Menjelang bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan ibadah,
kita diseru supaya memperbanyakkan amalan. Pada kesempatan ini, saya ingin
menimbulkan isu berkaitan dengan -
Tadarus Al-Quran.
Kita telah mendengar ceramah dari
ustaz-ustaz yang menyatakan pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran. Pada bulan
Ramadhan juga Rasulullah akan bertadarus dengan malaikat Jibril setiap tahun dan
pada tahun kewafatannya, Rasulullah
telah khatam sebanyak 2 kali dengan malaikat Jibril. Cuma masalahnya kita yang
tidak berapa nak mengaji al-Quran. Program-program tadarus al-Quran yang
dianjurkan kebanyakannya oleh masjid dan surau dipandang sepi oleh masyarakat.
Hanya segelintir kecil sahaja yang gemar menyertai program tadarus al-Quran.
Pengalaman kami dalam menganjurkan
program tadarus al-Quran. Bila nak buat malam lepas terawih, orang kata tak
boleh, letih berterawih. Bila cuba buat lepas subuh, kata tak sempat nak
berkejar-berkejar untuk bersiap ke tempat kerja. Kami juga telah cuba buat
lepas solat zohor. Kesimpulannya susah untuk menarik orang ke program tadarus
al-Quran. Segelintir yang berminat pun terdiri dari kelompok wanita-wanita yang
tidak bekerja dan telah bersara.
Kenapa ramai yang tidak gemar
menyertai program tadarus al-Quran, bukannya mereka tidak berminat tetapi yang
sebenarnya mereka segan dan malu sebabnya tidak reti mengaji al-Quran. Jadi
sampai bila hendak diri terus jahil membaca al-quran. Sebelum roh dijemput
Ilahi kita perlu membuat perubahan dalam diri kita. Buang sifat ego dan malu,
sertai kelas-kelas pengajian al-Quran, kita belajar semula membaca al-Quran.
Kalau nak terus dalam kejahilan
pun terpulang, Cuma masalah juga di akhirat nanti, boleh kena cas dalam
mahkamah Allah, Allah tanya “kenapa kamu tidak baca al-Quran”, kita jawab “tidak
pandai baca”. Allah tanya “ Tidak ada ke orang mengajar al-Quran?” . Lalu apa
jawapan kita? Rasanya nak kata tidak ada tempat belajar macam mustahil,
sebabnya kelas-kelas pengajian al-Quran sekarang ini berlambak-lambak di
mana-mana sahaja.
No comments:
Post a Comment