Proses pembinaan Kolah masjid hampir siap, kos yang diminta oleh kontraktor dalam RM 16k. Dengan adanya kolah harapnya dapat mengatasi masalah kesesakan mengambil wudhu' terutamanya pada hari jumaat.
Ada orang menyampaikan cerita kepada saya, ketika dia berbual dengan seseorang. Orang itu kata gelilah nak ambil wudhu' dalam kolah..tak ke kotor celup tangan dalam kolah, bercampur dengan orang ramai. Itu adalah berdasarkan logik akalnya. Sedangkan Islam bukanlah dibina dengan logik akal tetapi dengan wahyu Allah.
Kata Saidina Ali r.a Kalaulah Islam dengan logik akal sepatutnya ketika mengambil wudhu' dengan memakai khuf basuh tapaknya sebab tapaknya yang kotor menjejak bumi, akan tetapi kita dituntut untuk menyapu bahagian atas khuf.
Kolah masjid
Baru-baru ini, untuk kali yang keberapanya Saya menjadi panel temuduga pegawai-pegawai masjid Qariah bagi daerah Lipis. Pegawai yang dimaksudkan adalah imam, bilal dan siak.
Memang menjadi kebiasaan calon yang datang memang sebenarnya telah pun menjalankan tugas mereka. Ada yang telah setahun berkhidmat terlebih dahulu sebelum masuk temuduga atas arahan Ketua kampung.
Calon pun biasanya calon tunggal dari sesebuah masjid kerana ketua kampung yang pilih dan arahkan begitu. Ada juga yang telah berkali-kali masuk temuduga tetapi 'tak lulus' atas sebab-sebab yang tertentu seperti bacaan yang terlalu teruk. Bila kes seperti ini sepatutnya ketua kampung dapat faham bahawa calon pilihannya tidak layak dan perlu dipilih orang yang lain. Kadang-kadang calon pilihan ketua kampong adalah didasari dengan warna politik sewarna dengan warna ketua kampong bukan didasari dengan kebolehan, komitmen dan keilmuan.
calon bilal sedang melaungkan azan
Salam syeikh... masalah ni sama je dgn mana2 masjid di kl.... calon yg hadir adalah calon pilihan org tertentu... bukan calon yg berkelayakan..
ReplyDelete