleh regim zionis Israel dan sekutunya.




Semoga Allah SWT memberi kemenangan buat Umat Islam khususnya di Palestin. #PermaiMenulis #Islam #hamas #Palestine #alqassam https://youtu.be/2wrF2txAUn0 https://youtu.be/2wrF2txAUn0 https://youtu.be/2wrF2txAUn0 Jom menyumbang : Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut: Muslim Care Malaysia (Palestine) MAYBANK: 5644-9021-1159 http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine Yayasan Amal Malaysia CIMB BANK: 8600-296190 http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa Cakna Palestin MAYBANK: 5530-3803-3881 http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang

Friday, May 21, 2021

Pendakwah dan pemimpin kena belajar situasi setempat

Pemimpin mahupun pendakwah perlu memahirkan diri dengan Waqi' setempat.
Ilmu yang dipelajari di Universiti, kelas dan kursus belum tentu menjamin seseorang itu dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.
Melainkan ilmu teori tersebut mesti disesuaikan dengan kawasan setempat untuk dipraktikalkan.

Jika hari hujan sediakan payung. Bukan berbicara mengenai musim panas dan memakai kaca mata hitam.
Jika musim banjir, bicaranya tentang bot, paling "koman" nak cari kasut getah. Bukannya bercerita tentang suasana musim kemarau. Suruh petani menyiram pokok.
Jumpa pekebun durian otai awak cerita projek tanam getah, siap nasihat suruh tebang lagi pokok durian.
Pergi ke Kawasan yang tiada liputan internet. Bicaranya jangan tentang henpon 5G yang terbaru. Itu namanya menganjing.
Pergi ke warung nasi lemak, jangan oder Sushi.
Ziarah orang meninggal dunia, jangan bawak hadiah kek hari jadi.

Kalau belajar sejarah Imam mazhab, perbezaan pandangan dan hukum antara mazhab ada yang disebabkan kerana zaman yang berbeza, penduduk yang majoriti Islam dengan masyarakat majmuk dan suasana kampung dan kota yang maju.

Jika tidak tahu, bertanyalah kepada ahlinya. Jangan tersilap tanya kepada orang yang lurus atau mereka yang nak mengampu.
Supaya kita tak nampak "paner" dan pelik di mata orang setempat.


#PermaiMenulis #daie #waqi' #pemimpin

Wednesday, May 19, 2021

Laksa Kena Kecam

 Heboh cerita Laksa.

Dulu-dulu, rumah kami di el-Kholusi menu utamanya ketika jamuan raya adalah laksa.
Memang tak dapatlah nak lengkap bahannya macam di tanah air, tapi kami tak merasa 'malu' untuk declare kepada sahabat handai yang menu rumah kami adalah laksa. huhu.
Spageti peranannya besar. Selain spageti makanan asal Itali tu, spageti juga diejas menjadi mee dan laksa. Mee goreng Mamak pun pakai spageti.
Ikan pula, chef kami Tuan Muhammad Arshad dibantu oleh Abu Mehdi dan jemputan untuk tolong memasak Saudara Hafizul hanya menggunakan ikan dalam tin sardin.
Tetamu rasmi yang makan laksa jadian tersebut tentunya Wan Abu Bakar dan Mohd Hasbullah Alberawi .

Laksa pun deme boleh bergaduh. Hantar jadi perisik kat Israel kang baru menangis. Menyamar buka gerai laksa kat sana. Amacam ?

#PermaiMenulis #laksa #laksam #cool #FreePalestine

Muqaddam Muka Surat 18 Siri 21


Muqaddam Muka Surat 18 Siri 21 Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji​ Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/G9tIc7b9B_8 https://youtu.be/G9tIc7b9B_8 https://youtu.be/G9tIc7b9B_8  

#PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran 

Muqaddam Muka surat 16-17 Siri 20

Muqaddam Muka surat 16-17 Siri 20



Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji​ Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/2rlzW7mXDbg https://youtu.be/2rlzW7mXDbg https://youtu.be/2rlzW7mXDbg #PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran

Tuesday, May 18, 2021

Muqaddam Muka surat 16 Siri 19

Muqaddam Muka surat 16 Siri 19



Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji​ Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/Fdxsujqi2OY https://youtu.be/Fdxsujqi2OY https://youtu.be/Fdxsujqi2OY #PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran

Muqaddam Muka Surat 16 Siri 18

Muqaddam Muka Surat 16 Siri 18



Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji​ Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/phQT2yZkUsA https://youtu.be/phQT2yZkUsA https://youtu.be/phQT2yZkUsA #PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran

