Ketika mula pakai henpon, saya menggunakan
simkad prepaid TM TOUCH, bekas simkad dalam bekas cd, nombor depannya 019. Harganya pun boleh tahan, tak macam sekarang yang jauh lebih murah. Ketika itu satu sms pun 50 sen.
Kad topup Vodafone Mesir |
Kemudian saya fly ke Mesir, di sana saya
menggunakan simkad Vodaphone. Saya juga pernah menjual simkad kepada junior
yang baru tiba dari tanah air.
Setelah kembali semula ke Malaysia, ketika
itu tiada dah Tm touch, saya beli simkad prepaid celcom dan pakai hanya beberapa bulan. Setelah itu saya masih kekal
pakai Celcom cuma berpindah dari prepaid kepada bil bulanan.
Saya pakai pelan tersebut cukup lama, dan di kalangan kawan-kawan, saya antara terawal melanggan pelan internet walaupun ketika itu masih belum
android, hanya Nokia namun telah ada line internet.
Setelah lama menabur duit bersama celcom kiranya mencecah ratusan ringgit setiap bulan, saya kini tidak lagi menggunakan telco tersebut. Sekarang saya menggunakan
telco Onexox dan memang saya dapat menjimatkan wang saya.
Lebih menarik, syarikat Onexox dimiliki oleh orang Islam.
Kalau bukan kita sendiri yang hendak menaikkan perniagaan orang muslim, nak
harap pada siapa lagi? Sedangkan orang Islam merupakan pengguna yang teramai di
Negara kita.
Buat masa ini, saya bersama sahabat
ditaklifkan untuk membangunkan Kompleks Pendidikan Al-Istiqamah berhampiran dengan Sungai Gau,
Temerloh. Kami telah merangka beberapa projek ekonomi antaranya menjadi Dealer
Onexox.
Maksudnya, kalian beli simkad dan daftar
dengan kami dalam masa yang sama kalian akan menyumbang untuk pembangunan
Kompleks Al-Istiqamah yang merangkumi Maahad Tahfiz (Modul Pondok) dan Sritis
(Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam).
Insyaa Allah rancangannya sesi pengajian
akan bermula pada awal tahun 2017. Sekarang proses baik pulih bangunan
sedang giat dijalankan.
IG: AZRAIE.PERMAI
Twiter : @AzraiePermai
No comments:
Post a Comment