Beberapa hari yang lalu, saya singgah bersarapan pagi di RnR
Temerloh. Pagi tersebut, kedai makan banyak yang tak ready makanan lagi. Tengah
sibuk memasak. Adalah 2, 3 buah sahaja yang sudah siap menyediakan menu sarapan
pagi.
Biasa di mana-mana RnR kedai yang menjual makanan hanya ada
makanan dan minuman perlu ke kedai yang hanya membuat minuman. Sama macam kedai
makan di Mesir. Di Mesir kedai makan kebanyakannya hanya menyediakan makanan,
minuman kalau ada pun air kosong dan air tin. Nak minum perlu ke kedai lain.
Di RnR Temerloh, kedai yang menyediakan perkhidmatan menjual
air adalah juga 3,4 buah kedai. Satu kepunyaan orang hindu, terang-terang
terpamer nama Hindunya di depan kedainya. Tapi ramai sahaja orang muslim yang
order minuman di situ. Walaupun hanya bancuh air seperti the dan kopi O tetapi saya tak tergamak nak order
minuman di situ.
Satu lagi kedai tu, pagi tersebut hanya boleh order air
dalam tin dan kotak sahaja, air panas masih tengah dijerang walaupun jam sudah
pukul 9.00 pagi. (sangkaan mungkin stok air panas depa telah habis disebabkan
terlalu ramai orang yang singgah).
Jadi tinggallah hanya satu kedai sahaja yang menyediakan
minuman, sebab ramai juga yang tidak sanggup order minuman di kedai hindu
tersebut. Jadi saya pun ke situ…dan ini yang nak komentar ni :-
-Yang duduk di casher dia tak tengok siapa pelanggan yang
terdahulu. Dia kira siapa yang duduk dekat depan dia sahaja. ketika saya di
situ, seorang pakcik menyatakan ketidak puasan hatinya sebab orang dah potong
Que dia. Air orang yang terkemudian pula dapat dahulu.
-Begitu juga dengan saya, dah 3 orang potong que saya, air
depa dulu yang dapat. Saya masih menanti air saya.
-Seterusnya saya kata, “dah lama dah berdiri sini, dah 3
orang potong giliran, tak siap lagi ke air saya”. Dia pun tanya..air apa ye
order tadi..saya pun sebut semula pesanan saya.
-Air saya masih tak dapat lagi, ramai pula pelanggan yang
ramainya orang perempuan yang tidak pandai beratur(mungkin tak sekolah kut,
sebab kat sekolah kita diajar beratur di perhimpunan pagi)..air orang lain pula
yang dapat..saya tak lagi..
-Tiba-tiba, Dia buat pengumuman semua pergi order ke kedai
lain..sebab stok cawan diorang dah habis..dan dia tak cakap langsung kepada
saya yang paling lama berdiri tercegat di situ. Hanya cakap slow kepada orang
di depan dia..tapi masih dapat didengari oleh saya.
-Saya tak sound orang kedai itu..maka hari itu, saya bersarapan di kedai tanpa air. Lebih
dari 10 minit saya berdiri menunggu minuman saya..dengan tidak diberi layanan
yang baik.. lastly cawan dia habis, suruh pergi ke kedai lain setelah 10 minit
berdiri di situ.
-Saya meninggalkan kedai itu, Dan saya sangat ingat nama kedai itu : PERNIAGAAN
SHAARI DAN FUZIAH..kedai yang peniaganya kalau saya jadi tokeynya..dah lama
saya pecat pekerja macam itu. Tiada adab layan pelanggan.
P/S : Makan di RnR ni sebenarnya tak lah sesedap mana.
Contohnya bila orang luar singgah di RnR Temerloh/di Pahang, dia tahu Pahang
terkenal dengan masakan ikan patin, dia order lauk ikan patin, lepas itu dia
komplen tak sedap rupanya ikan patin ini, dia pelik kenapa orang kata sedap
sangat ikan patin, dia makan loya dan muak sahaja…
Sebabnya..kalau nak sedap kena cari kedai makan di luar
RnR..terutamanya kedai di kampung-kampung..baru sedap…kedai di Bandar, di RnR..
ikan patinnya kebanyakannya ikan patin kolam.Jadi rasanya rasa lumpur dan
tanah. Nak sedap cari yang ori sungai, ikan sangkar pun ok dah juga..tapi ada
juga yang bela dalam kolam..dekat-dekat nak jual..rendam seketika dalam sangkar.
Pesanan buat Penjual Makanan -
-Jangan fokus kepada keuntungan semata-mata dengan mengabaikan beberapa perkara seperti :
-Kebersihan makanan, penjual, tukang masak, dapor dan tempat makan.
-Makanan yang sudah lama pun masih dijual dengan dipanaskan semula. (boleh terkena keracunan makanan)
-Berpakaian menutup aurat- anda fasiq kalau tidak menutup aurat. Bagi pembeli kurang afdhal membeli makanan dengan orang fasiq ini.
-Menjaga solat fardhu. Lagi dahsyat woo..anda boleh menjadi calon ahli neraka dan pembeli pula membeli makanan dari calon ahli neraka.
-Beli bekalan keluaran produk muslim, seperti mee kuning ramai yang ambil stok cina yang buat. Begitu juga dengan ayam.
No comments:
Post a Comment