Monday, May 17, 2021

Kek Raya dan Bendera Palestin



Menerima Kek Selamat Hari Raya dari Kak Zila. Tak dapat pergi beraya ke rumah bukan halangan untuk tak dapat makan kek raya.
Siapa nak makan kek raya ?
Boleh oder dengan diorang ni : Asilah MamasabBakery Ain Nasuha MamasabBakery Nadhirah Roslan Husna Burhanudin Aqilah Mokhtar

Kelihatan bendera Palestin disitu. Hasil tangan Ashikin Permai. Oder dengan Shoope lambat lagi sampainya.
Bendera sebagai syiar dan panji kekuatan.
Kita mungkin tak merasa sangat aura sesebuah bendera.
Bagaimana dalam peperangan, yang kalah akan menurunkan bendera dan yang menang akan menaikkan benderanya.
Saidina Mus'ab bin Umair dalam perang Uhud menjaga Bendera tentera Islam, sehinggalah beliau syahid dan anggota badannya ditetak. Bendera tentera Islam disambut oleh pejuang yang lain selepas kesyahidan Mus'ab.
Saidina Jaafar bin Abi Talib memegang bendera tentera Islam dalam perang Muktah. Beliau terus menjulang bendera yang diberikan Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan hilang kedua tangan, menahan dengan kedua lengan dan mengigitnya kukuh dengan gigi, sehingga beliau syahid.
Lihat suasana di negara Turki. Masyarakat mereka sentiasa mengibarkan bendera Turki di premis mereka. Mereka masih terkesan dengan sejarah Khilafah Othmaniyyah yang hebat. Mereka bangga dengan sejarah kehebatan tersebut. Lalu disimbolikkan dengan berasa hebat dan megah dengan bendera Turki.
Palestin akan sentiasa dekat di hati kita.
Buktikannya.
Jom menyumbang :
Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut:

Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK: 5644-9021-1159

http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine

Yayasan Amal Malaysia
CIMB BANK: 8600-296190

http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa

Cakna Palestin
MAYBANK: 5530-3803-3881

http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang

#Aid4Palestine. #SelamatkanMasjidilAqsa. #BebaskanPalestin #PermaiMenulis

Sunday, May 16, 2021

Muqaddam Siri 17 Muka Surat 15

 Muqaddam Siri 17 Muka Surat 15


Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji​ Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/yhutWt6YGdk https://youtu.be/yhutWt6YGdk https://youtu.be/yhutWt6YGdk #PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran

Saturday, May 15, 2021

Awas propaganda musuh

Penuh group wasap kami dengan cerita, berita dan video tentang Palestin.
Kebanyakannya adalah berulang-ulang, bukan sekadar berulang dalam group yang berlainan tetapi berita yang sama telah dipost dalam group yang sama.
Nampak sangat tukang foward pun tak tengok. Seronok jadi tukang share je.
Tidak salah untuk kita beria update sebagai kecaknaan kita terhadap isu di Palestin.
Namun, pastikan cerita yang kita update itu sahih.
Rujuk sumber primer yang dipercayai. Kerana kena juga berhati-hati dengan propaganda pihak musuh. Scammer pun mungkin ambil kesempatan.

Tapi sedihnya, ramai lagi yang tak cakna dan saja tak nak ambil tahu.

Kempen #Aid4Palestine. Selamatkan Masjidil Aqsa. Bebaskan Palestin.

Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut:

Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK: 5644-9021-1159

http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine

Yayasan Amal Malaysia
CIMB BANK: 8600-296190

http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa

Cakna Palestin
MAYBANK: 5530-3803-3881

http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang

#PermaiMenulis #SavePalestine #BebaskanAqsa

https://t.me/azraie_menulis

Friday, May 14, 2021

Solat Raya di Masjid Daerah




Kenangan di pagi 1 Syawal.
Bilangan kehadiran hanya 50 orang sahaja yang dibenarkan.
Paginya Masih ada yang panik kerana masih tidak membayar zakat fitrah.
Sedangkan kini zakat boleh dibayar secara online. Kalau dah "emegensi" online je lah. Rupanya depa tak tahu pun.
Isu tak tahu kesnya tidak cakna dan ambil peduli berkaitan isu semasa.
Pengalaman kami menguruskan SOP Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis sejak PKP 1.0, walaupun telah dimaklumkan secara lisan, secara bertulis, sebaran dalam group. Tetap ramai yang ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Bagaimanakah hendak mencaknakan rakyat kita ?

https://t.me/azraie_menulis

http://syababgr.blogspot.com/

#PermaiMenulis #aid4palestine #ShameOnIsrael #jaip #jakim

Thursday, May 13, 2021

Pelbagaikan media sosial

Beberapa FB sahabat kena blok. Tak boleh komen dan pos selama 24 jam. Sebabnya komen kutuk Israel kaw kaw.
Makanya nak balas ucapan raya pun tak lepas
Gone kan, sosmed yang kita guna ni kroni depa.
FB, IG, Whatsapp satu tokey je.
Kita perlu memperbagaikan media dan medium yang ada. Jika mampu, teroka dan kuasai semua apps medsos.
Sebelum ni, tular sekejap kempen guna BIP, aplikasi dari Turki. Tapi hangat memula je. Tak sampai sebulan rasanya. Unistall belaka.
Antara medium yang lebih 'aman' ialah aplikasi Telegram. Jom kita bergiat di telegram juga selain di apps yang lain.

https://t.me/azraie_menulis

#PermaiMenulis
#aid4palestine
#numed
#syawal

Wednesday, May 12, 2021

Free Palestine

Tahun 1993 saya mengikuti ayah ke sebuah program di Taman Melewar. Tak ramai orang pun dalam program tersebut dan di pintu masuk dewan ada sebuah meja jualan. Kelihatan penjualnya seorang Palestin yang sedang rancak berbual dengan Ustaz Hasan Syukri.

Ayah membeli kaset nasyid dan Video tape persembahan intifadah dalam bahasa arab.
Kaset nasyid tersebut hampir setiap hari dimainkan di dalam kereta sehingga saya terhafal ayat pertama surah al-Isra’ yang dibacakan di dalam kaset tersebut.
Video tape persembahan Intifadah yang terdiri daripada persembahan nasyid, lakonan dan syair kanak-kanak dan pemuda selalu juga dimainkan. Walaupun tidak faham akan maksud liriknya tetapi nadanya yang bersemangat dan style pakaian para mujahid menyebabkan kita ‘layan’ menonton persembahan tersebut.
Persembahan mereka tidak sama dengan program persembahan kita.
Kita mungkin mampu untuk menganjurkan program seperti Bersamamu Palestin. Kita boleh melaungkan lagu-lagu perjuangan yang bersemangat, membaca sajak dengan penuh emosi dan melakonkan watak mujahidin di sana. Tetapi mereka melaluinya secara realiti.
Namun kita tetap perlu cuba sedaya upaya untuk ‘merasai’ penderitaan saudara kita di Palestin.
Penghujung Ramadan mereka di sana tak kira tua muda lelaki perempuan berjalan dan memandang muka zionis dengan berani.
Tak terfikir bagaimanalah agaknya nanti nak menyambut hari raya.

Kita di sini, tak dapat balik raya, tak dapat solat raya dan ziarah kubur pun ada yang dah koyak. Pastu seronok dengan pencapaian “Bawangrangers” yang dikatakan telah berjaya mengoyakkan wartawan dan ahli politik Israel. Jangan seronok sangat weh.

Lalu apakah yang boleh kita sumbangkan ?
Jangan lupa berterusan berdoa buat mereka. Beri Sumbangan dana kewangan melalui wakil yang dipercayai. Serta berusaha untuk ‘boikot’ barangan dan produk zionis dan sekutunya.
Insya-Allah Islam pasti menang.

#PermaiMenulis #ShameOnIsrael #FreePalestine #Syawal #pkp3



Tuesday, May 11, 2021

Majlis Khatam al-Quran

Ada apa dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran memiliki Fadhilat yang sangat banyak dan kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah diturunkan rahmat dan dimustajabkan doa ketika majlis tersebut.

Athar daripada Anas bin Malik RA :

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ، جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهْلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Maksudnya: “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.”

وروى باسانيده الصحيحة عن الحكم بن عتيبة قال: ارسل الى ما جهد وعبده بن لبابة فقالا: «انا ارسلنا اليك لانا اردنا ان نختم القرآن والدعاء يستجاب عند ختم القرآن» وفي بعض الروايات: وانه كان يقال: ان الرحمة تنزل عند خاتمة القرآن».
وروى باسناده الصحيح عن مجاهد قال: كانوا يجتمعون عند ختم القرآن، يقولون: تنزل الرحمة

Maksudnya : daripada al-Hakam bin 'Utaibah, katanya :
Mujahid dan 'Abdah bin Lubabah telah diutuskan kepadaku dan mereka berdua berkata " Kami diutuskan kepadamu kerana kami ingin mengkhatamkan al-Quran. Doa benar-benar mustajab ketika khatam al-Quran".
Dalam riwayat yang lain : Sesungguhnya rahmat turun ketika khatam al-Quran.
Sanad yang sahih dari Mujahid : Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran dan berkata Rahmat sedang turun".

