Sekarang semua orang tidak sabar menunggu hari mengundi 5
Mei nanti. Dalam tempoh menunggu ini pelbagai ragam sebenar manusia diperlihatkan. Kalau sebelum ini ada
yang watak sebenarnya terlindung tetapi dalam tempoh waktu ini
perwatakannya berbeza sama sekali. Wajah
yang sebenarnya telah kelihatan dek bahang PRU.
1. Sebelum ini sahabat saya seorang yang dipanggil
ustaz telah beberapa kali dijemput menyampaikan kuliah di sebuah masjid. Dia
kenal rapat dengan pengerusi masjid tersebut yang memang sentiasa ada setiap
kali beliau menyampaikan kuliahnya. Memang kebiasaan sekarang, kebanyakan
pengerusi masjid adalah merangkap ketua kampong @ tok 4. Musim Pru ini hubungan
mesra mereka berubah!
Ketika sahabat saya bersama dengan kawannya
ingin bermain futsal padang di kampung tok 4 tersebut. Tok 4 telah datang
dengan lagak samseng lalu men’sound’ ustaz tersebut. Dengan berdiri kira-kira 3
depa dengan ustaz tok 4 bersuara lantang tidak membenarkan ustaz dan rakannya
menggunakan padang awam tersebut. Tiada lagi pangilan ustaz tetapi sudah
bertukar kepada deme, antara kata tok 4 tersebut : ‘kalau deme main juga’ dia
panggil polis. Dan memang betul hampir 20 orang anggota polis telah datang
memantau dan menyoal siasat. Polis mendakwa tok 4 menyatakan ada pergaduhan di
padang tersebut.. begitulah..
Ketika sebelum musim PRU, Ustaz
dihormati..menjadi guru..mengajar agama kepada orang kampung..kini anak
muridnya (tok 4 tersebut) buat kurang ajar dengan tok gurunya..
* Komen saya- Macamana nak berkat dan faham
ilmu yang dipelajari jika anak murid tidak beradab terhadap gurunya. Bab adab
pelajar sangat penting dalam Islam
sehingga para ulama mengarang kitab berkait dengan akhlak dan adab pelajar.
No comments:
Post a Comment