XPDC merupakan kumpulan rock terkenal tanah air yang
barangkali telah disebut-sebut sebagai kumpulan lagenda. Sebelum bergelar XPDC
mereka menggelarkan kumpulan mereka dengan nama Tragedy. Sesuai dengan nama
tersebut, banyak tragedy telah menimpa mereka, lalu mereka menukar jenama
mereka dengan nama XPDC. Saya bukanlah mahu menceritakan perihal kumpulan ini.
Cuma satu lagu dari kumpulan mereka iaitu Semangat yang hilang menjadi lagu
rasmi asrama sekolah saya dahulu yang akan dinyanyikan beramai-ramai ketika
perhimpunan warga asrama di pagi ahad.
Satu lagi perkembangan menarik berkaitan kumpulan ini juga,
bekas vokalis mereka, yang dikenal
dengan Ali XPDC, Mail XPDC sudah mula
mesra dengan jemaah Islam. Beberapa persembahan mereka yang akhirnya
dikemuncakkan dengan slot soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus dengan
mereka pula menjadi tukang baca soalan yang kemudiannya dijawab oleh bos besar
(Ustaz Azhar). Suatu perkembangan yang sangat memberangsangkan..
Pointnya..Kenapa saya sebut perihal kumpulan ini, kerana
namanya asal dari tragedy kepada XPDC. Kisah saya pula dari XPDC kepada
tragedy.
Minggu lalu, selesai
dari suatu XPDC, saya ditimpa tragedy cermin kereta dipecahkan orang. 2 beg dan
HP dilarikan.
Minggu kini, selesai dari suatu misi XPDC, bila tiba di
rumah, pintu depan cuba dicungkil orang. Alhamdulillah mereka tak berjaya.
Rupanya ada orang minat nak follow saya. Adakah saya kaya? Atau pun banyak
maklumat sulit? ;)
Begitulah kisah saya- Dari XPDC kepada tragedy khilaf dengan
kumpulan rock yang asalnya dari Tragedy kepada XPDC.
Sekian...
Dari XPDC
Kepada tragedi
No comments:
Post a Comment