Program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam ini menghimpunkan wakil-wakil masjid Qaryah yang terpilih dari semua daerah dalam negeri Pahang. Kesemua masjid yang terpilih ini akan bertanding dalam beberapa kategori seperti pengimarahan, pengurusan, 3 bintang, 4 bintang dll.
Bagi tahun ini, tahniah kepada masjid Kampung Temin Jerantut yang membawa pulang RM 20 500.00 dengan memenangi pelbagai jenis kategori. Masjid ini akan bertanding ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi.
Dalam program ijtimak ini juga, pelbagai pengisian ilmu khususnya berkaitan dengan pengurusan masjid diberikan kepada semua peserta program.
majlis perasmian : SS Dato' Sri Mufti, YB Dato' Speaker, YB Dato' Exco Agama, YH Dato' Pengarah JAIP, YAA Dato' Ketua Hakim.
Kesiannya kami.. katil hospital dalam hotel. Dalam sesi muhasabah ada peserta yang bangkitkan ada bilik untuk 3 orang tapi kena sumbat sampai 8 orang. Semoga di masa akan datang tidak timbul lagi isu ini.
Hospital swasta tanya pasal payment je lah, asal nak ke HTAA, tapi jarak yang agak jauh sedangkan teman saya sudah sangat kesakitan..akhirnya menuju ke sebuah hospital swasta yang berdekatan.
Tengah malam yang sama, saya akhirnya duduk lepak di katil hospital di Hospital swasta di Kuantan. menemani sahabat kami yang kesakitan.
Antara barisan imam masjid daerah yang hadir
menjamu selera bersama rakan lama dari sekolah menengah dahulu..
No comments:
Post a Comment