Tuesday, August 21, 2012

Sebotol Cuka Epal?? Namun berbeza-beza..



Beberapa bulan yang lalu, masjid kami didatangi oleh seorang pakcik yang meminta laluan untuk menjual produk yang dibawanya. Katanya terpulang pada orang ramai..nak beli atau tak..dia tak kisah. Pakcik yang katanya sudah berumur 70an masih lagi berdaya memandu jauh dari Kelantan ke KL. Produk yang dijualnya ialah cuka epal. Tidak dinafikan cuka epal sangat banyak khasiatnya. Dan ramai juga yang melaziminya merasa lebih segar dan sihat. Harga yang ditawarkan oleh pakcik tersebut ialah RM 40.00 sebotol. Ramai juga yang membelinya..

Hari semalam, saya berziarah ke rumah wan, dia menceritakan tengah mengamal cuka epal yang baru bulan lepas dibelinya. Ada ustaz yang mengajar disitu menjualnya. Harga yang dijual oleh ustaz tersebut RM 100+ sebotol. Saya melihat botol dan jenama cuka epal tersebut..

Saya sering meninjau-ninjau laman web bisnes online, antaranya web yang menjual prodok-produk seperti cuka epal, cuka kurma, pati delima, madu dsb… Ada yang mempamerkan harga dan ada yang kita kena emel kepada mereka barulah diberi senarai harga.. Harga berbeza-beza.. tetapi tak sampailah ke harga yang dijual oleh pakcik dan ustaz  (cerita pada perenggan atas tadi). Cuma bagi saya harganya juga masih tinggi.

Kerana apa saya berkata begitu..kami juga terlibat dalam bisnes ini. Bagi Cuka Epal yang sama jenama dan pengeluar yang ustaz itu jual dengan harga RM 100+ sebotol, yang pakcik itu jual RM 40 sebotol, kami hanya jual  dari RM 18-25. Ada juga yang jenama lain..lagilah murahnya..boleh jual RM 15 sebotol.

Maka, kami berpesan kepada para penjual..jangan jual  mahal sangat..berpada-padalah… kepada pembeli pula..buat kajian dahulu sebelum membeli…servey harga dulu…


No comments:

Post a Comment