Semalam menjamu selera di Hezbollah Food di Rest House bersama team skuad sahabat masjid. Makanan ditaja oleh tuan punya restoran yang juga merupakan ahli jemaah masjid.
Antara sesi mesyuarat bersama team skuad sahabat masjid membincangkan program-program masjid.
Mereka bukan berjawatan besar, bukan orang kenamaan yang mempunyai banyak duit dan pengaruh, apatah lagi bukan ajk Masjid, tetapi mereka yang hatinya sentiasa ingin mengimarahkan masjid. Situasi kebanyakan Masjid daerah di seluruh negara yang ajk dilantik atas jawatan dan pengaruh walaupun setahun hanya boleh kira beberapa kali sahaja muncul di masjid, itupun kerana ada program-program rasmi.
No comments:
Post a Comment