Monday, April 14, 2014

Jom, Belajar al-Quran.

Alhamdulillah, hari ini saya terlibat sebagai panel penemuduga guru al-Quran dan asrama di pejabat agama Islam Daerah Lipis. Antara khulasah yang dapat saya berikan :

1. Ada calon yang tidak membuat sebarang persediaan, memang semuanya membawa sijil-sijil, tetapi persediaan dari segi ilmu terutamanya yang berkait dengan al-Quran. Bila ditanya..ada yang menjawab..dah lama tinggal.

2. Walaupun ada calon yang baru sahaja menerima keputusan STAM, dalam silibus STAM ada mata pelajaran al-Quran, tetapi realitinya ramai yang tidak menguasai hukum tajwid dan bacaan dengan baik.

3. Kebanyakannya ingin menjadi 'GURU AL-QURAN' bukan disebabkan betul-betul mahir tetapi sekadar untuk mencari sumber kewangan dan pendapatan. Bayangkan ada yang baca merangkak-rangkak, hukum tajwid langsung tak tahu (depa kata tak ingat) walaupun hukum asas (hukum 5).

4. Walaupun ada yang telah dan sedang mengajar (ada guru tahfiz, guru KAFA) tetapi masih cukup tidak memuaskan hati saya. Saya rasa pihak Jabatan agama perlu memurnikan lagi kaedah pembelajaran al-Quran di sekolah agama. Bagi mereka yang baru menjawat jawatan guru al-Quran perlu dibuat kursus berkala untuk mereka. Supaya tidak timbul istilah ' ketam mengajar anaknya berjalan'.

5. Hampir 90% dari calon yang hadir, tidak lancar membaca al-Quran dan tidak menguasai hukum tajwid yang asas dengan baik.

Maka, walaupun kita telah tamat STAM bahkan telah memperolehi ijazah pengajian Islam, bukanlah suatu jaminan bahawa kita telah pandai membaca al-Quran. Al-Quran perlu sentiasa dipelajari secara bertalaqi dengan guru yang ahli.  Saya teringat semasa belajar di Mesir,   syeikh kami sendiri masih mempunyai halaqah (kumpulan) sesama syeikh, mereka mengulang kaji dan berbincang masalah dan isu berkait dengan al-Quran. 



antara calon yang ditemuduga

Antara kelas pengajian al-Quran yang saya jalankan. 
Sekadar berkongsi sikit-sikit..boleh lah insyaAllah

No comments:

Post a Comment