Abdullah bin Mubarak apabila beliau mengkhatamkan Al-Quran, beliau akan memperbanyakkan doa kepada kaum muslimin

Imam al-Nawawi mengatakan sunat muakkad hukumnya menghadiri majlis khatam al-Quran.

Itu baru hadir majlis khatam al-Quran. Belum lagi cerita mereka yang melazimi membaca al-Quran sehingga khatam.

#PermaiMenulis #Khatam #alquran

Monday, May 10, 2021

Muqaddam Siri 15 Muka Surat 13-14




Muqaddam Siri 15 Muka Surat 13-14 Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/XbwkDBmdcyo https://youtu.be/XbwkDBmdcyo https://youtu.be/XbwkDBmdcyo #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Sunday, May 09, 2021

BAGAIMANA INGIN MENGUBAH DUNIA



John Wood seorang pengurus pemasaran di Microsoft yang gajinya level kayangan, sering bertugas di pelbagai buah negara besar tiba-tiba berhenti kerja dan mengusahakan sesuatu yang belum pasti menghasilkan sebarang pendapatan.
John Wood telah mengasaskan Room to Read, sebuah badan amal.
Badan amal tentunya akan meminta sumbangan derma bagi menjayakan aktivitinya.
Kata John Wood "salah satu cara untuk membezakan Room to Read dengan badan amal yang lain adalah dengan sentiasa bercerita tentangnya dan mengemas kini hasil kejayaan projek kami. Daripada bercakap apa yang kami mahukan, sebaliknya bercakap apa yang telah kami capai.
Bagaimana kaedah John Wood membina team juga sangat menarik untuk dicontohi. Staf pertamanya Erin seorang yang sangat berpengalaman dalam misi kemanusian di Vietnam. Kata John Wood kepada Erin "beliau tidak mampu untuk membayar sebarang imbuhan gaji"
Room To Read mampu bergerak kerana ada orang seperti Erin yang menawarkan diri membantu tanpa prasyarat.
Peringkat awal, Pejabat mereka hanyalah di kedai kopi. Tetapi hasilnya mereka telah berjaya :
-membina lebih 1400 buah sekolah.
-menubuhkan lebih 11000 buah perpustakaan.
-menerbitkan lebih 500 judul buku kanak-kanak.
-menyumbang lebih 9 juta buah buku kanak-kanak.
-menubuhkan lebih 125 buah makmal komputer.
-membiayai hampir 11 000 biasiswa kepada pelajar.

Jika Room to read mampu. Kita orang Islam tentu boleh pergi lebih jauh dan hebat lagi.
Jom kita !

Mohon Sumbangan derma
NGO Permai
Bank Rakyat : 11-0155607-5

Perkim Cawangan Daerah Lipis
Cimb : 8005454945
Bank Rakyat : 111341009946

#PermaiMenulis #Roomtoread #ngo #berdikari #bersamaIslam #PerpaduanRamadan

Friday, May 07, 2021

Barisan Pegawai masjid Daerah Lipis



Kami pegawai Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis Mengambil gambar kenangan pada hari jumaat terakhir di bulan Ramadan tahun ini bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis. Sambil-sambil bagi "giftbag rayer".

#PermaiMenulis #ramadan #jumaat #lipis #jaip

Hadiah Raya Petugas Masjid










Hadiah Raya sebagai Penghargaan kepada sukarelawan yang bertugas melancarkan urusan perjalanan solat jumaat sepanjang pandemik Covid19.

Sama-sama kita jaga kita.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#MasjidDaerahLipis #lipis #masjid #jaip #jakim #jumaat #GengPermai

Jumaat terakhir Ramadan



Walaupun berpuasa, petugas kawalan solat jumaat tetap menjalankan tugas.
Adat akan ada yang tak puas hati.
Ada yang berkata beria sangat nak ikut SOP.
Kesnya sebab depa kena tegur dek anggota Rela ketika nak masuk ke kawasan premis Masjid.
Macam-macam lagi ragamnya kalau nak diceritakan.

