"Dalam bulan Ramadhan, saya syorkan jangan baca catatan ini pada hari siang. Saya tulis catatan ini pun pada hari malam".
Sama seperti tahun-tahun sudah, saya berbuka puasa di masjid. Cuma bezanya Ramadhan tahun ini, masjid kami tidak menganjurkan majlis berbuka puasa secara besaran seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana masjid masih lagi dalam baik pulih (renovation).
Pentadbiran masjid hanya menyediakan juadah bubur lambuk sepanjang Ramadhan untuk musafir yang singgah berbuka di masjid. Ada pun ahli jemaah digalakkan untuk membawa bekalan masing-masing (pot lak) dan berbuka bersama-sama sambil berkongsi dan bertukar-tukar juadah dengan sahabat jemaah yang lain.
Bila sebut bubur lambuk, sudah tentu terbayang bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru yang mashyur itu. Saya tidak tahu bagaimana kesedapan bubur lambuk tersebut, kerana belum pernah berpeluang menjamahnya. Namun katerer yang memasak bubur lambuk di masjid kami ini boleh la sedap juga rasanya.
Ketika saya berbuka dengan bubur lambuk bersama Bilal Johne tadi, teringat kenangan ketika tinggal di Syari' Khoulusi, Shoubra ketika belajar di sana dahulu. Semua jemaah dibekalkan dengan semangkuk kecil 'Aruz Laban' yang disertakan sebiji kurma. Sesudah menjamah Aruz Laban bersegera kami menunaikan solat maghrib berjemaah, kemudian barulah dihidangkan dengan juadah berat.
Di Mesir Aruz Laban yang sedap itu harganya murah sahaja. Ada kedai khusus yang hanya menjual Aruz Laban. Di Malaysia terdapat juga Aruz Laban dijual di sesetengah restoran nasi arab. Harganya sudah tentu lebih mahal berbanding yang dijual di Mesir. Saya syorkan sahabat-sahabat untuk merasa Aruz Laban. Cuma kadang-kadang restoran nasi arab di sini mereka mencampurkan sekali Za'faran dengan Aruz Laban. Terasa seperti makan minyak wangi, huhu...
Kurma, air zam-zam dan bubur lambuk saya dan bilal
Sesudah solat maghrib, makan nasi bersama Imam Terawih jemputan
No comments:
Post a Comment