Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru


16 Mei pada setiap tahun merupakan hari guru. Semua insan  yang bergelar guru akan diraikan..sama ada guru tadika, sekolah rendah mahu pun menengah. Pelbagai program dan acara disusun dan yang pastinya pelajar sangat gembira kerana tak perlu masuk ke kelas untuk belajar.

Antara agenda program yang biasanya hampir sama di semua sekolah ialah persembahan sajak pelajar dan guru, persembahan istimewa guru, sukan guru lawan murid, jamuan dan yang istimewanya budaya hari guru di tempat kita  ialah memberi hadiah kepada guru.

Mungkin bagi budak tadika dan tahap satu sekolah rendah kurang menghayatinya. Ibu bapa pula yang beria membelikan hadiah untuk si anak menyampaikannya kepada guru. Ataupun guru sendiri yang meminta anak murid membawa hadiah masing-masing. Dek kerana macam berbentuk arahan maka si murid kecil sudah tentu berasa gentar jika tidak membawa hadiah ke sekolah.

Saya juga mempunyai memori  pernah mengajar di institusi pendidikan dan pernah merasa diraikan semasa hari guru dan merasa menerima hadiah dari pelajar. Kini tiada lagi hadiah yang diterima ... walaupun kini saya tidak bergelar guru tetapi kerja-kerja sebagai guru untuk menyebarkan ilmu itu  masih saya cuba laksanakan sekadarnya seperti mengajar secara tidak formal di masjid-masjid dan surau. 

Buat semua pelajar, mari kita renungi pesanan Imam Syafie yang masyhur :
Wahai saudaraKu, ilmu itu tidak akan diperlehi melainkan 6 perkara .
1- Cerdas,
2. Semangat,
3. Bersungguh-sungguh
4. Berkecukupan,
5. Memuliakan guru
6. Masa yang panjang.

Muliakan guru antara pesanan  yang disebut oleh imam Syafie..Jadi minta maaflah kepada guru, berusaha untuk menyenangkan guru dan tawarlah bantuan kepada guru..

Buat Guru, sekadar berpesan..kita menjadi guru bukan disebabkan semata-mata kita bekerja makan gaji selaku sebagai guru. Tetapi kita mempunyai tugas yang sangat besar..bukan sekadar mengajar  ilmu kepada anak murid tetapi sebenarnya kita berperanan untuk memanusiakan seorang manusia.

Ada beberapa tingkatan – Muallim, Mudarris, Muaddib,Murabbi dan Murshid. Berusahalah supaya mencapai tahap murshid.

InsyaAllah..menjadi guru senang nak dapat pahala dan saham pahalanya akan sentiasa berpanjangan dan bersambung-sambung.

Akhirnya di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari guru buat semua pendidik, terutama yang pernah mendidik saya baik secara formal ataupun tidak. Saya tidak berkesempatan untuk menyebut siapa-siapa secara khusus kerana nanti takut ada yang tercicir, berasa hati pula ;.. 

Salam Hari Guru

Antara gambar kenangan : 


 Bersama Ustaz Zulhibri al-Hafiz guru Tasmi' kelas kami ketika di tahun 3 Maahad Tahfiz 

 Menerima hadiah dari YH Dato' Zulkifli Ali al-Hafiz, Pengarah Maahad Tahfiz 

 Syaikhuna di Maahad Qiraat Al-Azhar

Bersama Syeikh Hasan 

Bersama Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr

Ketika menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang 

Guru di barisan hadapan..

Bersama Syeikh Ahmad & Ustaz Nasa meraikan Konvo 

No comments:

Post a Comment