Hujung-hujung Ramadan jom menderma -
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#masjid #masjiddaerahlipis #jumaat #ramadan #lailatulqadar #lipis #jaip #jakim #Rela

Imam berbuka puasa



Iftar bersama-sama meraikan para imam terawih yang bertugas di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis.
Ramadan semakin sikit bakinya. Jangan persiakannya.
Antara nikmat Ramadan ialah saat berbuka puasa.
Jom kita belanja orang berbuka puasa. Kalau tak tahu nak belanja siapa. Kami bersedia. Taja juadah iftar di masjid pun masih ada peluang.
Selain itu, jangan kerana beria nak makan terabai ibadah yang lain seperti solat maghrib.
Nak pula waktu maghrib pendek.

Kita di Ramadan ke 25. Malam ganjil di 10 malam terakhir.

#PermaiMenulis #ramadan #PerpaduanRamadan #10MalamTerakhir #iftar

Thursday, May 06, 2021

Pulihara Bangunan Lama





Bangunan lama adalah khazanah yang perlu dipulihara.
Selalu kita beria atas nama pembangunan dan kemodenan membina ratusan bangunan baru.
Tidak salah !
Tetapi bangunan lama tiada siapa yang peduli.
Walhal kalau bangunan lama terus dijaga dan digunakan, terasa lain auranya dan boleh dijadikan sebagai bangunan warisan sejarah yang menjadi tarikan pelancong dan golongan muda.

Sayangi Khazanah warisan negara.
#PermaiMenulis #warisan #sejarah #bangunanlama

Wednesday, May 05, 2021

Perang Qadisiah dalam bulan Ramadan

Parsi jatuh ke tangan Islam dalam Perang Qadisiah .
Berlaku dalam bulan Ramadan iaitu 9 Ramadan tahun 16 Hijrah.
Hanya 4 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW ketika pemerintahan Khalifah Umar RA.
Panglima perang ketika itu ialah Saidina Saad bin Abi Waqas.
Saidina Saad bersama pasukannya telah menyeberangi sungai Dajlah. Beliau membaca ayat 145 dari surah al-Imran :

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ كِتَـٰبًا مُّؤَجَّلًا ۗ وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ ٱلدُّنْيَا نُؤْتِهِۦ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ ٱلْـَٔاخِرَةِ نُؤْتِهِۦ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِى ٱلشَّـٰكِرِينَ
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
(Ali-'Imran:145)

Saidina Saad dengan kudanya masuk ke dalam sungai Dajlah bersama pasukannya. Apabila tentera Parsi melihat kedatangan tentera Islam sedemikian rupa (ibarat berjalan di atas air), mereka berkata "jin telah datang, jin telah datang".

Ramadan merupakan bulan kekuatan umat Islam. Tiada yang mustahil di sisi Allah.

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

#PermaiMenulis #PerpaduanRamadan #penghujungRamadan #ibrah

Sunday, May 02, 2021

Nilai Ukhuwwah

Ukhuwwah fillah abadan abada.
Disyarahkan dengan dalil-dalil.
Serta kisah-kisah sirah melalui
siri seminar, daurah, kuliah, wacana dan modul.

Program-program motivasi dan kem kepimpinan jarang tidak menyelitkan modul ukhuwwah di dalam slot.

Lagu nasyid dan sajak yang bertemakan Ukhuwwah sering dimainkan di dalam program-program. Terutama ketika di akhir-akhir program dan majlis wida'.

Benarkah Ukhuwwah Fillah yang dibina itu utuh ?
Atau hanya slogan sahaja.

Awak merasainya, kerana betapa ramai yang bersemangat menyanyikan lagu tema ukhuwwah, melaksanakan task modul ukhuwwah dengan jayanya kini sudah terputus hubungan. Ibarat seperti orang asing yang tidak dikenal.

Walhal ada di kalangan mereka dahulunya dijaga, dibawa, diajarin dan diangkut kemana-mana supaya mereka tidak tercicir menjadi gelandangan dan dapat bersama-sama meneruskan perjalanan.

Realitinya, ramai yang membina Ukhuwwah berasaskan material dan duit.
Kita follow dan rapat seseorang kerana dia dapat memberi kita duit, jawatan dan pekerjaan.
Bila dia tidak dapat memenuhi kehendak yang diharapkan, seperti perniagaan telah merosot, pangkat kenamaan telah tiada, telah pencen bersara.
Maka, Kita tinggalkan dia, ada yang "bye bye" tanpa sebarang ucapan.

Imam Hasan Al-Banna ada menyebutkan : Yang dikehendaki dengan ukhuwwah ialah mengikat antara hati dan jiwa dengan aqidah.
Ikatan Aqidah merupakan ikatan paling kuat dan tinggi. Ukhuwwah ialah saudara iman, manakala perpecahan ialah saudara kekufuran.

#PermaiMenulis #Ukhuwwah #realiti #PerpaduanRamadan