Saya tinggal di kuarters kerajaan yang kedudukannya agak terkebelakang. Kuarters ini terletak di lurah bukit yang sangat sesuai untuk habitat reptilia.
Selalu juga saya terserempak dengan haiwan-haiwan ini sehingga ada yang saya sempat snap gambarnya walaupun banyak lagi yang saya tidak sempat.
Saya bukanlah takut dengan binatang, cuma spesis ular memang menakutkan.. Tahun ini sahaja bomba sudah berkunjung ke kuarters menangkap ular sawa yang besar di hadapan rumah, terperangkap di dalam longkang tidak lepas keluar.
Tahun lepas, 3 kali pihak bomba datang ke kuarters..juga berkaitan dengan ular..namun semua kedatangan bomba tidak membuahkan hasil..begitu jugalah tahun-tahun sebelumnya..selain haiwan-haiwan ini, pihak bomba antara yang sering berkunjung ke kuarters kami.
Doakan kami agar sentiasa dalam keselamatan..takut juga..tetapi inilah realiti kuarters kerajaan Jabatan yang diperuntukkan buat Pegawainya..
InsyaAllah pada ruangan yang lain saya akan bercerita berkenaan kediaman saya...
Ular ini mendahului saya masuk ke rumah. Kebetulan saya terfolow dia..sempat ambil gambar lagi
Hari semalam (selasa) ketika saya ingin ke masjid untuk solat maghrib bertembung dengan spesis ini
kalau macam biawak ni tak masalah sangat..
Yang ni lagi tak ada masalah..
No comments:
Post a Comment