Ustaz ada laptop? Berulang kali soalan itu
ditanya kepada saya.
Saya hanya membalas dengan anggukan kepala.
Rasanya tak perlu untuk saya syarah panjang kepada si penanya. Saya faham dari
maksud si penanya yang menyangka saya (baca digelar Ustaz @ Imam kampong) yang
buta it.
Pada kesempatan ini ingin saya kisahkan
sedikit kehidupan saya bersama alam komputer. Sekadar bercerita dan rujukan
buat kenangan saya di masa hadapan.
Saya mula dekat dengan komputer ketika ayah
saya membeli sebuah PC (Personal Computer) sekitar tahun 1992-1993. Saya masih
ingat game yang popular ketika itu Prince of Persia (rujuk : https://youtu.be/_zyQ_OVyhNE ). Antara
perisian yang ada Profesional Write (PW) dan Lotus 123. Disket yang digunakan
bersaiz besar dan tiada lagi pemacu CD.
Game Prince Of Persia yang popular ketika tahun 90an
Saya mula mengikuti kelas komputer ketika
tingkatan 1 dan 2 di SMA Al-Khairiah. Memang pelajar tingkatan 1 dan 2 wajib
mengikuti kelas tersebut. Semasa tingkatan 1 silibusnya Profesional Write (PW)
dan tingkatan 2 Lotus 123. Ketika itu Sekolah kami masih menggunakan komputer
lama, hanya terdapat sebuah dua komputer
baru yang ada windows 3.1 . Hujung tahun semasa di tingkatan 2 barulah sekolah mempunyai beberapa unit
komputer yang mempunyai Windows 95 (windows terbaru ketika itu) . Komputer
tersebut diletakkan di bilik IT (saya dah lupa namanya yang khas). Ketika itu
hanya pelajar tingkatan 6 yang menguasai
bilik IT tersebut. Kami yang kecil-kecil hanya melihat dengan berdiri di
belakang meraka. Huhu.
Ketika itu, ayah saya telah membeli
sebuah komputer yang menggunakan Windows
95. Komputer tersebut ada tempat untuk memainkan CD, cuma internet belum ada
lagi. Game solitaire sangat popular.
Fasa berikutnya menceritakan saya mula
memiliki komputer sendiri..yeah..
Kurang dari 4 bulan ketika saya tiba di
Mesir saya telah membeli sebuah komputer terpakai dari senior yang dijualnya
dengan harga $200 Dollar. Ketika itu
menggunakan perisian Windows XP. Tak sampai setahun, saya menjual komputer
tersebut kepada rakan yang lain dengan harga $150 Dolar. Saya pula telah
membeli komputer yang lain. Style ketika itu beli komponen di kedai-kedai yang
berlainan setelah servey kedai mana yang jual paling murah. Motherboard kedai lain,
ram kedai lain, processor kedai lain, begitulah.. balik rumah pasang sendiri.
Ketika di Mesir juga saya pernah menggunakan processor jenama Intel Celeron,
Pentium 4, dan akhirnya berhijrah ke AMD.
Ketika tahun akhir saya telah membeli
laptop pertama saya, beli di Madinah Nasr. Jenama Fujitsu Siemens, intel core 2
duo paling latest ketika itu.
Ketika di Malaysia, laptop tersebut
mengalami kerosakan. Saya dimaklumkan oleh yang pakar dalam bidang tersebut
(kedai jual dan baiki komputer) untuk baiki
jenama tersebut kena oder dari Singapura dan kosnya tinggi. Maksudnya
tak berbaloi untuk dibaiki. Jadi jasad laptop tersebut saya simpan je di rumah.
Tak lama selepas itu, saya bagi laptop tersebut kepada sahabat saya di
Terengganu yang juga menggunakan jenama yang sama untuk diambil mana-mana
aksesori dan komponen yang masih elok.
Seterusnya saya memakai netbook (laptop
kecil) jenama Lenovo. Saya minta sahabat saya Ustaz Zainuddin carikan sebuah
laptop yang bersaiz kecil dan ringan kerana sebelum ini laptop Fujitsu saya
agak berat. Harga ketika itu masih mahal jika hendak dibandingkan dengan
sekarang. Boleh dikatakan saya antara generasi awal yang menggunakan Netbook
kerana bila pergi ke mana-mana orang akan tertarik dengan Netbook saya.
Kebanyakannya tertarik dengan saiznya dan tidak pernah jumpa selain saya yang
menggunakannya. Ketika menggunakan Netbook tersebut, saya pernah menukar papan
kekunci dan screen kerana mengalami kerosakan. Setelah beberapa tahun
menggunakannya akhirnya Netbook tersebut rosak teruk, orang di kedai servis
kata tak berbaloi untuk baiki dan disyorkan untuk saya membeli yang baru.
Selepas itu saya memilih laptop jenama Macbook Air yang bersaiz nipis
dan jika dipikul masih ringan. Pernah mengalami kerosakan motherboard akibat
secawan air kopi tumpah di atas keyboard dan saya telah menggantikannya. Kini
saya telah menggunakannya selama 5 tahun.
Begitulah secebis kisah saya bersama
komputer dan laptop sebagai jawapan kepada soalan Ustaz ada laptop?
2 comments:
santai & menarik..sy pon peminat PC..huhu
Masih menyimpan catatan SalamKu..sesekali membacanya :)
Semoga terus Istiqamah menulis..
Post a Comment