Bulan Ramadan segala amalan kita, balasannya akan dilipat kali gandakan. Justeru semestinya kita memperbanyakkan amalan kita lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain.
Selain ibadah yang khusus disyariatkan dalam bulan Ramadan iaitu berpuasa fardu pada waktu siang dan solat sunat terawih pada waktu malam, pelbagai lagi amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan. antaranya membaca al-Quran.
Kita sudah dimaklumkan yang al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan, Kita sambut hari nuzul al-Quran. Rasulullah s.a.w pada setiap Ramadan akan bertadarus dengan malaikat Jibril..mengambil sunnah tersebut sewajarnya kita memperbanyakkan bacaan al-Quran kita dalam bulan Ramadan. Mutakhir ini, kebanyakan program-program tadarus anjuran masjid, surau, jabatan-jabatan semakin kurang penyertaannya..Husnu Dzan masing-masing bertadarus sendiri-sendiri di rumah?..ataupun kerana segan tidak pandai membaca al-Quran? Contoh di masjid kami, seramai-ramai rakyat dalam mukim dan Qaryah..tak sampai 20 orang pun yang menyertainya. Paling dukacita kaum lelaki.
Qiamullail juga merupakan amalan yang sangat dituntut terutamanya di 10 malam terakhir Ramadan. Saya tidak mahu menceritakan berkenaan fadhilat dan dalil berkaitannya cuma ingin menyebut beberapa kebiasaan semasa Qiamullail.
-Qiamullail ialah solat malam yang juga dinamakan tahajjud yang sebenarnya tidak sunat dilakukan secara berjemaah (rujuk kitab-kitab Feqah seperti Fiqh Manhaji). Kebanyakan di tempat kita, Qiamullai akan dilaksanakan apabila diprogramkan oleh pihak masjid. Di masjid kami (baca tidak semua tempat), bermula malam ke 15 Ramadan, Masjid dibuka untuk siapa-siapa yang ingin melaksanakan Qiamullail dan iktikaf di masjid. Salah faham yang berlaku, mereka yang datang akan complain tiada imam yang handle qiamullail..jadi malam ke 16 ke atas tiada yang hadir untuk iktikaf dan Qiamullail di masjid.
-10 malam terakhir, barulah kami memprogramkan qiamullail jamaie di masjid, timbul isu, para jemaah mengarahkan imam untuk melaksanakan solat sekian-sekian. Pernah berlaku, jemaah merungut dan ada yang sampai marah kerana imam tidak melaksanakan solat tasbih. Imam hanya buat solat tahajjud 8 rakaat, katanya : solat tahajjud buat apa..kami boleh solat sendiri..kami nak solat sunat tasbih..Imam pula masih 'budak' (pelajar tahfiz)..kesian pula kena 'sound' .
-ada yang sementara menunggu imam tiba, hanya duduk berborak..sambil gelisah menyatakan 'tak sempat lah kita ni karang'..pernah ada yang menyebut kepada saya..saya katakan : apa pula tak sempat?..solat sunat ini ikutlah berapa rakaat pun kita nak buat..
-Kebiasaan bila 'program' Qiamullail, lampu masjid tidak dibuka (bergelap), sampai ada yang menanyakan kepada saya..memang kita kena bergelap ke?..Pernah bilal kami terpasang lampu, gerun dia melihat mata-mata jemaah yang memandangnya seolah-olah tindakannya membuka lampu adalah salah, ada jemaah yang bagi isyarat tutup semula, Qiamullail tidak habis lagi.. Mungkin ada yang beri alasan untuk khusyuk..So?..kenapa solat fardhu maghrib, isyak dan subuh yang lagi aula untuk kita khusyuk tidak tutup lampu?..
-Bila masjid gelap, mungkin ada jemaah yang lebih selesa untuk buat secara fardi..terbatas ibadah mereka. Ada yang ingin membaca al-Quran..tapi tak boleh nak baca kerana masjid tidak buka lampu..
-Begitulah antara pelbagai ragam timbul..kenapa masalah berlaku?..antara punca utamanya ialah kita buat sesuatu tanpa mendalaminya..tanpa mempelajarinya..lebih kepada ikut-ikut..tradisi..dan semacam budaya sahaja..
-akhirnya..semoga amalan kita dalam ramadan kali ini diterima Allah, dan teruskan semangat beribadah dalam ramadan ini ke bulan-bulan seterusnya..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment