Beberapa minggu yang lalu, disebabkan menteri hendak datang melawat ke kampung orang asal (asli) di Pos Pantos, saya turut sama hadir bersama-sama dengan sahabat penggerak masyarakat orang asli. Di penempatan orang asli, JAKIM ada menyediakan pegawainya yang berjawatan sebagai Penggerak Masyarakat orang asli, cuma jawatannya sehingga sekarang masih lagi berstatus kontrak. Di negeri Pahang, selain Penggerak turut terdapat jawatan pembantu penggerak yang diselenggarakan oleh MUIP dan Yayasan Pahang.
Biasalah, di mana-mana pun bila menteri datang, pelbagai permintaan dan kehendak orang kampung diluahkan. Ketika ucapan aluan Pegawai JKOA, beliau menyuarakan yang penduduk kampung ini inginkan pencawang telefon dipasang supaya kampung mereka ada 'line', tak kisahlah Celcom, Digi atau pun apa-apa syarikat, paling penting mereka nak ada 'line'.
Menjadi kelaziman dan sudah seperti kemestian, bila program dengan orang asli ada 4 agenda yang 'wajib'.
- mesti ada jamuan makan
- mesti ada acara karoke
- pembahagian bantuan makanan seperti beras, garam dan gula
- lobi kepada orang kampung supaya mengundi ahli politik sekian-sekian.
Saya berkesempatan berbual dengan penggerak-penggerak (daie) masyarakat di sini, kata mereka :
masyarakat orang asli sudah dibiasakan dengan bila orang luar (bandar) datang mesti bagi barang dan duit. Ada barang dan duit baru mereka layan disebabkan tabiat itu telah disebatikan sekian lama oleh golongan pemerintah.
Sehinggakan, para penggerak ini sudah menjadi seperti YB, tempat untuk mereka meminta-minta (baca bukan kesemuanya penduduk kampung begitu). 'Ustaz duit saya sudah habis, sudah dua hari saya tak dapat beli susu anak, minum air teh sahaja ' antara perbualan yang biasa dialami oleh penggerak. Nak tak nak Penggerak kenalah hulur duit buat mereka.
Hasrat dan luahan hati penggerak supaya mereka diberikan petty cash yang dapat dihulurkan, ketika berhadapan dengan permintaan orang asli. Sudahlah gaji kecil, jarak perjalanan yang jauh, kadang-kadang berasa payah juga, nak beri duit sendiri dah pokai, tak beri mereka akan jauh dengan kita, sebab budaya sentiasa diberi telah sebati dengan mereka.
Ancaman yang lain lagi ialah kesungguhan pendakyah kristian masuk kampung orang asli untuk menyebarkan ajaran mereka. Ada di kalangan pendakyah mereka yang sanggup hidup duduk bersama orang kampung bertahun-tahun, mereka buatkan generator elektrik, mereka buatkan empangan air, misi bantuan mereka yang tidak putus-putus, bekalan makanan lagi..duit, Dr-Dr yang mereka hantar ke kampung-kampung tidak terlawan oleh para Penggerak.
Kebiasaannya, di setiap negeri, Orng dari pejabat agama, majlis agama datang buat program pengislaman, buat surau..habis satu kampung masuk islam. Lepas itu mereka tinggalkan penduduk kampung, sekali sekala jenguk..berbeza dengan komitmen yang diberikan oleh pendakyah kristian.
Ada suara-suara yang biasa kita dengar menyebutkan : memang ada pihak yang hendakkan supaya masyarakat orang asli ini kurang berilmu pengetahuan dan jauh dari agama Islam, supaya senang mereka nak guna untuk mengundi dan menyokong Parti mereka. Wallahua'lam kebenarannya...
Namun begitu, tidak dinafikan semakin ramai yang sudah pandai dan belajar tinggi termasuklah dalam bidang pengajian Islam. Yayasan Pahang ada membuat PETAMA, lepasan dari Petama ada yang melanjutkan lagi ke Kelantan, dan ada yang telah melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
Rakan kami, Johari (orang asli) lepasan PETAMA yang turut mengaji dan menghafal al-Quran ketika kami belajar di Maahad Tahfiz dahulu. Sekarang beliau menjadi tenaga pengajar PETAMA dan IKIP.
Baru-baru ini, ketika temuduga guru KAFA, terdapat calon dari kampong orang asli dan pernah belajar agama di PETAMA, ketika ditemu uji jauh lebih baik berbanding sebahagian lepasan pelajar agama yang mempunyai STAM.
Kesimpulannya : Penggerak (daie) perlu diperbanyakkan dan dibantu, terutamanya dari sudut kewangan. Program-program berbentuk pengisian ilmu perlu digiatkan di kampung-kampung supaya penduduk dapat memahami ajaran agama dan tidak lagi diperbodohkan oleh mereka-mereka yang mengambil kesempatan hanya untuk menjaga karier dan periuk nasi mereka sahaja.
Wasalam.
Bersama Penggerak-pengerak berjalan di penempatan POS Pantos |
Gelanggang futsal menteri dah bagi, mereka nak line telefon pula. |
Ketika program berlangsung. |
No comments:
Post a Comment