Sudah dekat 3 minggu sistem pembesar suara masjid kami rosak.
Mujur ada seorang jemaah menginfakkan portable mic, boleh lah cover
sikit-sikit. Hari-hari biasa selain dari Jumaat, makmum muslimat mungkin antara
dengar tak dengar pada waktu solat dan
kuliah maghrib.
Masjid selain dari hari jumaat tak lah penuh, sesuku ruangan
solat belum tentu penuh. Menjelang jumaat barulah penuh, sampai melimpahi
beranda masjid. Masa solat jumaat pasti ramai yang tak dengar satu habuk pun sama ada masa khutbah ataupun solat
jumaat. Tak mampu portable yang kecil tu nak cover.
Setiap pagi sabtu pula sekarang ini dalam tempoh musim
kursus haji, ratusan juga pesertanya. Peserta teramainya dari warga veteran tentulah
juga tak berapa nak dengar. Pihak Tabung haji ada lah bawa portable speaker
mereka yang diikat di pinggang, mana nak dapat dengar satu masjid. Yang tu
dalam bas dan biasanya pemandu pelancong
yang guna.
Bukan pihak pegawai masjid rasa 'hepi' dengan perkara yang
berlaku ini. Orang awam pastinya menyuarakan kepada pegawai masjid. Seolah-olah
pegawai masjid tidak ada sensitiviti, atau lemah sangat dalam tindakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Sebenarnya pegawai masjid pun boleh jadi tersepit dan
tertekan. Orang awam mengadu hal kepada mereka tetapi mereka tidak dapat
berbuat apa pun. Mereka tahu masalah tersebut tetapi ruang untuk bertindak
menyelesaikannya sangat sempit dan terhad. Bukan berlaku di Masjid kami sahaja,
realitinya di hampir keseluruhan masjid-masjid daerah dan qaryah dalam negeri Pahang ini.
Isunya ialah, suatu pihak lain yang digelarkan sebagai AJK
masjid yang merasakan diri mereka cukup berkuasa di masjid. Kalau di
masjid-masjid daerah lagilah, tak perlu ada mesyuarat agong, perlantikannya pun
main pakai kroni sahaja. Kalau mereka ini betul-betul menjalankan tugas kira ok
lah.. Ini ramainya yang tidak ambil peduli pun berkaitan masjid. Belum sebut
lagi pasal kehadiran ke masjid. Majoritinya solat jumaat sahaja. Sekali
seminggu sahaja datang ke masjid. Itupun mujur.
Dalam masalah sistem pembesar suara masjid kami, kena pantak
dahulu baru lah terhegeh nak bertindak. Macam tak boleh dah nak berfikir cergas
untuk bertindak menangani masalah yang perlu 'urgent' diselesaikan.
Itu pun bagi cek sahaja, berkira sangat kosnya. Padahal
bukan duit depa sendiri pun, duit sedekah orang ramai. Sudah tentu orang yang
bersedekah harapkan supaya duit mereka digunakan untuk kepentingan masjid dan
agama. Bukannya disimpan dalam bank sampai ratus ribu. Lepas itu pihak pegawai
masjid lah yang jadi kulinya pergi ke sana ke mari membeli speaker. Bila speaker
atau mikrofon rosak, kita minta beli yang baru, depa ungkit balik kos pembelian
yang lepas. Pergi beli sendiri bukannya tak nak, tapi tak boleh nak fikir dalam
diri untuk bertindak sampai ke tahap itu. Jadi AJK yang naknya…kalau boleh
seumur hidup.
Nak buat macamana…Tuan puan yang pilih depa jadi AJK…..
No comments:
Post a Comment