Hujan lebat pada malam 19/10/2015 menyebabkan tanah runtuh di belakang kuarters kami di Masjid Sultan Mahmud. Akibatnya dapor rumah sahabat saya runtuh dihentam tanah. Rumah saya masih bertahan, walaupun jika tingkap dapur dibuka seolah-olah telah berada di dalam bilik bawah tanah.
Gambar ditangkap dari pagar Istana, kami ni berjiran dengan Istana, berjiran je lah..
Dapur rumah sahabat saya yang dindingnya telah runtuh ditimpa tanah.
Buat masa ini sahabat saya menumpang di Roomstay Masjid dan dalam proses untuk mencari Kuarters untuk didiami. Saya pula masih duduk di kuarters Masjid ini walaupun bekalan air sangat mendukacitakan.
Paip bocor di sebelah pagar istana, sudah lama katanya tapi tiada tindakan lagi dari pihak berwajib. Adakah bekalan air di rumah saya yang sangat kritikal disebabkan paip bocor ini?
Sahabat saya memang kena pindah, ada pun saya juga kemungkinan kena juga pindah. Masalah utama kami penjawat awam sukar untuk mendapatkan kuarters kerajaan yang ok. Saya lihat pihak berwajib sekarang sudah tidak berapa ambil kisah tentang kuarters penjawat awam. Di mana-mana kita lihat kuarters kerajaan sudah terabai, dibiarkan uzur sehingga mencacatkan pandangan.
Jika di bandar yang banyak taman perumahan, kebanyakan penjawat awam lebih selesa untuk menyewa di rumah taman yang sudah tentu fizikal rumah jauh lebih baik dari kuarters kerajaan sebelum membeli sendiri rumah.
Masalah yang timbul jika di bandar kecil yang rumah sewa sangat terhad menyebabkan jika ada pun harganya sangat tinggi seperti di Lipis, Cameron Highland dsb,
Apa yang saya pelajari sebelum ini hanyalah dokumentasi indah yang tercatat di buku yang perlu semua penjawat awam hadam, siap masuk dalam silibus peperiksaan untuk pengesahan jawatan.
Seperti Kuarters ada kelas-kelasnya. Macam saya layak untuk kelas D dan C (jika ada). Tetapi jika di sini kelas tersebut tiada. Kelmarin saya lihat rumah kelas H (gred 16 ke bawah) di Batu 3, tetapi bos saya tak bersetuju kerana jaraknya yang jauh dengan masjid.
Semalam kami pergi meronda ke Bukit Kerani, Kebanyakan rumah kosong di sini sudah sangat terbiar dan usang. Bagi saya sepatutnya pihak berwajib mengambil berat kuarters di Bukit kerani, Bukit Bius kerana menjadi sebahagian daripada tinggalan sejarah yang perlu dipelihara.
Ikutkan Kuarters juga sepatutnya telah dilengkapi dengan perabut asas, ibaratnya pegawai kerajaan yang terbabit hanya perlu bawa beg pakaian sahaja. Ini untuk memudahkan pegawai kerajaan yang biasanya sering berpindah randah.
Tetapi itu semua hanyalah kenangan sejarah sahaja.
Kuarters Kelas H di Batu 3, Jalan Lipis-Benta. Bagi saya paling ok berbanding kurters-kuarters lain.
Kuarters Sungai Kerpan
Meronda di Kuarters Bukit Kerani bersama EO Pejabat Daerah dan PT Pejabat Agama.
No comments:
Post a Comment