Muzium Darul
Ridzuan terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh berhampiran dengan
bangunan Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri Perak. Bangunan ini telah dibina
pada tahun 1926.
Bangunan yang
memiliki ciri-ciri rekabentuk Inggeris ini masih dalam keadaan asal mempunyai
lapan buah bilik di tingkat atas dan dua bilik di tingkat bawah. Di bahagian
belakang bangunan ini terdapat empat buah bilik yang menempatkan kediaman
tukang masak, pemandu, tukang kebun dan tukang gunting.
Di kawasan tanah seluas kira-kira
empat ekar terdapat dua buah kubu perlindungan udara (airaid shelter) yang
dibina pada tahun 1940 bagi melindungi lebih kurang 40 orang penghuni bangunan
dan pekerja-pekerja yang tinggal di persekitarannya. Kubu-kubu perlindungan
udara ini dibina daripada batu-bata dan simen konkrit yang tebal adalah sebagai
persiapan untuk menghadapi serangan udara dari tentera Jepun. Kubu perlindungan
yang ditempatkan di belakang bangunan muzium ini mempunyai terowong bawah tanah
sepanjang kira-kira 50 kaki dan 20 kaki.
Pada tahun 1950, bangunan ini telah
dijual kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk dijadikan pejabat dan
didaftarkan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD), dan secara kebetulan nombor
pendaftarannya ialah 2020. Kemudian bangunan ini dijadikan ibu pejabat Home
Guard Negeri Perak sehingga tahun 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, bangunan
ini telah dijadikan sebuah pejabat Kerajaan iaitu sebagai Pejabat Suruhanjaya
Awam (SPA) Negeri Perak yang bertempat di tingkat atas dan di bahagian bawahnya
pula dijadikan Pejabat Kemajuan Masyarakat Negeri Perak (KEMAS). Setelah
Bangunan Kompleks Islam siap dibina sepenuhnya pada awal tahun 1989, SPA telah
dipindahkan ke Kompleks tersebut dan KEMAS pula dipindahkan ke Bangunan Sri
Kinta.
Penubuhan Muzium Darul Ridzuan
bermula dari rancangan untuk menubuhkan sebuah muzium yang pertama di Bandaraya
Ipoh pada 27 hb Januari 1989, oleh jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk
memelihara sejarah perlombongan dan perhutanan di Bandaraya Ipoh bagi menyimpan
dan mengekalkan segala warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan
perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan. Konsep penubuhan
muzium juga adalah berlandaskan kepada evolusi Bandaraya Ipoh yang kukuh
berdiri hasil daripada perlombongan bijih timah dan kayu-kayan suatu masa
dahulu.
Pada awal tahun 1991, bangunan ini
telah mula diubahsuai rekabentuk dalamannya dan diberi nama Muzium Darul
Ridzuan. Pada 18 Ogos 1992, DYTM Raja Muda Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah
Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah merasmikan pembukaan Muzium Darul
Ridzuan.
Cuma ketika kelana kami tempoh hari, hanya ada pameran gambar-gambar lukisan sahaja yang terdapat dalam muzium ini. Suasana pun macam dalam pameran lukisan.
Di hadapan Muzium Darul Ridzuan
Di dalam Muzium, ketika ini hanya terdapat pameran lukisan
Kubu pertahanan
Terowong di dalam kubu
No comments:
Post a Comment