Terdapat
3 pintu masuk ke Hutan Hujan Endau Rompin iaitu Kg Peta, Kg Selai dan Kuala
Rompin. Jalan yang paling mudah adalah melalui Kuala Rompin, Pahang
Hutan
Hujan Tropika Taman Negeri Endau Rompin telah pun wujud lebih daripada 1 juta
tahun dan ia merupakan salah sebuah hutan hujan tropika yang tertua di dunia.
Taman Simpan Endau Rompin mula diwartakan sebagai Hutan
Simpan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 yang disiarkan
dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang.
Luas
semasa adalah 31, 797.00 hektar
Ia
meliputi kawasan seluas 488km persegi dan merangkumi selatan negeri Pahang dan
sebahagian daripada negeri Johor
Di hutan
Taman Negeri Endau Rompin terdapat kira-kira 14000 spesis tumbuhan berbunga,
600 spesis bunga, 140 spesis ular, 150 spesis katak dan lebih daripada 1000
spesis serangga.
Expedisi
saintifik tahun 1985 telah mengenalpasti lebih dari 25 spesis tumbuhan baru
yang endermik dan formasi batuan yang terdapat di hutan dianggarkan dalam
lingkungan 248 juta tahun !!
Kepelbagaian
flora dan fauna di Taman Negeri Endau Rompin menjadi tumpuan kepada
peminat alam semulajadi. Antara pokok hutan hujan ialah Palma Gergasi dan Buluh
Memanjat
Taman
Negeri Endau Rompin juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar
seperti babi berjanggut, yang tidak terdapat di tempat lain.
Alhamdulillah, kami berkesempatan berkelana ke sini..
Jalan menuju ke Taman Negeri
Pokok Keruing Merah dan Medang Teja
tempat khas untuk kanak-kanak
Meronda melihat alam
Serangga yang cantik transit di baju
No comments:
Post a Comment