Yayasan Pahang dengan kerjasama JAIP, MUIP, PAID akan menganjurkan kelas tafaqquh fiddin yang akan dibuat di masjid-masjid daerah yang terpilih dalam negeri Pahang. Program ini dimulakan dari tahun lepas dengan hanya 4 buah masjid daerah yang dipilih sebagai perintis, iaitu Masjid Negeri, Masjid Daerah Kuantan, Masjid Daerah Pekan dan Masjid Daerah Bentong.
Untuk tahun ini, program ini akan dikembangkan lagi di Masjid Daerah Temerloh, Masjid Daerah Maran, Masjid Daerah Bera, Masjid Daerah Jerantut, Masjid Daerah Jengka, Masjid Daerah Lipis, Masjid Daerah Cameron, Masjid Daerah Rompin.
Program bermula dengan tahap 1. Sebanyak 4 mata pelajaran utama iaitu Al-Quran (Tajwid & Tafsir), Tauhid, Akhlak dan Fekah.
Pengajian terbuka kepada semua yang berminat, berusia 18 tahun ke atas. Kelas dijalankan pada setiap hari sabtu dan ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari. Tiada yuran pengajian dikenakan. Cuma pelajar hanya perlu membeli buku.
Modul digubal oleh panel yang dilantik oleh Yayasan Pahang
Mesyuarat Tenaga pengajar kelas Tafaqquh bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis
No comments:
Post a Comment