Kelas Hafazan petang tadi |
Alhamdulillah sekarang kelas hafazan di
Masjid Sultan Mahmud berjalan pada setiap petang Rabu. Sebelum ini kelas
hafazan pernah dibuat pada pagi rabu sebelum terhenti dek kerana menyambut
Ramadhan dan Syawal.
‘Muridnya’ tak ramai kerana ramai yang tak berani dan takut untuk join
kelas hafazan ini.
Kelas hafazan yang kami jalankan ini
perjalanannya tidaklah macam kelas di Maahad Tahfiz. Kelas ini lebih bersifat
santai dan kita sentiasa buka penyertaan kepada sesiapa yang berminat.
Jujurnya saya berasa kagum dengan semangat pelajar dewasa yang join
kelas ini membuatkan saya teruja dan lebih bermotivasi untuk terus bersama
mereka menjayakan kelas hafazan di masjid ini.
Pernah sebelum ini, sebelum kelas hafazan
sesi pagi terhenti ada pelajar yang sudah
peringkat makcik dan hanya suri rumah sahaja telah berjaya menghafaz
sehingga 3 juz.
Kelas hafazan sekarang, terdapat seorang pelajar lelaki tingkatan 2 yang turut
serta. Walaupun bukan belajar di sekolah
menengah agama tetapi saya percaya bacaan dan hafazannya mungkin lebih baik
dari sesetengah pelajar sekolah agama. Mana-mana pelajar sekolah menengah atau
rendah yang lain juga sangat kami alukan untuk turut serta.
Saya terkenang ketika rutin harian
mendengar hafazan para pelajar ketika di Maahad Tahfiz. Selepas solat subuh
sehingga pukul 7.15 pagi. Bersambung kelas yang lain pula dari pukul 8.00 pagi
hingga sepuluh pagi. Kemudian kelas hafazan yang lain lagi bermula selepas
maghrib sehingga jam 9.00 malam. Saya juga berkesempatan bersama dengan kelas
hafazan pelajar UIA Kuantan yang bermula selepas Isyak.
Insya-Allah, doakan semoga saya berterusan
Istiqamah membangunkan kelas-kelas Al-Quran di sini.
#PermaiMenulis
#Tahfiz
#DiBawahKerlipanBintang
#LoveQuran
#HamlatulQuran
No comments:
Post a Comment