Sabtu ahad minggu ni akan bermulanya program kelas tafaqquh di Masjid Daerah. Program anjuran bersama Yayasan Pahang, Jabatan Agama (JAIP), Majlis Ugama (MUIP), Pejabat Agama (PAID).
Bagi masjid daerah baru yang mempunyai fasiliti yang cukup tidak ada masalah. Masjid Daerah yang mempunyai dewan besar yang lengkap berkerusi meja, sistem penghawa dingin. Memang sangat selesa. Ada juga masjid yang tidak mempunyai dewan kuliah, tetapi mempunyai alat penghawa dingin di dewan solat. Mereka jalankan kelas di dewan solat sahaja.
Adapun bagi masjid daerah kami, antara Masjid daerah yang uzur di Negeri Pahang, kemudahannya pun sangat terbatas. Dewan solat yang tidak mempunyai alat penghawa dingin. Masjid Qaryah pun dah banyak yang pakai ekon, ini Masjid Daerah direct di bawah Kerajaan Negeri, Patut kena jauh lebih hebat dari segala segi.huhu..
Ruang tamu pejabat Masjid telah kami ubah menjadi dewan, tetapi hanya muat untuk 35 orang sahaja.
Asalnya kami bercadang untuk jalankan sahaja kelas tafaqquh ini di dewan solat masjid, sama seperti kursus haji.
Tetapi atas kehendak pihak atasan yang hendakkan tempat yang ada kerusi meja. Alternatif lain kami mempunyai bangunan kelas kafa yang juga sudah uzur. Kami cat semula bangunan kelas dan beli kerusi meja dan baiki atap. Kos cecah la RM 10K. Tetapi bangunan tersebut hanya muat 60 orang sahaja. Masalah lain lagi, tenaga elektrik di bangunan tersebut tidak mencukupi, rasa seperti pakai generator kat pasar malam je.
Penyertaan untuk kelas tafaqquh sangat memberansangkan. Sudah mencecah ratus orang. Jadinya dengan jumlah seramai itu, Mungkin terpaksalah buat di dewan solat masjid.
Terima kasih pada tenaga yang membantu saya semalam mengemas dewan.
No comments:
Post a Comment