Saya pernah berjumpa dengan orang yang nak sangat bertukar ke pejabat agama. Beliau sekarang bekerja di jabatan lain. Hasratnya hendak mendalami bidang agama, usia pun sudah semakin lanjut katanya lagi. Di pejabat agama islam di seluruh Malaysia ini, stafnya pun bercampur latar belakang. Staf yang berlatar belakang aliran agama biasanya bergred S, LS dan ada staf gred N, F, R . Mereka ini boleh bertukar-tukar ke jabatan lain, tidak tertakluk kepada agensi yang berkait dengan agama sahaja.
Bukanlah semua pekerja di pejabat agama berlatar belakangkan agama. Kebiasaannya, orang luar yang mendatangi pejabat agama semua akan digelarkan dengan ustaz dan ustazah. Driver pun orang panggil ustaz juga. Dulu-dulu pernah terjadi di suatu tempat, ada orang ini berurusan di pejabat agama dengan seorang staf perempuan yang digelarnya ustazah. selepas urusan itu, di waktu yang lain dia pernah terserempak dengan staf yang digelarnya ustazah itu bersiar-siar tanpa memakai tudung. Terkejut dia....sebabnya staf tersebut bukan aliran agama, staf kerani gred N, memang dia tak bertudung pun, tapi bila pergi kerja pakailah tudung seiring dengan perkembangan semasa. Bila bukan time kerja dia free hair balik.. Walaupun dia bertugas di pejabat agama dia tetap sama seperti sebelumnya..hanya jadi ustazah celup aje.
Mungkin hasrat orang yang bertemu dengan saya itu baik, hendak menambahkan ilmu pengetahuan dalam agama, saya rasa itu hanya sebahagian daripada langkah untuk mendekatkan dengan agama. Paling berkesan dan utama dalam hendak mendekatkan diri dengan agama antaranya :
-sentiasa hadir ke masjid dan bukan hanya solat fardhu berjemaah, tetapi mengambil bahagian dalam kuliah-kuliah pengajian yang disusun oleh pihak masjid atau surau.
-Sentiasa membaca bahan-bahan berkaitan tentang agama. Sekarang sudah banyak bacaan santai berkaitan agama seperti majalah Solusi, al-Ustaz, QnA dan sebagainya.
-Mesra dengan Media islam seperti radio Ikim FM dan Tv Hijrah.
-Pada waktu-waktu free seperti tengah drive dengar cd-cd pengajian Islam.
-Mempunyai guru khusus untuk bertalaqi pelajaran agama.
-Sentiasa mendampingi dan mengasihi para ulama.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment