Tahniah pada Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Lipis kerana membuat dan memulakan projek Infaq kepada sesiapa yang memerlukan di Masjid Daerah Lipis.
Konsepnya cukup mudah, terbuka pada sesiapa yang ingin memberi infaq berupa makanan dan minuman seperti beras, gula, kicap, sardin dan sebagainya. Letak sahaja ke dalam rak yang disediakan.
Penerimanya pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Tidak perlu isi borang atau meminta kebenaran. Kita hanya mengharapkan ketelusan bagi penerima dan keikhlasan bagi pemberi.
Bersama Al-Fadhil Qadhi, Tuan Setiausaha MDL dan sebahagian penerima sumbangan
Pihak KESUMA MDL turut memberi sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan
Tuan Setiausaha MDL sedang memberikan taklimat
Rak yang disediakan di Masjid Sultan Mahmud
No comments:
Post a Comment