Sumber : http://www.abuanasmadani.com/?p=800
Kelebihan
ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini
dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim
sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya
sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang
besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis di bawah ini:
Abu
Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban
seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu:
Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah
perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari
& Muslim]
Sabda
Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada
dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah,
apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu
kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada
bila-bila masa)”. [HR Muslim]
Daripada
Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi
saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat
mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi
saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat
rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan
syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]
Semalam, Kami sempat menziarahi Sahabat kami, Farizal aka Feza di hospital Kuala Lipis. Kaki beliau dilanggar/lenyek forklift di tempat kerjanya. Kami doakan beliau cepat sembuh dan insyaAllah sempat keluar mengundi PRU nanti :)
Akhi NorHerman aka Mamat
bergembira dapat duduk di hotel free..katanya..
Kami bawa minuman Gulsan, made in Turkey..boleh dapatkan di Koperasi Masjid Lipis @ di Darul Qura' Muadzam Shah.
Gambar yang disnap oleh pesakit
No comments:
Post a Comment