Team kelana kami sempat singgah ke Taman ini. Mari kita berkenalan dengan Taman ini. Sumber dari wikipedia :
Taman yang terletak di tengah
bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang popular di Ipoh. Sesuai untuk
pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek
motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak
mempunyai replika Taman Jepun yang terletak berdekatan dengan pintu masuk
utamanya.
Nama taman ini Dr Seenivasagam.
Diambil dari nama seorang yang agak berpengaruh di Ipoh. Mari kita sama-sama
menelaah :
Darma Raja
Seenivasagam (1925, Ipoh - 15.3. 1969, Ipoh)
merupakan pemimpin politik utama bagi Parti Progresif
Penduduk (PPP)
yang sebelum 1959 dikenali sebagai Parti Progresif Perak. Dia merupakan
keturunan Tamil Ceylon, bapanya merupakan seorang peguambela Ceylon dari Jaffna.
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya
Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Ipoh, negeri Perak (1958-1964).
Darma Raja Seenivasagam
mengasaskan PPP bersama saudara lelakinya, S.P. Seenivasagam pada tahun 1953
selepas berpecah dari Parti Buruh. Kedua mereka merupakan peguam terkenal di
Perseketuan Malaya sebelum membentuk parti tersebut. Kubu kuat Parti Progresif
Penduduk adalah di Perak
dan ia menerima sokongan kuat, terutamanya dari pengundi Cina Malaysia.
Pada pilihanraya tahun
1954, yang pertama disertai oleh PPP, dia dipilih sebagai Ahli Bandaraya Ipoh
dan Menglembu di bawah tiket Perikatan (UMNO, MCA, MIC). Dia kalah dalan
Pilihanraya Persekutuan 1955 tetapi memenangi kerusi dalam pilihanraya kecil
1956.
Seenivasagam dipilih
dalam pilihanraya kecil 1957 bagi kerusi parlimen Ipoh yang dikosongkan oleh
Tun Leong Yew Koh
yang menjadi Gabenor Melaka pertama.
Semasa menjadi
pembangkang, Seenivasagam memimpin PPP bagi membentuk Majlis
Solidariti Malaysia ("Malaysian Solidarity Council-MSC")
pada tahun 1965 yang terdiri daripada parti pelbagai bangsa seperti Parti Tindakan
Rakyat dan Parti Demokratik Bersatu (Singapura) (UDP). Dalam
perhimpunan agung MSC yang pertama dan tunggal, beberapa pemimpin dari parti
ini memberi ucapan yang menyokong Malaysian Malaysia.
Seenivasagam dalam ucapannya menuduh Perikatan menggunakan
Article 153 dalam Perlembagaan Malaysia bagi membuli bukan-Melayu".[1]
Dalam pilihanraya
parlimen 1959, PPP memenangi kesemua kerusi di Perak. PPP mengulang kejayaannya
pada tahun 1969.
Bagi yang berkelapangan dan ingin bersantai, sangat dialukan untuk ke taman ini.
Sekian
Pokok buluh yang unik
Kura-kura merenung masa depan
Berjalan kaki dari Riverfront
No comments:
Post a Comment