Tuesday, June 10, 2008

Kenapa mahu menjadi Ustaz/ustazah?.
Apakah menjadi ustaz/zah merupakan suatu kerjaya? @ tuntutan @ bagaimana?

Biasanya istilah Ustaz/zah digelarkan kepada individu yang mengajar agama tak kira pengkhususan apa, hatta mengajar bahasa arab pun, mengajar mengaji dsb… Lebih khusus kepada mereka yang mengajar subjek agama di sekolah-sekolah.

Sekarang, cukup ramai mereka yang bergelar Ustaz/zah. Namun, kenapa dengan ramainya golongan agama ini masih tidak dapat membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan amal Islami.
Persoalan… kenapa tidak menjadi ?

Banyak pendapat, ada yang berkata masalah dari Ustaz/zah sendiri yang tiada penghayatan amal Islami dalam diri. Hanya kebetulan berkelulusan agama, lalu mereka hanya ‘bekerja’ untuk mencari rezeki mengajar agama mengikut silibus-silibus dan waktu-waktu yang telah ditetapkan. Mereka hanya menjadi Ustaz sewaktu dalam tempoh mereka bekerja. Selepas tamat waktu kerja maka tamatlah identiti ustaz mereka.

Maka, bila bergitu..ajaran mereka hanya sekadar luaran sahaja, bergantung slibus, tidak disertai dengan sepenuh jiwa dan raga mereka, hasilnya pengajaran tidak meresap ke dalam jiwa anak murid. Memang dalam dunia serba cerdik ini, biasanya pelajar akan skor dalam mata pelajaran agama, namun tidak disertai dengan penghayatan apatah lagi mengamalkannya.

Lalu, lahirlah masyarakat yang semakin teruk, porak peranda dan bermacam-macam masalah lagi.
Sekadar bermuhasabah bersama, mudahan kita semua tidak menjadi seperti itu, kita kena sentiasa sedar bahawa tugas dan tanggungjawab menyampaikan risalah Allah ini merupakan suatu kewajipan, bukannya hanya suatu kerjaya biasa.

Jika tidak, kita akan rugi, hanya mendapat imbuhan dunia yang cukup tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pekerjaan lain. Jadi dua kali kita rugi. Biarlah walaupun imbuhan dunia yang tidak seberapa namun hasilnya di akhirat nanti jauh lebih tinggi tidak ternilai dengan kiraan dunia..insyaAllah.

1 comment:

  1. salam..
    benar-benar, tiada yang tak benar melainkan yang benar2 belaka :)
    Sedih juga dengan golongan2 sebegini. Moga Allah beri hidayah

    ReplyDelete