Tuesday, June 26, 2012

Berjumpa dengan warga SMJK


Pagi semalam saya dijemput membuat sedikit pengisian berkaitan Isra’ Mikraj di sebuah sekolah di Lipis. Menariknya sekolah tersebut Sek. Men Jenis Keb. Chong Hwa ialah sekolah jenis kebangsaan Cina. Tetapi program Isra’ Mikraj ini hanya kepada pelajar muslim sahaja. Pelajar Muslim dari tingkatan 1 sehingga 5 hanya seramai 25 orang. Jadi pengisian saya hanya tertumpu kepada 25 orang pelajar ini sahaja. Pentadbir sekolah (Pengetua & GPK) berbangsa Cina, namun guru-guru majoritinya orang melayu yang beragama Islam. Walaupun guru ramai beragama Islam, tetapi murid lagi ramai yang bukan beragama  Islam. Peluang baik juga untuk guru berdakwah kepada anak murid. Masalah utama di sekolah ialah makanan di kantin bukan dimasak oleh orang Islam, guru-guru biasanya membeli makanan di luar. Bagi pelajar muslim pula pandai-pandailah nak hidup. Cuma menyedihkan.. ada juga yang selamba sahaja beli dan menjamu salera di kantin non muslim tersebut. Berbalik kepada program saya tadi, saya berasa gembira juga sebabnya memberi pengisian kepada 25 orang pelajar sahaja, senang dan mudah nak control. Program berakhir dengan jamuan makan yang makanannya dimasak secara pakat-pakat oleh para guru. Syabas kepada SMJK(C) kerana berjaya mengadakan program berbentuk keagamaan..mudah-mudahan syiar Islam semakin berkembang luas.



Malam semalam pula, selepas solat Isya’ , sesi kelas hafazan berjalan di Masjid Sultan Mahmud. Mengimbas kembali tiga tahun lepas, untuk pertama kalinya dalam sejarah masjid Sultan Mahmud, kelas hafazan dijalankan di masjid. Sebelum daripada ini hanya kelas mengaji dan belajar tajwid sahaja. Namun setelah cuti pada  bulan Ramadhan bersambung pula dengan syawal.. kelas hafazan tersebut terus bercuti. Awal tahun 2012, kami telah bercadang semula untuk menghidupkan kembali kelas hafazan namun perjalannya sangat sukar. Sehinggalah bulan Jun barulah kelas ini dapat beroperasi semula. Saya mengharapkan kelas ini dapat berjalan lancar InsyaAllah…   

Awal bulan ini juga, Kelas pengajian muslimat (untuk guru-guru al-Quran asrama) yang berjalan pada setiap pagi khamis dan jumaat di masjid Sultan Mahmud terpaksa 'dibubarkan'. Kelas yang telah lama berjalan hampir 8 tahun ini dibimbing oleh Ustaz Abdul Rahman Ngah (Beh Bedu), sehinggalah pagi khamis (pukul 7 lebih) Ustaz Abdul Rahman dipanggil bertemu menghadap ilahi. Anak murid yang ditinggalkan oleh Allahyarham sangat ramai, kerana beliau begitu komited mengajar agama ke merata-rata tempat. Setiap hari hidup beliau dipenuhi dari pagi sehingga malam dengan mengajar Agama.. sama-sama kita doakan mudahan roh Allahyarham bersama dengan para syuhada' as solehin..InsyaAllah.

Kenangan ketika jamuan hari raya (mac 2010) kelas pengajian Ustaz Abd Rahman. Allahyarham (kiri sekali). Kelihatan AF Qadhi Daerah Lipis (sekarang menjawat Imam Besar Masjid Negeri) sedang menyampaikan ucapan.



No comments:

Post a Comment