Friday, May 19, 2006

Hiburan.

Dewasa ini budaya suka berhibur semakin menjadi-jadi di kalangan umat Islam. Semua lapisan umur terjebak dalam budaya ini. Baik golongan muda, remaja, kanak-kanak tidak terkecuali golongan yang sudah memasuki alam veteran.
Lebih parah apabila golongan yang dikatakan terpelajar juga terlibat sama. Namun yang lebih mengecewakan ialah keterlibatan golongan yang diberi pemahaman agama secara formal, senang kata ustaz dan ustazah yang menjadikan budaya hiburan ini sebagai asam garam yang wajib ada dalam kehidupan mereka.
Pernah terdengar di telingga kita perbualan golongan ustaz-ustazah ini seperti “minggu ni af siapa yang terkeluar”, “Siapa ye yang menang anugerah lagu baru ni” dan percakapan-percakapan seumpamanya yang hakikatnya kurang enak untuk kita dengari.

Sehinggakan timbul istilah hedonisme yang sebelum-belum ini tidak pernah terdengar oleh kita akan istilah tersebut.
Isu ini walaupun sudah lama tapi ianya semakin barlarutan dan berterusan seolah-olah tiada titik penghujungnya. Banyak majalah-majalah, Suara-Suara Kampus yang kita baca telah pun menimbulkan isu ini:
Gejala Hedonisme yang semakin menjadi-jadi di kalangan agamawan.

Sebenarnya dalam Islam berhibur bukanlah perkara yang dilarang. Secara fitrah memang manusia suka kepada perkara yang menggembirakan, bersenang-lenang, gelak ketawa, bermain-main dan mengelak daripada sedih dan susah.

Hiburan Rasulullah s.a.w

Persoalan yang pernah ditimbulkan oleh kaum kuffar ; kenapa Rasul bukannya dari kelompok Malaikat yang suci. Jawapannya ialah Rasul dipilih dari kelompok manusia sendiri kerana supaya timbul persamaan seorang Rasul itu dengan orang biasa seperti makan, minum, tidur, ada perasaan, Kalaulah Rasul dari kalangan malaikat tentu susah untuk melaksanakan sesuatu syariat contohnya puasa. Orang akan berkata Malaikat bolehlah sebab tidak makan dan minum.
Berbalik kepada soal hiburan, Rasulullah s.a.w juga berhibur. Banyak kisah yang telah kita baca menceritakan bahawa Rasulullah tidak terkecuali dalam berhibur.
Antaranya ;
i-Hiburan yang mubah
-Nabi bergurau dgn perempuan tua dengan mengatakn ‘syurga tidak dapat menerima orang tua...’, Hadis riwayat Tarmizi.
-Lumba lari (Rasulullah pernah bermain lumba lari dengan Aisyah).
Hadis riwayat Ahmad&Abu Daud.

-Gusti:Rasulullah pernah bergusti dengan Rukanah.
Hadis Riwayat Abu Daud.

-Memanah: Hadis Riwayat Bukhari maksudnya (panahlah aku bersama kamu)

-Bermain senjata (latihan menggunakan senjata) dalam masjid Nabi
(hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

-Menunggang kuda(lumba kuda) Nabi mengadakan pertandingan lumba kuda
(riwayat Ahmad)
-berburu: disebut dalam Al Quran (apabila telah bertahallul, bolehlah kamu berburu.)

ii- Nyanyian & Muzik: Islam membolehkannya selagi tidak bercampur dengan kata-kata kotor, cabul & dosa. Hadis Bukhari & Muslim: (perempuan Ansar (hamba) menyanyi & bergendang disamping Rasulullah pada Hari Raya.

iii- Anak Patung: Aisyah pernah bermain anak patung (riwayat Bukari)

Namun ingat:
#Nyanyian & muzik yg melampau, disertai arak, percampuran lelaki& perempuan, pendedahan aurat, peninggalan solat, melalaikan:: ulamak bersepakat mengatakannya
HARAM

Hedonisme ; Suatu Pengenalan
Perkataan ini berasal daripada bahasa Greek HEDONE yang bererti keseronokan, kegembiraan dan kebahagiaan.
Pengasasnya ialah Epicurus di Athens pada zaman Greek purba.
Hedonism adalah prinsip yang mempercayai bahawa kelakuan manusia adalah dipandu oleh usaha untuk mencari kegembiraan, keseronokan, serta menolak dan mengelak bencana.
Fahaman ini mengatakan bahawa matlamat hidup manusia adalah untuk mencari keseronokan.
[Sedikit huraian]::fahaman ini menolak perkara ghaib & kepercayaan kepada Tuhan, Ia menjadi asas kepada fahaman materialistik & sains moden. Kewujudan dunia ini terbatas setakat apa yang boleh dicapai oleh pancaindera sahaja. Pancaindera sahajalah yang dapat menentukan sesuatu(material)..
Tokoh moden ajaran ini ialah
Jeremy Bantham, John Stuart Mill dan Henry Sidgwick...

Penutup
Marilah kita kembali bermuhasabah diri kita sendiri. Adakah kita termasuk di kalangan mereka yang suka berhibur, Hiburan yang macamana? Di mana kita ?, hanya kita sendiri yang dapat menentukannya. Semoga kita semua termasuk di dalam kelompok yang dinyatakan dalam Al Quran
“Pada hari yang tidak lagi bermanfaat harta serta anak pinak melainkan mereka yang datang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.”
TAmat
by, syababGr.





1 comment:

  1. Alhamdulillah, bagus anak2 muridku pandai buat blog sendiri.. tp kalau sama2 geng IT kat M'sia(kekwn sy), geng bloger ni org2 yg mempunyai byk masa lebih seharian.. syok berblog juga jgn sampai terlupa tujuan asal ke sana ye.. Belajar!!Slmt Maju Jaya!!

    Semoga sihat sokmo..

    abulotou@yahoo.com

    ReplyDelete